Semalam Yahoo mengumumkan satu lagi serangan cyber besar-besaran, dengan 1 bilion akaun penggunanya terjejas pada Ogos 2013, menjadikannya pencerobohan terbesar dalam sejarah.

Serangan ini mencatat dua kali ganda lebih ramai pengguna berbanding pencerobohan pada 2014 yang didedahkan sebelum ini pada bulan September 2016. Sebanyak 500 juta pengguna terkesan pada serangan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Rujuk sini.

Pada kali ini, Yahoo mewajibkan semua pelanggannya untuk menetapkan semula kata laluan, berbeza berbanding pencerobohan sebelum ini di mana mereka hanya mengesyorkan langkah berkenaan.

Yahoo dalam Nota Keselamatannya semalam berkata, insiden ini adalah ‘berkemungkinan’ merupakan insiden berbeza berbanding yang dilaporkan pada bulan September.

Maklumat yang dicuri termasuklah nama, e-mail, nombor telefon, tarikh lahir, kata laluan ‘hashed’, dan dalam kes-kes tertentu, soalan dan jawapan keselamatan yang sudah di-enkrip atau belum di-enkrip.

Pencerobohan ini adalah setback terbaru untuk Yahoo yang sudahpun ketinggalan kepada pesaing lebih muda seperti Google dan Facebook.

Pada masa yang sama, Verizon sedang mengkaji semula sama ada untuk meneruskan atau menarik balik pembelian bisnes teras Yahoo pada harga $4.83 billion, mengikut perkembangan kes ini.

Sumber