Saya terpanggil untuk kongsikan sikit adab-adab yang selalu kita terlupa untuk praktikkan di negara orang. Terdapat beberapa perkara yang kita biasa buat di Malaysia tapi tak boleh buat di negara lain.

Berikut saya kongsikan 10 adab yang boleh kita amalkan bila di luar negara. Sebenarnya ada banyak lagi tapi kita buat yang biasa dan perlu kita lakukan dulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Restoran

Tak semua restoran membenarkan kita bawa makanan dari luar. Jadi kalau anda ada bawa bekal nasi goreng, sambal tumis ke, minta kebenaran dulu. Selain itu, banyak restoran tak izinkan anda order satu pinggan makanan sahaja tapi kongsi berdua. Jadi tanya dulu boleh atau tak, jika tak boleh anda bungkus sahaja dan makan di tempat lain.

2. Guesthouse

Walaupun anda bayar, tak bermakna boleh buat sesuka hati. Patuhi undang-undang GH. Jika dapur tutup jam 11malam jangan lah curi-curi guna. Dan perlahankan suara anda selepas jam 10 malam. Selain itu, kalau anda book bilik untuk 2 orang, jangan lah curi-curi sumbat sampai 3-4 orang. Ini memalukan kalau kantoi.

Baca: Sebelum Tempah Bilik Di AirBnB Baca 11 Panduan Dari Aku, Pemilik Homestay Di UK

adab-ketika-mengembara-2

3. Kemas meja selepas makan di restoran makanan segera

Di kebanyakkan negara, selepas makan pelanggan mesti kemas meja. Paling kurang angkat pinggan, cawan dan tray, pulangkan ke tempat sepatutnya. Ramai orang Malaysia yang tak buat benda ni. Bukan pengotor cuma rata-rata orang Malaysia tak tahu. Tak apa, sekarang anda dah tahu.

4. Jika anda menginap di dormitory, perlahankan suara

Kesian guest katil sebelah terganggu ketenteraman mereka. Dan yang biasa orang buat ialah, conquer power supply. Janganlah 24 jam guna untuk sendiri saja. Kasi peluang orang lain nak cas barang elektronik mereka pula. Paling mudah, bawa sekali multiple plug, boleh kongsi beramai-ramai.

5. Penggunaan tandas awam

Saya rasa rakyat Malaysia ramai yang tak tahu. Di negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, dan lain-lain membasahkan lantai adalah sangat biadap. Begitu juga dengan membasahkan toilet seat. Jika anda gunakan air untuk beristinjak, gunakan air yang minima dan berhati-hati. Kalau ambil wuduk di singki, janganlah basuh kaki. Gunakanlah kaedah khuf, atau isi air dalam botol dan cuci kaki di luar.

6. Pengangkutan awam

Di Malaysia mungkin tidak beratur itu normal. Tapi jangan dibawa sikap ini ke negara lain. Beraturlah sebelum menaiki pengangkutan awam.

7. Jarak antara kenderaan ketika memandu

Jika anda memandu, pastikan jarak yang selamat dengan kereta depan. Di negara Eropah yang maju, pemandu memastikan jarak mereka selamat.

adab-ketika-mengembara-3

8. Petik bunga

Yang ini orang perempuan selalu buat. Jika anda melawat ladang bunga, tolong jangan petik atau pijak bunga-bunga yang cantik tu. Kesian bunga tu.

9. Hormati budaya negara tersebut

Contohnya jika anda melawat negara bukan Islam, elakkan dari mengutuk atau ‘buat muka’ jika ada yang menawarkan anda daging babi, daging katak, ular atau arak. Anda boleh tolak pelawaan tersebut dengan sopan dan baik. Sila hormati makanan mereka.

10. Elakkan pergaduhan dengan orang tempatan

Apatah lagi merosakkan harta benda di negara tersebut. Sekiranya anda dimarah atau dicabar oleh mereka sebaiknya walk away sahaja dan tak perlu panjangkan cerita. Bila kita di luar negara secara tak langsung kita membawa imej negara.

Baca lagi: 10 Budaya Unik Tentang Jepun Yang Anda Patut Tahu Sebelum Travel Ke Sana