Bagi peminat siri drama dan filem popular, iflix merupakan antara penyedia perkhidmatan TV internet yang tidak wajar anda lepaskan. Apatah lagi jika ia menawarkan siri-siri drama menarik berikut yang boleh anda tonton pada bila-bila masa, di mana-mana saja. Ini 10 drama best yang mungkin anda terlepas.

1. Attack on Titan

AOT

Beberapa ratus tahun lalu, manusia hampir dimusnahkan oleh satu makhluk yang dipanggil Titan. Hanya segelintir sahaja yang survive. Selepas beratus-ratus tahun manusia tidak diancam Titan, makhluk itu kembali memusnahkan bandar. Seorang pemuda yang melihat kematian emaknya di tangan Titan mahu menuntut bela. Sangat sesuai untuk anda yang meminati siri anime.

2. Hannibal

Hannibal

Hannibal mengisahkan tentang dua individu yang mempunyai kebolehan pemikiran unik bekerjasama menyelesaikan kes-kes jenayah sehinggakan tiada penjahat yang boleh terlepas daripada mereka. Namun salah seorang daripada mereka menyimpan sebuah rahsia.

3. Homeland

Homeland

Siri ini mengisahkan tentang Carrie Mathison, seorang pegawai CIA yang mengalami gangguan bipolar yang menganggap seorang askar marine yang juga bekas tawanan al-Qaeda sebagai satu ancaman kepada Amerika Syarikat.

4. Dream High 2

Dream High 2

Sekiranya anda seorang peminat drama Korea, siri ini perlu anda tonton. Ia berkisar tentang sekumpulan pelajar di Kirin Art High School yang sanggup berkorban dan berusaha keras demi mencapai impian mereka menjadi bintang K-Pop popular di negara tersebut.

5. New Girl

New-Girl

New Girl adalah siri komedi tentang seorang gadis yang berpindah untuk tinggal bersama-sama tiga lelaki bujang selepas gagal dalam percintaan. Elemen lucu dan kekeluargaan dalam siri ini sangat menarik. Mudah terhibur.

6. Sleepy Hollow

sleepy hollow_800x1200_with_copyright

Sleepy Hollow antara siri TV wajib ada dalam senarai tonton peminat genre seram. Ia mengisahkan tentang seorang individu yang bangun dari kematian dan seorang detektif yang cuba menghalang kejahatan yang semakin mengganas terutama penunggang kuda tanpa kepala.

7.  The Americans

The-Americans

Philip dan Elizabeth Jennings merupakan pasangan perisik KGB ditugaskan menyamar sebagai rakyat Amerika yang tinggal di pinggir bandar Washington, DC. Keadaan menjadi sukar apabila Philips mula menyukai nilai dan cara hidup rakyat Amerika. Merumitkan lagi keadaan apabila mereka menerima jiran baru. Siapakah jiran baru mereka sehingga mereka terasa terancam? Apakah penyamaran mereka akan terbongkar? Anda perlu tonton untuk mengetahui kisahnya.

8. The Inheritors

The-Inheritors_800x1200_without_copyright

Kalau anda nak tahu bagaimana anak anak orang kaya di sekolah elit anda perlu tonton drama besiri ini. Ia mengisahkan tentang sekumpulan anak orang kaya raya di sebuah sekolah elit yang hanya menunggu masa untuk mengambil alih empayar bisnes keluarga mereka. Konflik antara cinta dan tugas menjadi tunjang kepada drama ini.

9. Peaky Blinders

Peaky_Blinders_Season1_800x1200_copyright

Anda suka drama gengster? Siri TV ini mungkin untuk anda. Ia mengisahkan tentang sebuah kumpulan gengster, Peaky Blinders yang diketuai oleh bekas hero semasa era peperangan. Beliau yang mempunyai cita-cita besar mahu membina sebuah bisnes yang sah berbanding hanya menjadi gengster yang melakukan jenayah untuk mendapatkan wang.

10. Vikings

Vikings_S01_800x1200_with_copyright

Khas untuk penggemar cerita yang ada unsur sejarah, Vikings antara drama menarik untuk ditonton. Ia menceritakan seorang petani muda yang kecewa dengan polisi pemerintahnya. Berbekalkan bantuan kawan baiknya, beliau membina sebuah bot untuk merentasi laut bagi mencari penempatan baru.

BONUS: 4 Drama Eksklusif Menarik di iflix

1. Mr. Robot

Mr Robot

Drama Mr. Robot memang best. Ianya tentang seorang programmer yang bekerja sebagai jurutera sekuriti cyber. Tapi menjadi hacker pada waktu malam. Menariknya beliau ditugaskan oleh sebuah organisasi underground untuk menjatuhkan syarikat-syarikat besar Amerika termasuk syarikat yang mengupah beliau untuk melindungi mereka.

2. Fargo

Fargo

Kalau anda jenis yang layan crime-comedy, drama Fargo pilihan yang bijak untuk ditonton. Ia ibarat drama 2 vs 2 di mana dua orang polis bekerjasama untuk menyelesaikan kes siri pembunuhan yang ada kaitan dengan seorang jurujual insurans dan seorang penjenayah.

3. Minority Report

Kalau anda pernah tonton filem Minority Report dan sukakannya, anda mungkin suka siri TV Minority Report juga. Ia mengisahkan tentang sepasang penguatkuasa yang cuba membanteras jenayah sebelum berlaku.

4. Black Sails

Black-Sails-exclusively-on-iflix

Akhir sekali kami sarankan tonton Black Sails, sebuah drama tentang seorang lanun legend Captain Flint yang berusaha mempertahankan pulau ‘syurga’ daripada serangan tentera Britain dan Sepanyol. Pulau ‘syurga’ ini diduduki oleh pelacur, penjenayah, lanun dan macam macam lagi kaki jenayah.

Apakah itu iflix?

iflix

iflix yang kini merupakan antara media yang terkehadapan di Asia Tenggara dalam menawarkan perkhidmatan TV. Dengan iflix, anda bakal menikmati faedah berikut:

1. Akses tanpa had untuk menonton ribuan jam rancangan TV dan filem! Anda boleh saksikan komedi, drama, K-Drama, kartun DITAMBAH lagi dengan filem-filem Hollywood, UK, Asian dan banyak lagi!

2. Yuran langganan serendah RM8, tiada kontrak dan tanpa sebarang komitmen.

3. Akses penuh 30 hari percuma! Dengan ini anda berpeluang menonton semua rancangan tv dan filem yang ditawarkan tanpa had sepanjang tempoh percubaan. Malah maklumat kad kredit dan maklumat bank tidak perlu disediakan sewaktu anda melanggan tempoh percubaan ini.

4. Tiada iklan! Maka anda boleh menonton drama bersiri atau filem kegemaran anda tanpa sebarang gangguan.

iflix-devices-ads

5. Boleh disambung ke 5 peranti termasuk telefon pintar, tablet, laptop, TV… pada bila-bila masa, di mana-mana saja! Malahan anda juga boleh mainkan drama pilihan anda pada 2 peranti berbeza pada waktu yang sama. Memang cool!

iflix-4

Jika anda peminat drama dan filem, ini sesuatu yang tidak wajar anda lepaskan. Layari iflix.com untuk merasai sendiri suatu pengalaman baru menonton filem dan drama kegemaran anda sekarang!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group