Salahkah cikgu-cikgu jadi ‘badut’ masa hari guru? Mungkin dah jadi trend saya tengok cikgu-cikgu berebut nak share gambar sekolah mana yang mempunyai tema paling cool kat Malaysia. Semua pakat upload sebab nak dapat banyak likes kat FB.

Saya tak ada masalah langsung dengan trend hari guru tersebut. Janji cikgu-cikgu bahagia. Tapi itulah cikgu-cikgu kita kena ingat, jangan kita asyik nak nampak cool je dimata murid, dalam masa yang sama juga kita kena nampak intelek dimata mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk jadi intelek cikgu-cikgu kenalah membaca, betul tak? Jadi, sempena hari guru baru-baru ini saya ingin berkongsi beberapa buku yang bagus untuk dibaca oleh cikgu-cikgu:

1. Laskar Pelangi

Sebuah buku yang hebat karya Andre Hirata. Pernah diangkat menjadi filem based kepada novel ini. Kemiskinan atau kekurangan infrastruktur bukanlah penghalang kepada proses pembelajaran dan pengajaran.

Banyak benda boleh kita dapat dan belajar melalui buku ini. Versi Bahasa Melayu diterbitkan oleh PTS.

2. Leaving Microsoft To Change The World

 

Buku ini sangat menginspirasikan saya. Buku ini adalah catatan John Wood yang sanggup meninggalkan jawatan besarnya di Microsoft semata-mata mahu melibatkan diri dengan aktiviti sosial membantu kanak-kanak buta huruf seluruh dunia untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Edisi bahasa melayu diterbitkan oleh PTS.

3. Imam

Novel yang sangat power ini adalah karya SN Abdullah Hussain. Guru-guru yang ingin turun ke lapangan masyarakat mesti membaca kisah Haji Mihad ini. Bahkan saya merasakan bahawa buku ini semestinya dibaca oleh semua Muslim di Malaysia.

Novel tebal ini bukan novel cincai kerana ia mengambil masa 3 tahun untuk dihasilkan.

4. Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang

Sebuah buku yang menjadikan anda nampak intelek jika anda hadam segala apa yang ada dalam buku ini. Sebuah buku yang kritikal dan bervariasi untuk kita baca. Sebuah adikarya berkualiti ZF Zamir.

5. Sophie’s World

Buku ini telah diterjemah lebih daripada 30 bahasa dan jutaan terjual serata dunia. Ditulis oleh Jostin Gaarder, seorang cikgu falsafah di salah sebuah sekolah menengah di Norway. Cubalah baca buku ini.

ITBM ada menterjemah novel ini dengan tajuk ‘Menguak Tingkap Dunia Sophie.’

6. Manusia Dan Pendidikan

Buku ini adalah antara buku terbaik Prof. Dr. Hasan Langgulung. Cikgu-cikgu kenal tak dengan nama Prof. Dr. Hasan Langgulung ni?

Beliau adalah antara tokoh pemikir berkaitan pendidikan tersohor di Malaysia dan Indonesia. So, saya kira buku ini pun buku yang wajib jadi play-list bagi setiap yang bergelar guru.

7. Totto Chan. Gadis Kecil di Jendela

Sebuah buku yang memberi saya inspirasi tentang cara mengenal dan mengajar anak-anak muda dan pelajar. Cer cari buku ini. Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) ada terjemah buku ini rasanya.

8. Memoir Seorang Guru

Atas cadangan beberapa orang rakan, saya terus pergi cari buku ini. Tak susah mencari buku ini Allahyarham Azizi Haji Abdullah adalah satu nama yang tidak asing dalam dunia penulisan di Malaysia.

Saya membaca sekali lalu dan saya dapati novel ini memberikan persepsi yang sangat luas kepada dunia pendidikan. Saya sarankan cikgu-cikgu pi cari novel ini dan saya rasa di perpustakaan sekolah cikgu mesti ada buku ini.

Terbitan Alaf 21. Saya ingatkan Alaf 21 ni just fokus pada novel cinta je, rupanya saya tersilap.

9. Pedagogy Of The Oppressed

Sebuah buku yang power dalam memaknakan pendidikan. Penulisnya, Paulo Freire adalah seorang tokoh pendidikan terkenal seantero dunia.

Beliau ada seorang doktor falsafah dalam bidang falsafah dan berpengalaman mengajar di beberapa universiti tersohor di dunia. Karya ini mengajar tentang ertikata pendidikan yang sebenar iaitu ‘memanusiakan’ manusia.

10. Al-Quran

Nanti mesti ada orang yang komen, ‘Al-Quran mana, Al-Quran?’ So, saya tulis siap-siap.