Bahan kimia yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 didapati telah digunakan oleh dua orang wanita warga asing ke atas Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Keputusan analisis awal yang dijalankan oleh Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’ ialah cecair yang telah disimbah dan ditekup pada muka lelaki Korea Utara yang merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa itu ‘VX Nerve Agent’? Persoalan itu timbul di minda saya apabila membaca perkhabaran di atas. Dah alang-alang itu saya kongsi info ini bersama anda.

Berikut ialah 10 fakta tentang senjata kimia ‘VX Nerve Agent’:

1. Huruf VX membawa maksud ‘venom’ yang terdiri daripada komponen sebatian yang berpotensi tinggi dan mempunyai ciri-ciri untuk menembusi kulit.

2. ‘VX Nerve Agent’ dibuat oleh ahli kimia Ranaji Ghosh untuk Imperial Chemical Industries di United Kingdom sekitar 1950-an.

3. VX berfungsi sebagai senjata kimia peperangan – agen saraf yang boleh menyebabkan kematian walaupun hanya 10 miligram didedahkan pada kulit dan dos maut median bagi penyedutan dianggarkan 30-50 mg · min / m3.

4. VX tampil dalam bentuk cecair berminyak yang berwarna cokelat kekuningan tetapi tidak mempunyai bau dan rasa.

5. VX sukar dikesan di mana ia memerlukan dua sebatian yang boleh dicampurkan pada saat ia mahu digunakan ke atas mangsa.

6. VX paling bertoksik dalam kategori agen saraf dan boleh membunuh mangsa melalui campuran dalam makanan atau bekalan air atau digunakan terus ke atas kulit mangsa.

7. Mangsa boleh mati dalam masa 15 minit jika VX digunakan dalam bentuk gas dengan kekuatan 100 kali ganda berbanding gas sarin yang pernah digunakan dalam serangan stesen kereta api bawah tanah di Tokyo, Jepun pada 1995.

8. VX menyebabkan mangsa mengalami tanda-tanda seperti cepat pengsan, sawan, kekejangan, lumpuh lembik dan apnea hingga enzim penting dalam tubuh berhenti bekerja kerana mangsa tidak mampu lagi bernafas.

9. Jika mangsa didedahkan dengan dos kecil, ia menyebabkan ritma jantung meningkat, rasa lemas, penglihatan terganggu, rasa mual, dan cirit-birit.

10. Sehingga kini, mangsa yang terdedah dengan dos VX yang tinggi tidak mampu hidup lama walaupun sudah ada penawar racun VX.

Cara Agen Saraf VX Membunuh Mangsa

O-Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX adalah organophosphate (OP) yang sangat beracun dalam bentuk cecair dan boleh mengganggu sistem saraf badan dengan teruk dan digunakan sebagai agen saraf di dalam peperangan kimia.

VX berfungsi dengan menghalang enzim acetylcholinesterase dari berfungsi menghalang otot-otot dari mengecut secara berterusan. Kegagalan acetylcholinesterase untuk berfungsi menyebabkan otot-otot mangsa berterusan mengecut sehingga ke tahap yang kritikal (supercontraction).

Kegagalan itu juga menyebabkan semua otot-otot mangsa menjadi lumpuh termasuklah otot diafragma (diaphragm muscle) dan mangsa akan mengalami kesukaran untuk bernafas yang amat teruk dan akan meninggal dunia dalam keadaan yang menderita kerana kesukaran bernafas (asphyxiation).