Anda peminat genre sains fiksyen? Bagi yang minat, pasti anda pernah dengar tentang konsep time travel iaitu sebuah konsep yang popular setelah terhasilnya novel dari H.G Wells yang berjudul The Time Machine.

Teori time travel ini sudah lama. Ia muncul sejak saintis terkenal, Albert Einstein mula memperkenalkan konsep masa yang dikenali sebagai konsep relativiti lagi.

Konsep ini memang cukup menarik sehinggakan ramai penggiat seni antarabangsa menggunakannya sebagai tema untuk filem dan drama. Siapa yang tak berminat untuk tengok cerita tentang perjalanan seseorang ke masa lalu dan masa hadapan, kan?

Oleh kerana teorinya yang kompleks, tidak semua filem dan drama yang berpandukan genre ini berjaya menarik minat penonton.

Akan tetapi, drama-drama dari Korea Selatan memang cukup terkenal dengan kualiti penceritaannya. Hari ini, kami akan senaraikan beberapa K-drama bergenre time travel yang anda wajib tonton!

1. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Drama yang dikeluarkan pada tahun 2016 ini mengisahkan tentang seorang wanita dari abad ke-21 yang kembali ke zaman Dinasti Georyo. Drama yang bergenre time travel ini berbeza dengan drama kolosa Korea yang lain.

Padat dengan plot cerita yang menarik dan 7 Putera kacak, drama yang dibintangi pelakon dan bintang terkenal Korea Selatan seperti IU, Lee Joon-gi, Kim Ji-soo dan Kang Ha-neul ini pasti akan membuat anda ketawa dan menangis kerana jalan ceritanya yang cukup bagus. Bagi peminat EXO, Byun Baek-hyun pun ada dalam drama ini tau!

2. Somehow 18

Drama yang turut dikenali sebagai 18 Again ini dikeluarkan pada tahun 2017. Cerita ini mengisahkan tentang watak Kyung-hee, seorang ahli bedah dalam bidang ortopedik yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Na-bi iaitu cinta pertamanya dari kematian.

Drama ini dibintangi Choi Min-ho, ahli dari kumpulan SHINee yang merupakan kumpulan K-pop ternama di Korea dan juga bintang-bintang lain seperti Lee Yoo-bi dan Kim Bo-mi.

3. Rooftop Prince

Kalau drama pertama tadi watak utama kembali ke zaman silam, drama time travel dan komedi romantik ini pula mengisahkan tentang seorang Putera Mahkota dari zaman Jeoson, bersama 3 lagi pengikutnya yang tiba-tiba terdampar ke abad 21.

Kisah ini bermula ketika Putera Lee Gak menjumpai isterinya mati lemas di sungai. Beliau bersama 3 lagi pembantunya mencuba untuk menyelidiki kematian isterinya yang disyaki sebagai kes pembunuhan.

Drama yang pernah popular pada tahun 2012 ini dibintangi barisan bintang Korea Selatan seperti Park Yoo-cun dari kumpulan JYJ, Han Ji-min, Choi Woo-sik, Lee Tae-ri dan Jung Suk-won.

4. Splash-splash Love

https://www.youtube.com/watch?v=N701Sv9nHhk

Drama time travel  yang seterusnya menceritakan tentang Jang Dan-bi yang terjun ke dalam lopak air ketika hujan lebat dan mendapati dirinya kembali ke zaman Jeoson. Drama yang dikeluarkan pada tahun 2015 ini memaparkan kisah cinta diantara Dan-bi yang dari masa hadapan dan Raja Lee-do, seorang raja pada era Jeoson yang sangat meminati ilmu.

Drama ini dibintangi bintang kpop terkenal Yoon Doo-joon dan pelakon, Kim Seul-gi.

5. Familiar Wife

Drama seterusnya ini mengisahkan tentang Cha Joo-hyuk, seorang suami dan bapa. Akibat kesal dengan nasibnya sekarang, Joo-hyuk bertekad untuk mengubah nasibnya apabila beliau yang mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau.

Hajat Joo-hyuk tercapai. Namun, meskipun hidupnya telah berubah kerana beliau kini menjadi menantu kepada orang kaya, hidupnya kembali huru-hara apabila ‘isterinya’ berkerja ditempat yang sama.

Drama yang dikeluarkan pada tahun 2018 ini dibintangi barisan pelakon handal seperti Ji-sung, Han Ji-min, Jang Seung-jo dan Kang Han-na.

6. Tomorrow With You

Drama seterusnya ini berkisarkan tentang Yoo So-joon yang merupakan seorang Time Traveler dan juga isterinya Song Ma-rin. So-joon merupakan seorang CEO hartanah dan beliau mempunyai kebolehan untuk menjelajah masa tiap kali menaiki kereta api.

Drama keluaran TVN ini ditayangkan pada tahun 2017 dan dibintangi pelakon terkenal seperti Shin Min-ah dan Lee Je-hoon.

7. The King: Eternal Monarch

Drama terbaharu lakonan Lee Min-ho ini mendapat sambutan hangat sebelum ditayangkan lagi. Drama ini menggambarkan dua dunia paralel iaitu Korea pada masa kini dan Korea dalam bentuk konstitusi monarki.

Drama ini bukan sahaja menyentuh tema time traveling tetapi juga tentang parallel universe, dua konsep yang sering dibincangkan tentang teorinya. Dibarisi pelakon hebat seperti Lee Min-ho, Kim Go-eun dan Jo Eun-seob, drama ini pasti akan membuat anda berfikir kerana plotnya yang kompleks dan menarik!

8. Marry Him if You Dare

Drama ini ditayangkan pada tahun 2013 namun cukup popular dikalangan peminat K-drama. Berkisarkan tentang Na Mi-rae yang kembali ke masa lampau untuk mencuba menghalang dirinya dari berkahwin dengan Kim Shin.

Drama ini dilakonkan oleh pelakon dan bintang terkenal Korea seperti Yoon Eun-hye, Jung Yong-hwa, Lee Dong-gun, Han Chae-ah dan Choi Myung-gil.

9. W: Two Worlds

Drama ini merupakan sebuah drama yang unik. Ditayangkan pada tahun 2016, drama ini berkisarkan tentang kisah cinta antara dua orang dari dimensi yang berbeza.

Kang Chul merupakan watak dari dunia webtoon yang berjudul ‘W’ dan Oh Yeon-joo, seorang pakar bedah jantung yang juga merupakan anak kepada Oh Sung-moo, pelukis dan lustrator webtoon.

Drama fantasi ini dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo.

10. Go Back Couple

Drama terakhir ini mengisahkan tentang kisah percintaan Choi Ban-do yang berkahwin dengan teman wanitanya M Jin-joo. Drama time travel ini menarik kerana bukan sahaja ia mempunyai elemen menjelajah waktu tapi, drama ini juga memaparkan pahit manis alam perkahwinan.

Ditayangkan pada tahun 2017, lakonan mantap dari Jang Na-ra dan Son Ho-jun boleh dilihat dalam drama ini.

Bolehlah anda isi masa terluang anda dengan menonton drama-drama ini. Selamat menonton!

Khabarnya nama ‘Kota Kinabalu’ dipetik dalam drama siri Korea terbaharu Start-up, klik pautan di bawah untuk membaca!

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah