Macam-macam boleh terjadi di dunia sekarang. Di China, wanita ini mahu memadam stigma traditional di sana dengan membuat sesuatu yang jarang berlaku; melamar teman lelakinya.

Gadis dari Chengdu,China ini membuat kejutan dengan melamar teman lelakinya tanpa pengetahuan teman lelakinya itu. “Saya akhirnya mampu membeli Harley-Davidson idaman kamu ini dan saya juga mahu letak nama kamu dalam surat hartanah ini!” kata wanita itu ketika melamar teman lelakinya. Bukan sahaja dapat motosikal, dapat pula property.

propose 2

Wanita ini baru sahaja pulang dari belajar di luar negara dan menjalinkan hubungan dengan lelaki ini dalam satu jangka masa yang sudah lama. Beliau merasakan ianya disebabkan cinta yang membolehkan dia membeli motosikal itu buat teman lelakinya.

Apabila ditanya, beliau berkata, “Melamar ini bukan tugas lelaki. Kenapa wanita perlu tunggu untuk lelaki melamar kamu? Saya tidak mahu jadi seperti perempuan yang lain. Kalau anda suka seseorang, buat sesuatu sebelum si dia terlepas kepada orang lain.”

propose 3

Untunglah lelaki ini. Perempuan ini pun comel sekali. Dahlah comel, bagi pula Harley-Davidson dan rumah. Ini memang kes yang sangat rare. Gadis di luar sana, ada yang nak jadi wanita pertama di Malaysia mencuba lamaran seperti ini?

Sumber