Zon runcit bertema yang pertama dan terbesar yang berada di Korea dan dikenali sebagai “District K” dikatakan bakal dibuka di pusat membeli-belah 1 Utama menjelang akhir tahun ini.

Zon runcit ini akan ditempatkan di tingkat 4 pada bahagian New Wing, 1 Utama E yang akan memberi tumpuan kepada pelancongan sukan, hiburan dan F&B yang merangkumi lebih daripada 80 000 kaki persegi.

Rekaan sepenuhnya zon runcit itu menerusi budaya K-pop, District K akan memberikan pengalaman perjalanan yang dilalui orang Korea melalui populariti K-pop dan K-drama, mengadakan pertemuan bersama artis Korea menerusi pameran galeri, persembahan dan teater hologram.Tambahan lagi, Korea sememangnya terkenal dengan restoran yang enak, penjagaan kulit dan kecantikan orang mereka.

District K ini dijangka akan selesai proses pembukaannya menjelang akhir tahun 2019 dengan nilai pelaburan sebanyak RM120 juta. Jika sebelum ini, fasa pertama untuk pembukaan peruncit ini telah diperkenalkan dengan pembukaan dua pusat pelancongan sukan iaitu FlowRider dan AirRider namun menjelang akhir tahun ini, lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik yang bakal berada di District K.