Nota Editor: 10 aktiviti menarik di Krabi ini asalnya telah ditulis oleh Normi Ahmad Shafie di laman web SayaBackpacker.com. Kami kongsikan semula di sini dengan izin beliau. Semoga ia dapat menjadi panduan buat anda yang akan travel ke Krabi. Happy backpacking!

Hari ini saya mahu memberi sedikit idea kepada sesiapa yang mahu ke Krabi. Ada yang bertanya saya, di Krabi ada apa? Sebagai menjawab pertanyaan mereka dan untuk perkongsian semua, saya akan mendedahkan 10 aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semua aktiviti yang disebutkan bukan bermaksud kami sudah mencuba. Sebagai pengembara yang mengambil kira soal kos, kami tidak mampu berbelanja sakan bagi aktivti-aktiviti tersebut. Jika anda mampu, silakan.

Maklumat harga pula bukan 100% tepat. Ia bergantung kepada kepakaran anda dalam tawar menawar. Cuma nasihat saya, pusing habis ke setiap kedai yang menawarkan pakej-pakej tersebut kerana ada yang mengenakan kos yang lebih murah.

1. Trip 1 hari ke Pulau Phi Phi

Phi-Phi-Thailand

Pakej ini menawarkan lawatan dan snorkeling ke beberapa tempat menggunakan bot laju seperti Bamboo Island, Gua Viking, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Maya Bay (yang pernah muncul dalam filem ‘The Beach’), Pantai Monyet, dan Phi Phi Don.

Harga pakej dari 1,800 Thai Baht @ RM180.
Sumber dari seaeagletour.com

2. Zipline di Krabi Fun Park

krabi-fun-park-zipline

Ini adalah aktiviti di atas tali dari atas pokok. Anda boleh berbasikal di atas tali, berlagak seperti Harry Porter dengan duduk di atas kayu penyapu yang digerakkan menggunakan tali dari pokok ke pokok, berjalan di atas tali, memanjat tangga dan jaring yang diperbuat dari tali dan lebih dari 50 permainan bertali yang ditawarkan di sana.

Harga pakej bermula dari 1000 Thai Baht @ RM100 (16 permainan) sehingga 2,400 Thai Baht @ RM240 (56 permainan).

Sumber dari pamplet Sweet South Sea Group.

3. Krabi Shooting Rage

krabi-shooting-range-2

Ini permainan yang serius melibatkan senjata yang sebenar dengan ciri-ciri keselamatan yang dijamin, insya-Allah. Ada juga sukan memanah jika anda tidak berani menembak.

Harga mengikut jenis senjata dan jumlah tembakan. Rata-ratanya 10 tembakan.
Harganya serendah 950 Thai Baht @ RM95 untuk senapang jenis M4 sehinggalah 2,500 Baht @ RM250 untuk pistol 44 Magnum.
Sumber dari krabishootingrange.wix.com/krabi

4. Kayak

kayak-at-sea-caves-krabi

Ada 2 tempat untuk aktiviti berkayak melalui maklumat yang saya ada iaitu Sea Cave dan di Thalane.

Saya hanya sempat melakukan aktiviti ini di Thalane selama 2 jam dengan harga 500 Thai Baht @ RM50 seorang. Kami berkayak di kawasan hutan paya bakau dan melalui kawasan bukit bukau gua batu kapur yang sangat indah.
Jika pakej penuh berkayak ke Sea Cave, ia boleh mencecah harga 2,000 Thai Baht @ RM200.

Sumber dari pamplet Chang Andaman Krabi (Rungrueang Group) bagi berkayak di Sea Cave.

5. Menyelam (Diving)

diving-at-krabi
Anda boleh mengambil 4 ‘diving course’ oleh PADI seperti ‘Discover Scuba’, ‘Open Water’, ‘Advance Open Water’ dan ‘Rescue Course’.

Pakej dari 1-3 hari dan pekej menyelam dari 2 kali menyelam dan ke atas.

Harga dari 3,500 Baht @ RM350, tertakluk kepada pakej dan ‘diving course’.

Sumber dari similanprodive.com

6. Emerald Pool & Air Terjun Hot Spring

emerald-pool-krabi

Tempat ini terletak lebih kurang 60-70km dari pantai Ao Nang. Jika anda dapat menyewa motorsikal, ia lebih menjimatkan.
Jika mahu menggunakan pakej, harganya dari 1,200 Baht @ RM120.

Sumber dari pamplet Khao Panombenja Jungle Trekking

7. Rafting

water-rafting-at-krabi

Anda berpeluang berkayuh di air jeram yang laju dan sejuk sejauh 5km – 9km.
Harga dari 1,000 Thai Baht @ RM100.

Sumber dari pamplet Song Praek Rafting.

8. Menunggang ATV

atv-ride-krabi

Ia pengalaman menunggang kenderaan bermotor 4 tayar di kawasan hutan selama 30 minit.

Harga dari 1,000 Thai Baht @ RM100.

Sumber dari pamplet Song Praek Rafting.

9. Krabi Sunset Cruise

krabi-sunset-cruises

Kapal yang dinamakan “Pla Luang” ini memulakan pelayaran dari pukul 2 petang hingga matahari berlabuh pukul 7.30 malam.
Ia menawarkan aktiviti menjelajah, berenang dan snorkeling di 5 buah pulau.

Pakej dari 1,800 Thai Baht @ RM180

Sumber dari krabisunsetcruises.com

10. Membeli belah di Pantai Ao Nang

shopping-ao-nang

Pekan kecil Ao Nang mempunyai puluhan kedai dan gerai yang menjual pakaian, cenderahati, makanan, peralatan menyelam dan sukan air serta bermacam-macam lagi.

Ia sentiasa meriah sehingga lewat malam.

Anda juga boleh mendapatkan segala jenis pakej yang disebutkan di kawasan Ao Nang ini.

Harga-harga pakej selalunya sudah termasuk pengangkutan dari penginapan anda, peralatan (jika ada dan bergantung kepada jenis aktiviti), harga kemasukan dan sesetengahnya termasuk makanan.

Saya tidak menyenaraikan aktiviti trekking dengan gajah kerana kami tidak sanggup melihat gajah-gajah tersebut disiksa dan dicederakan menggunakan sabit malah dirantai hingga melecet. Jika anda kasihankan binatang ini, tak perlulah anda ke sana. Banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan.

Jika anda mempunyai masa, kesempatan dan wang, bolehlah anda nikmati aktiviti-aktiviti kegemaran anda di Krabi. Selamat mencuba.

BACA: 33 Tips Travel Ini Bakal Buat Percutian Anda Lebih Mudah Dan Meriah. #29 Paling Win!

BACA JUGA: Tips Beli Tiket Kapal Terbang Pada Harga Diskaun. Mungkin Juga Dapat Tiket FREE!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram