Kita sering kali mendengar keluhan dari para pekerja tentang kelemahan dan keburukan majikan mereka. Tapi tak semua majikan are a bad employer, cuma selalunya pekerja tidak faham dan terlepas pandang pengorbanan majikan dalam memastikan syarikat yang dipimpinnya berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari pengalaman saya, yang pernah berada di kedua-dua situasi, pernah menjadi pekerja dan sekarang menjadi majikan kepada Laundry On The Go Sdn Bhd, ini adalah pemerhatian saya;

1. Majikan bertanggungjawab atas ‘periuk-periuk nasi’ para pekerjanya. Ini termasuk memastikan setiap bulan gaji mampu dibayar dan sumber gaji datang dari sumber halal. Gaji majikan adalah tabung emergency kepada company.

2. Kepuasan seorang majikan bukanlah semata-mata apabila mendapat lebihan keuntungan di setiap hujung tahun, tapi ianya satu kepuasan apabila mampu memberikan bonus 2-3 bulan gaji kepada setiap pekerja yang cemerlang.

3. Setiap tindakan majikan adalah bersebab. Antara sebab-sebab utama ialah, untuk menilai kemampuan para pekerja dan melihat tahap komitmen pekerja.

4. Sumbangan KWSP dari majikan kepada setiap pekerja adalah 13% dari gaji pekerja setiap bulan. On top of gaji yang diterima pekerja.

5. Majikan sangat susah untuk mengambil cuti dan always be on standby. Most majikan terpaksa meletakkan company as a priority over their family and life.

6. Majikan memikirkan tentang company dan pekerja almost 24/7 dan kadang-kadang terbawa-bawa ke dalam mimpi.

7. Most of the time, majikan akan berasa sedih apabila mendapat tahu pekerja mengata mereka di belakang tanpa mengambil kira kelemahan performance pekerja itu sendiri.

8. Kebanyakan majikan dah merasa kesusahan dan struggle untuk berada di kedudukan mereka sekarang. Sila buang the mentality “Ala, dia Bos goyang kaki je. Staff yang penat kerja”

9. Kalau boleh setahun sekali majikan memang nak bawa semua staff pergi holiday sama-sama. Majikan akan happy apabila para pekerja happy.

10. Mungkin tak semua majikan ada ciri-ciri di atas, tapi dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pekerja melaksanakan peranan mereka, InsyaAllah akan membuka mata dan hati majikan menjadi lebih baik.

Secara amnya, kedua-dua pihak majikan dan pekerja memegang peranan yang besar dalam kejayaan sesuatu syarikat dan perniagaan.

Seperti sebuah ikatan perkahwinan, kedua-dua pihak adalah saling melengkapi. Yang penting adalah keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan dan sentiasa bersikap positif dan empati antara satu sama lain.