Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bayaran khas, masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, hari ini.

Bayaran khas itu membabitkan peruntukan RM645 juta, selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada 23 Oktober lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, bayaran itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak.

Ia termasuk pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), tertakluk kepada syarat.

Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.

Selain pemberian itu, penjawat awam juga akan menerima beberapa lagi insentif lain yang terkandung dalam Bajet 2016.

Ia termasuk menaik taraf skim perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada 406,000 kakitangan serta penetapan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan, bakal memanfaatkan 60,000 penjawat awam.

Langkah yang dijadualkan dilaksanakan pada 1 Julai tahun ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

Di samping itu, hampir 50,000 pesara yang mempunyai 25 tahun perkhidmatan akan menikmati pencen minimum tetap sebanyak RM950 sebulan.

Pegawai kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun akan diserap ke dalam perkhidmatan tetap.

Ini akan memberi manfaat kepada 10,000 kakitangan kontrak.

BACA: Bagaimana Penjawat Awam Ini Cipta Duit Tepi Hanya Dengan Membuang Sampah

BACA: Senyum, Ini Jawapan Bernas Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Berhenti Kerja

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber