RAM dan cip pemprosesan adalah komponen yang penting dalam menentukan prestasi sesebuah telefon pintar. Jika anda seseorang yang sering ‘multitask’ ketika menggunakan telefon pintar, artikel ini sangat membantu anda untuk mendapatkan telefon pintar yang terbaik.

Cip pemprosesan daripada Snapdragon, Mediatek dan Apple antara yang menjadi pilihan orang ramai berikutan atas beberapa faktor:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

qualcomm-chip-behind-back

Snapdragon sering digunakan pada telefon pintar berstatus ‘flagship’ khususnya Android. Cip pemprosesan yang terbaru daripada Snapdragon adalah Snapdragon 820 yang digunakan pada LG G5 dan Sony Xperia X Performance.

Mediatek pula menawarkan cip pemprosesan yang mempunyai prestasi yang agak baik serta harga yang rendah. Boleh dikatakan majoriti telefon pintar berstatus ‘midrange’ yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat China menggunakan cip pemprosesan Mediatek. Oh ya, harga yang rendah merupakan tarikan kepada pembeli selain prestasi cip pemprosesan ini yang sangat baik dan responsif.

Cip pemprosesan daripada Apple sudah tentu digunakan pada peranti-peranti Apple sahaja. Cip terbaru yang dikeluarkan mereka adalah Apple A9 seperti yang digunakan pada iPhone 6s. Mungkin ramai yang tidak tahu cip pemprosesan ini dibuat dan dicipta oleh musuh paling ketat Apple iaitu Samsung.

Pada bulan ini Antutu iaitu sebuah aplikasi yang sering digunakan untuk membuat benchmark prestasi sesebuah telefon pintar mengeluarkan senarai 10 cip pemprosesan telefon pintar yang mempunyai prestasi yang terbaik.

Antutu-chip-01

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, Qualcomm Snapdragon 820 menguasai takhta sebagai cip pemprosesan yang mempunyai kuasa pemprosesan terbaik diikuti dengan Apple A9 dan Samsung Exynos 8890.

Mungkin agak tidak adil untuk membandingkan kelajuan telefon Android yang meggunakan cip pemprosesan yang berbeza dan RAM yang lebih tinggi berbanding Apple berikutan penggunaan sistem operasi yang berbeza.

Namun, buat anda yang ingin membandingkan kedua-dua telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, rajah ini pasti sedikit sebanyak dapat membantu anda.