Sepuluh buah sekolah di Terengganu diarahkan untuk tutup bermula semalam (Ahad) selepas terdapat kes positif dipercayai dalam kalangan lebih 20 orang guru.

Menurut laporan Buletin Utama, seramai 21 orang guru disahkan positif COVID-19 selepas menghadiri satu program di negeri berkenaan pada minggu lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dilaporkan 21 orang guru dijangkiti COVID-19 berpunca selepas guru terbabit menghadiri bengkel persiapan mengajar dalam talian minggu lalu di SK Sulaiman 1.

“Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Dr Noor Azimi Yunus,” lapor berita tersebut pada semalam.

Sekolah yang dilaporkan terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, SK Bukit Petiti, SK Pulau Manis, SK Manir, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Kedai Buloh, SK Tok Dir, SK Pusat Kuala Ibai, SK Seri Budiman dan SK Gong Tok Nasek.

Kesemua sekolah berkenaan akan ditutup selama tujuh hari bermula semalam (Ahad) bagi proses sanitasi.

Terdahulu, dua buah sekolah SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh juga turut diarahkan tutup selama 14 hari selepas terdapat lapan kes positif COVID-19, sekaligus menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu sebanyak 12 buah sekolah.

Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam negara yang pernah kami kongsikan melalui pautan di bawah. 

Kerajaan Malaysia Bakal Laksanakan Penutupan Ekonomi Sekiranya Kes COVID-19 Tidak Menurun?

Ditegur Langgar Kuarantin, Isteri Nazri Aziz Jelaskan Aktiviti Dibuat Di Pantai Persendirian

‘Tiada SOP Pakai Glove’- Dato’ Sri Ismail Sabri Nafi Pemakaian Sarung Tangan Dalam SOP