Lama dulu sebelum Google berjaya mendominasi arena search engine, Yahoo merupakan rujukan pelbagai pihak. Buka sahaja mana-mana komputer, Yahoo pastinya merupakan homepage utama. Langit tak selalu cerah, teknologi semakin berevolusi, akhirnya Yahoo semakin jatuh dan pada hari ini Verizon mengumumkan pembelian Yahoo dengan harga $4.83 Billion secara tunai.

Melalui pembelian ini, Verizon selaku mobile provider terbesar US, bakal bekerjasama dengan Yahoo dan AOL bagi membina sebuah bisnes digital untuk menyaingi Google dan Facebook. Servis search, news, sports,email serta Tumblr antara yang terlibat dalam menerusi pembelian ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

marissa-mayer-yahoo-dev-conference

Dalam pada itu, ramai yang tertanya-tanya apakah nasib Marissa Meyer selaku CEO Yahoo selepas ini. Menerusi New York Times, Marissa Mayer berharap beliau masih dikekalkan di dalam syarikat tersebut serta bersedia untuk cabaran seterusnya menerusi kerjasama ini. Nasib beliau bersama Tim Armstrong sebagai CEO AOL bakal ditentukan seawal 2017 ini selepas termeterainya perjanjian pembelian ini.

Marissa Meyer bakal menerima pampasan sebanyak $57 juta jika kontrak beliau ditamatkan menjadikan beliau bakal menerima hampir $218 juta secara total selama bekerja dibawah Yahoo. Pastinya bukanlah hari yang sedih buat seorang yang bakal kehilangan pekerjaan.

960-acquisition-yahoo-pay-verizon

Mungkin tidak terkejar untuk menyangi persaing terdekat mereka iaitu Facebook dan Google. Verizon berharap dengan data yang ada ditambah pula dengan gandingan Yahoo dan AOL, syarikat mereka bakal menjadi yang pencabar ketiga terbaik menerusi digital advertising.

Perjanjian ini juga menandakan tamatnya 22 tahun Yahoo sebagai syarikat persendirian sebelum dibeli oleh Verizon. Kami ingin mengucapkan goodluck kepada Yahoo untuk menempuh cabaran seterusnya. Terima kasih atas jasa Yahoo untuk search engine yang sememangnya awesome suatu ketika dahulu.

Kami sertakan beberapa #throwback laman web Yahoo suatu ketika dahulu yang mungkin mengingatkan anda tentang nostalgia bermulanya zaman awal internet.

yahoo

Imagen-111

yahoo2005

Sumber