Siapa sahaja yang tak pernah masuk di chat room Malaysia di Yahoo Messenger dahulu kan? Kalau masuk chat room sedang havoc, siap ada orang hantar voice message nyanyi lagu, jadi DJ Radio dan macam-macam lagi. Rindunya zaman itu.

yahoota

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan kemunculan banyak aplikasi messaging baru seperti Whatsapp, Facebook Messenger dan Telegram, Yahoo Messenger semakin terpinggir. Yahoo telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menamatkan operasi Yahoo Messenger versi Legacy (versi lama) 5 Ogos ini. Yahoo akan meminta anda untuk berpindah ke versi baru Yahoo Messenger dan Yahoo Messenger versi lama tidak lagi boleh diakses selepas 5 Ogos tahun ini.

Jadi Yahoo Messenger yang ada di desktop anda sejak tahun 1998 itu kini tidak lagi boleh diakses. Jadi jika ada sebarang data penting yang anda simpan di chat Yahoo Messenger, mungkin anda perlu buat back up kerana selepas 5 Ogos, segala data tidak lagi dapat diakses.

Yahoo Messenger serba baru telah dinaiktaraf dan mempunyai pelbagai feature yang lebih canggih antaranya ‘Unsend’ di mana anda boleh undo mesej yang anda telah hantar. Versi baru Yahoo Messenger boleh diakses menerusi aplikasi iOS atau Android dan juga laman web yang diperkenalkan Disember lalu. Ada lagi 2 bulan untuk anda akses legacy Yahoo Messenger sebelum ianya tamat operasi. Sayonara, old Yahoo Messenger. Banyak memori dan sejarah saya bersama kamu.

Yahoo-Messenger

Sumber