Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasti ramai yang merancang untuk pulang ke kampung pada cuti sekolah minggu hadapan. Jadi perjalanan jauh anda jangan ambil mudah ya? Jadi ini tips perjalanan untuk anda sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman atau destinasi yang anda hendak tuju.

1. Kabel jumper

1cj

Bateri kereta anda mungkin kadang-kadang boleh ‘kong’ begitu sahaja. Jadi adalah lebih baik untuk menyediakan satu kabel jumper supaya nanti anda boleh dapat pertolongan dari kereta sebelah. Sekarang ini sudah ada jumper yang berbentuk seperti powerbank. Itu lebih hebat. Sy pernah cuba hidupkan kereta menggunakan jumper jenis ini. Kecil tapi power dan mudah untuk disimpan.
Cadangan : UJS Wholesale 30000mAh Auto Jump Starter

2. Kit kecemasan

2fat

Seperti biasa kena ada first aid kit dalam kereta anda. Dalam kotak tu nanti, boleh letak minyak cap kapak, Vicks dan minyak gamat sebagai tambahan. Baru lah lengkap first aid kit anda.
Cadangan : CTO 35pcs Home Sports Travel FIRST AID KIT

3. Spare tire

3

Check tayar spare anda. Pastikan ianya berisi angin secukupnya dan dalam kondisi yang baik. Kita tak akan pandang kepentingan tayar spare ini kalau tak jadi apa-apa.

4. Jack & lug wrenches

4

Kalau ada tayar spare, tak ada kedua-dua item ini tak guna juga. Ini item penting yang perlu ada dalam kereta anda. Jack untuk naikkan kereta anda dan lug wrenches untuk buka nut tayar anda. Pastikan kalau anda gunakan sport rims, soket untuk special nuts tu ada bersama.
Cadangan : FSH Car Extendable Wheel Nut Brace lug Wrench

5. Pam angin tayar kereta

5

Ini penting. Kalau tayar anda pancit, ini dapat bantu anda sebelum anda ke stesyen minyak berdekatan untuk pam betul-betul tayar anda.
Cadangan : 12V Portable Digital Car Auto Tyre Tire Inflator

6. Playar pelbagai guna

6

Mungkin anda tak nampak kepentingan alat ini, tetapi ianya akan berguna dalam masa kecemasan. Simpan satu dalam dashboard anda.
Cadangan : Coleman Camper’s Multi-Tool

7. Segi tiga kecemasan dan lampu suluh

Red triangle of a car on the road

Kalau kereta anda breakdown di tepi jalan, segi tiga kecemasan dan lampu suluh ini akan bantu anda beritahu pengguna jalan raya yang lain bahawa kereta anda sedang dalam masalah. Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan satu dalam kereta anda. Lampu suluh juga membantu anda ketika waktu malam.

8. Selimut atau lapik nylon

8

Selimut dapat digunakan oleh penumpang kereta yang lain dan ianya berguna sebagai lapik jika anda hendak alas ketika membuat pemeriksaan di bawah kereta anda.

9. Duct tape

9

Bagi saya ini vital. Saya turut ada satu dalam kereta. Katalah salah satu wayar kereta anda hampir putus, sementara waktu boleh balut dengan duck tape dahulu. Duck tape fixes everything.

10. Minyak hitam dan air

Fresh motor oil

Walaupun anda sudah periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan, tapi ada kemungkinan minyak hitam anda leaking sewaktu perjalanan. Jadi kalau kurang, anda hanya top up sahaja minyak itu. Dan air sangat penting jika tiba-tiba radiator anda tiba-tiba panas. Tidaklah anda tercari-cari air nanti.
Cadangan : Tesco Fully Synthetic Oil 5W-40 4L

Begitulah tips perjalanan untuk anda. Mungkin ada item dalam senarai ini yang makan ruang bonet kereta anda tapi ianya mampu memberi kesenangan ketika anda menghadapi masalah. Nanti anda dah pulang ke rumah boleh simpan di store dan jika mahu membuat perjalanan yang jauh semula, ambil semula alatan ini kembali. Sediakan payung sebelum hujan kan? Hati-hati di jalan raya!