Pusat membeli-belah 1 Utama atau juga dikenali OU dalam kalangan pengunjung menjadi premis terbaru mencatatkan kes positif COVID-19 dalam negara hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pihak pengurusan mereka melalui satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Facebook mereka pada tengah hari tadi.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

“Seperti mana dunia terkejut dengan pengumuman Donald Trump dan keputusan diagnosis COVID-19 baru-baru ini.

“Kini giliran kami pula untuk memaklumkan dengan hati yang berat bahawa kami telah mengetahui secara verbal bahawa terdapat satu kes COVID-19 melibatkan pekerja Mac City Servive Centre (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama).

Posted by 1 Utama Shopping Centre on Sunday, October 4, 2020

Pekerja tersebut yang ketika kali terakhir memasuki bangunan itu dengan suhu di bawah 37.4 darjah celcius bagaimanapun difahamkan sudah tidak memasuki premis mereka selepas habis bekerja pada 30 September lalu dan menjalani off day nya pada keesokan harinya.

Selepas keputusannya dikeluarkan, pekerja terbabit juga kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan manakala rakan-rakan pekerja pula sedang menjalani kuarantin

Susulan perkembangan terbaru itu, Mac City Centre menurut mereka telah ditutup dan proses pembersihan menyeluruh turut dijalankan termasuk proses sanitasi terhadap kesemua fasiliti mereka.

Baca juga senarai pusat membeli belah yang telah memberi amaran kepada pengunjung mereka sebelum ini selepas mencatatkan kes positif COVID-19 di pautan di bawah.

Tiga Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Beri ‘Amaran’ Kepada Pengunjung Selepas Catat Kes COVID-19

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat

Anda Mungkin Suka