Mengembara ke seluruh dunia memang menakjubkan.

Dunia baru, penuh dengan warna warni yang kita tidak pernah lihat sebelum ini.

Bila kurang ongkosnya, bolehlah menjelajah menggunakan Google Street View – sehingga ke hujung dunia!

1. Great Barrier Reef, Australia

Ini adalah antara gambar panorama bawah air pertama yang dirakam oleh Google.

2. Kepulauan Galapagos, Ecuador

Anda boleh melihat anjing laut atau kura-kura di Pulau Galapagos di sini.

3. Pondok Scott’s dan Pondok Discovery, Pulau Ross, Antartika

Jadi ini adalah cukup luar biasa – meneroka dalam dua pondok dibina semasa ekspedisi Robert Falcon Scott 100 tahun yang lalu .

4. Pulau Half Moon, Antartika

Dan beberapa tempat lagi di Antartika.

5. Iqaluit, Kanada

Bandar Iqaluit adalah bandar dengan kepadatan penduduk paling rendah di Kanada. Jalan ini menuju ke mana, kami tidak tahu.

6. Pulau Terceira, Portugal

Di tengah-tengah Lautan Atlantik Utara, Pulau Terceira mempunyai beberapa pandangan yang cukup menakjubkan.

7. Pulau Chichi-jima, Jepun

Lebih daripada 500 kilometer ke tenggara Tokyo, Chichi-Jima mempunyai beberapa pandangan pulau yang menakjubkan juga.

8. Cambridge Bay, Kanada

Cambridge Bay ialah kawasan paling utara di Amerika Utara untuk diterokai dengan Street View – di atas adalah Gereja Old Stone .

9. Pulau Midway, USA

Anda akan mendapati beribu-ribu burung (dan seorang manusia yang sangat teruja, jika anda melihat dengan teliti) di sini , kira-kira 1,000 batu ke barat laut Hawaii.

10. Svalbard, Norway

Svalbard adalah wilayah paling utara di Eropah – di atas adalah Kapal Noorderlicht .

Sumber: Buzzfeed
—————————————————————
Like page The Vocket di Facebook