Sekarang ini musim majlis konvokesyen di universiti-universiti tempatan.

Pastinya mereka yang bakal bergraduat mahu merakam detik-detik indah mereka. Trend menggunakan perkhidmatan jurugambar untuk merakam moments graduasi adalah tidak asing lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana anda sebagai seorang pelajar universiti yang ada kemahiran fotografi mahu ambil peluang ini setiap kali majlis konvokesyen di universiti anda?

Jawapannya, binalah kredibiliti anda sebagai jurugambar di kalangan kawan-kawan dan juga di universiti sebelum majlis konvokesyen berlangsung. Ia ambil masa tetapi berbaloi.

the-photographer-bridge-camera

Ikuti tip mudah bina kredibiliti ini berdasarkan pengalaman sendiri semasa di universiti dulu.

1. Pastikan anda selalu bawa kamera bersama-sama ke mana sahaja di universiti.

2. Paparkan koleksi gambar anda di platform media sosial/internet.

3. Sertai kelab fotografi universiti.

4. Jadi jurugambar sukarela untuk akhbar universiti anda.

5. Jadi jurugambar sukarela untuk program persatuan/kelab anda.

6. Iklankan perkhidmatan anda di papan kenyataan universiti.

7. Sertai komuniti fotografi di kawasan anda dan di internet.

8. Berkongsi ilmu fotografi dan mengajar orang lain tentangnya.

9. Ikuti kelas/kursus fotografi di luar waktu kuliah.

10. Kongsikan pelbagai aktiviti fotografi anda di media sosial.

Apabila orang sedar kewujudan anda di universiti dan tahu apa yang anda boleh lakukan dengan kamera anda, orang akan hargai kemahiran anda dan mahukan perkhidmatan fotografi anda.

Jika anda turut mengambil gambar-gambar rakan sekelas atau senior sepanjang tahun kuliah, anda mungkin boleh tawarkan mereka koleksi gambar tersebut sebagai kenangan apabila tiba musim konvokesyen atau final year. Untuk jayakannya, bekerjasamalah dengan salah seorang dari batch tersebut.

Dengan membina kredibiliti dan portfolio, mungkin hobi fotografi akan jadi salah satu pilihan kerjaya anda apabila tamat belajar kelak.

Who’s knows.

p/s: along the way, anda juga akan belajar cara memulakan bisnes.