Nicholas Teo, seorang penyanyi dan pelakon dari Malaysia akhirnya berjaya pulang dengan selamat selepas terkandas di Thailand selama 10 bulan disebabkan sekatan sempadan.

Ketika ini, beliau masih menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah hotel terletak di Kuala Lumpur. Nicholas Teo mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan termasuk imigresen yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan negara selamat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas lanjut akan pengalamannya masuk ke pintu negara, beliau berasa kagum kerana petugas barisan hadapan menjalankan tugas mereka dengan sangat baik.

Menurut laporan, Nicholas Teo ke Thailand disebabkan kerja dan juga bercuti pada bulan Februari yang lalu. Akan tetapi, beliau tidak sempat pulang disebabkan pintu sempadan yang ditutup pada bulan Mac.

Mahu pulang sejak bulan Jun tetapi penerbangan sentiasa dibatalkan dan kini barulah beliau berjaya kembali ke Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Nicholas Teo pernah mencipta nama di Taiwan sejak tahun 2006 dengan drama Smilling Pasta. Semoga keputusan ujian COVID-19 beliau negatif.

Tahukah anda bahawa pelakon Korea memilih menetap di Johor dan buka restoran di sana? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pelakon Korea, Chae Song Ah Buka Restoran Dan Menetap Di Johor

Khairy Jamaluddin Sahkan Sandbox Wujud Di Malaysia Buat Peminat Drama Start-Up Terkejut

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Sumber