Hari ini, anak-anak muda semuanya suka ke luar negara mengembara. Menghabiskan wang yang ada dan memberitahu semuanya tentang perjalanan dan keindahan pengalaman.

Sedang waktu itu bapak-bapak menteri berusaha membawa 1.5 juta rakyat dari negara Bangladesh untuk dimasukkan ke negara ini dan akan menjadi tenaga kerja kepada kita semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada sekitar 1990-an, berlaku satu kebangkitan di seluruh negara. Tumbuh bagai cendawan university dan kolej-kolej untuk membantu anak-anak yang lahir sekitar tahun 70-an dan keatas.

Perubahan arus akademik yang dipelopori oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) waktu itu (Menteri Pendidikan 1986-1991) banyak memberi manfaat kepada rakyat.

Walaupun jawatannya selepas itu bertukar tangan kepada Datuk Amar Dr. Sulaiman Bin Haji Daud, DSAI tetap terus membawa arus pendidikan dan pelajaran kepada anak muda.

Idea yang diberikan untuk mensiswakan belia dan remaja sememangnya menjadi sehingga kini. Tampuk jawatan itu bertukar tangan beberapa kali, hinggalah ke Dato Seri Najib (kini Perdana Menteri) dan jika kawan-kawan perhatikan, tumbuhnya kolej-kolej selepas itu sememangnya sangat laju.

Ibu bapa akan bergembira anak-anak dengan memasuki ruang dan tempat di university dan kolej. Wajib. Jika tidak, akan berlaku polemic ‘orang bodoh’ di kalangan masyarakat.

Menguniversitikan anak-anak menyebabkan hampir semua ahli keluarga mempunyai sijil, diploma, master dan ijazah kedoktoran.

Jika zaman saya membesar dulu, satu kampung ada seorang yang bergelar doktor, sudah cukup membanggakan hingga beberapa tahun. Sungguh. Kini tidak, sana sini semuanya ada.

Bagi yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke university, akan ada pusat-pusat kemahiran yang disediakan. Banyak. Boleh jadi tukang, chef, dan macam-macam lagi. Semua ada.

Tetapi, mengapa kerja-kerja buruh dan kerja yang digelar ‘kotor’ masih ada tidak bertampung di negara kita sendiri? Pelik juga kan?

Kita sendiri yang mengakui perkara ini dengan membawa anak-anak masuk ke university dan memandaikan anak-anak. Hasilnya anak-anak kita semua pandai pada sijil, tidak pada kemahiran. Lebih banyak ber-egois dengan ilmu tetapi tidak pada amal.

Saya masih ingat semasa menjalankan temuduga untuk membawa operator masuk ke kilang kami di Kuala Lipis satu masa lalu, seorang pemuda datang menghadiri temuduga.

Beliau baru sahaja habis SPM dan akan menanti keputusan keluar. Oleh yang demikian, mahu bekerja sebentar. Semasa temuduga, beliau pula yang bertanya saya berjawatan apa.

Saya jawab, saya kerani. Katanya lagi, jika nanti dia sudah pun dapat tawaran ke university dan mahu masuk kembali ke kilang ini, dia akan jadi bos saya.

Dengan tegas dia katakan sebegitu. Saya berikan kepadanya senyum paling manis di Kuala Lipis dan menghampakan dirinya untuk masuk ke kilang kami atas tiket pekerja. No way.

Baru hendak masuk ke university, anak-anak kita sudah pandai menjadi bos. Adakah mudah untuk kita kawal sekiranya mereka ini akan jadi pekerja kita? Oh tidak.

Tak usah salahkan Pak Menteri, kawan. Mereka memang jelek pun. Tetapi, kita juga perlu ubah diri kita. Masa pilihanraya nanti, kita jadi bos kepada semua Pak-Pak Menteri ini, kita tentukan dengan undi.

Bab nak tunggu di Padang Masyar tu pun sudah nampak sibuknya nak jadi bos, lupa yang di hadapan Tuhan nanti, mereka yang berjawatan ini antara yang paling akhir di hisab.

Kau tengoklah rakyat menjeling kau orang dengan senyum senget ala Jalaludin Hassan dan menuju ke syurga Tuhan dengan paling bergaya.

Baca: Baca Kisah Seorang Warganegara Bangladesh Yang Hidup Di Malaysia Selama 10 Tahun.

mat-bangla-7

Kawan-kawan,

Kita masih sempat untuk ajar anak-anak untuk mula dari bawah. Bukan mengejar-ngejar jawatan dan sibuk mahu menjadi bos. Mula dari A tetap akan berakhir dengan Z, walaupun kau langkah dengan mula dari N, O, W, bagai.

Tak apalah, jika mereka mahu kejar semua itu, kita yang masih boleh lakukan ini, buatlah sebegitu.

Masa anak kecil, ajar, asuh dan didih anak bermula dari dapur. Laman rumah, buang sampah, basuh tandas dan sebagainya. Ajar bukan suruh, buat sama-sama.

Emak saya antara yang mengajar kami adik beradik perkara di dapur, waima jenis-jenis sabun untuk membasuh kain dan mencuci tandas. Semua diajarnya tanpa suruh.

Ada beza dengan beri arahan, suruh dan didik. Jika ibu bapa kerap memberi arahan, anak-anak akan timbul rasa untuk menjadi pengarah dan pengurus. Ia timbul secara semulajadi.

Jika ia dibuat bersama-sama, maka ia akan jadi perkara menarik untuk dilakukan tanpa arahan, kata orang putihnya teamwork. Nampak sahaja ada sampah, terus buang, nampak sahaja tandas kotor, terus cuci.

Inilah yang perlu ada di setiap seorang anak-anak kita. Bukan bersaing, tapi saling melengkapi.

Yang jelik dan dari pandangan itu nampak kotor, akhirnya menjadi sebati dan ia boleh jadi disiplin diri. Jadi tak ada isu mahu mula dari bawah, masa tunggu SPM, boleh kerja di kedai runcit, cuci longkang, tukang kebun dan bermacam lagi.

Macam Abang K yang digelar Bapa Brownies Kebangsaan tu, masa SPM dia sempat jual nasi lemak, kemudian kerja McD hingga kena baling dengan McChiken oleh seorang pelanggan Arab sebab tak faham dia nak apa. Kah kah kah. Dulu tak boikot lagi okeh. Sekarang tak pergi dah. Kikikiki.

Masa di U pula ambil upah potong ayam dan kerja di syarikat katering untuk dapat beli buku dan tampung duit belajar. Begitulah. Cewah, nak jugak riak takbur.

Zaman ibu bapa kita dulu, mereka mahu kita jadi bos disebabkan zaman mereka susah. Tak mahu lagi anak-anak ini ikut jadi kuli hingga teruk kurus dan hilang kacak.

Maka mereka hantar kita belajar tinggi-tinggi dengan perah segala duit dan tenaga. Bila kita dah berjaya di Menara gading, kita mula dari bawah. Rasai nikmat mencari rezeki dengan mula dari duit yang sedikit. Insya-Allah masa sudah banyak nanti, akan lebih mudah merasa cukup.

Kawan-kawan, kita masih sempat untuk membuat semua ini.

Mereka tetap datang ke negara ini. Usah gusar, mereka juga manusia. Buat masa ini, kita terima mereka dan jika ada di kilang yang sama, santunilah mereka dengan baik. Buat kawan pun bagus. Muka pun dah lebih kurang, kahkahkah.

Walau tak tahan bau mereka, kena tahan. Walau mereka semakin ramai, kena terima. Walau mereka suka kasi sinyum manis, kena balas senyum. Apa nak buat, mereka tetap datang.

Jika mahu mengembara dan melihat ramainya bangsa, tak perlu lagi ke luar. Dah boleh berjimat, manalah tahu satu hari nanti Pramugara Pramugari kita pun dari negara lain, kuakuakua. Kini semua ada di negara kita. Tahniah Malaysia. Negara 1,000 bangsa.

Masa untuk kita kembali ubah diri kita sendiri.

Khairul Hakimin. Muhammad
Bapa Pembangunan Brownies Melayu-India.

Baca lagi: Berniaga Di Istanbul Buat Lelaki Ini Faham Kenapa Mat Bangla Boleh Berjaya Di Malaysia