Bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang baharu dipecat sebentar tadi telah mengumumkan sebelas anggota parlimen dari sebelah PKR keluar parti bagi membentuk blok bebas di Parlimen.

Beliau yang mengumumkan berita tersebut dalam kenyataan media yang diedarkan di laman Twitter sebentar tadi.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Wakil-wakil rakyat yang berbuat demikian ialah beliau sendiri, Mohamed Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang), Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau), Kamaruddin Jaffar (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Ahli Parlimen Batu Pahat), Dr Santhara Kumar (Ahli Parlimen Segamat), YB Ali Biju (Ahli Parlimen Saratok), Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo) dan YB Jonathan Yasin (Ahli Parlimen Ranau).

Awal pagi tadi juga menyaksikan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Zuraida turut dipecat daripada PKR.

Anda Mungkin Suka