Sevil Shhaideh, 52 tahun bakal melakar sejarah besar di Romania apabila menerima undian dua kali ganda berbanding parti lain pada pilihan raya umum 11 Disember yang lepas.

Menurut kebiasaan, pemimpin parti yang memenangi pilihan raya akan dilantik sebagai perdana menteri. Dan jika ia berlaku, beliau mungkin akan menjadi wanita muslim yang pertama di Eropah menyandang jawatan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Parti Social Democratic (PSD) yang dipimpin Liviu Dragnea menguasai sebanyak 45% secara keseluruhan dan sedang membentuk kerajaan baharu menerusi kerjasama dengan parti liberal kecil yang lain. Dragnea umumnya dikenali sebagai ketua parti didapati bersalah terhadap penipuan pilihan raya dan digantung selama 2 tahun.

Walaubagaimanapun, Dragnea tidak dilarang daripada terlibat dalam politik. Atas faktor hubungan yang baik, Shhaideh akan dipertanggungjawab untuk menggalas jawatan tersebut. Meskipun begitu, Dragnea menjelaskan segala tanggungjawab politik masih kekal kepadanya.

Tindakan ini merupakan satu lakaran sejarah memandangkan hanya 0.3 peratus sahaja penduduk Romania yang beragama Islam. Shhaideh yang berketurunan etnik Tartar, bukan hanya golongan sunni yang kekal dalam tempoh tujuh abad di pantai Laut Hitam, beliau juga berkahwin dengan warga Syria yang memiliki hartanah di negara yang sedang berperang.

Penduduk Romania menentang keras terhadap penerimaan pelarian Syria yang ditetapkan Kesatuan Eropah, jika ia dilaksanakan Romania sendiri tidak dibenarkan ke dalam kawasan pergerakan bebas Schengen.

Kawasan Schengen merupakan kawasan yang merangkumi 26 buah negara Eropah yang memansuhkan penggunaan pasport dan sebarang penguasaan sempadan di kawasan sempadan terlibat.

Bagaimanapun bagi melantik rakannya menerajui kerajaan Romania, Dragnea perlu mendapat kelulusan parlimen dan President Iohannis dan ia bukannya mudah.

Sumber