Umpama tinggal di neraka, itu mungkin istilah paling tepat untuk menggambarkan realiti kehidupan segelintir penduduk di Hong Kong. Dengan populasi hampir 7.5 juta dan baki tanah yang sedikit, ia menyebabkan harga rumah di Hong Kong menjadi begitu mahal dan sukar untuk dimiliki majoriti penduduk di sana.

Ketika orang sibuk memotret keindahan senibina bangunan-bangunan pencakar langit yang menakjubkan, seorang jurugambar bernama Benny Lam mengambil keputusan untuk merakam sesuatu yang amat jarang didedahkan. Iaitu realiti kehidupan sebenar segelintir kehidupan penduduk di Hong Kong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Percaya atau tidak, ada dikalangan mereka yang terpaksa tinggal di dalam bilik yang hanya berkeluasan 15 x 120 kaki persegi. Ya! Ia memang sesuatu yang amat menyedihkan. Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, membiarkan mereka terperangkap di dalam ‘kotak keranda’ ini merupakan satu penghinaan terhadap maruah manusia. Anda boleh lihat bagaimana azab kehidupan mereka melalui rakaman foto di bawah. Cuba bayangkan jika anda berada ditempat mereka, apa yang anda lakukan?

Mahu atau tidak, ini kehidupan setiap hari yang terpaksa ditempuhi mereka.

1

3

4

5

6

7

8

9

10

20

Sumber