10 buah ibu pejabat syarikat teknologi ini bukan sahaja memberi solusi teknologi yang cool, tetapi juga reka bentuk dalaman syarikat yang awesome. Melihat ruang ini sahaja, kami tahu ia mampu membuatkan pekerja-pekerja di syarikat ini yang memang sudah sedia berbakat – menjadi lebih kreatif. Suatu hari nanti, ehem, kami di Vocket pun teringin mempunyai ibu pejabat sebegini.

1. Shutterstock, Manhattan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pejabat syarikat perlesenan gambar atas talian ini direka oleh firma Studios Architecture. Pejabat baru ini terletak di tingkat 20 dan 21 Bangunan Empire State. Walaupun lokasi ini bersejarah, pejabat dengan keluasan 80,000 kaki persegi ini dipenuhi dengan kemudahan moden seperti perpustakaan rahsia dengan gaya steampunk, kawasan permainan, café, studio yoga dan bilik urut. Kedua-dua tingkat ini dihubungkan dengan tangga selebar 10 kaki (tangga paling lebar di bangunan itu) dan dihiasi dengan penghadang logam yang berinspirasikan Art Deco.

2. Airbnb, San Francisco

Disebabkan kejayaan yang boom di dalam ekonomi perkongsian, penyedia perkhidmatan sewaan rumah jangka pendek, Airbnb dengan cepatnya berkembang melebihi kapasiti dua pejabat sedia ada. Pengasas Brian Chesky, Joe Gebbia, dan Nathan Blecharczyk menggunakan khidmat firma arkitek Gensler untuk merangka ibu pejabat baru syarikat itu di kejiranan South of Market, San Francisco. Siap pada tahun 2013, ruang kerja dengan inspirasi traveling ini adalah seluas 72,000 kaki persegi. Pejabat dengan gaya open-floor ini juga menempatkan beberapa ruang unik untuk ruang kerja solo dan tempat perbincangan – di mana ada sesetengahnya adalah merupakan replika listing mereka yang popular seperti di Bali, Reykjavík, dan seperti di dalam gambar di atas, Paris.

3. Kickstarter, Brooklyn

Pada tahun 2014, syarikat laman web crowd-funding ini berpindah dari Lower East Side ke sebuah kilang pensil yang diubah suai di kawasan Greenpoint, Brooklyn. Arkitek, Ole Sondresen mengubah suai bangunan terbiar ini menggunakan bahan-bahan buangan, termasuklah menggunakan denim sebagai penebat haba. Pejabat dengan keluasan 29,000 kaki persegi ini mengandungi sebuah galeri, teater dengan 74 tempat duduk, perpustakaan (seperti di dalam gambar), kafetaria, dan bumbung hijau dengan kebun kecil yang dijaga oleh kakitangan mereka sendiri serta mampu menyediakan makanan ringan yang sihat untuk pejabat itu.

4. Uber, San Francisco

Gaya yang slick ini disediakan oleh Studio O+A untuk syarikat applikasi perkhidmatan kereta, Uber, untuk ibu pejabat mereka di kawasan Mid-Market. Material yang digunakan mencerminkan perkhidmatan syarikat yang berbeza; dengan konkrit dan keluli mentah mewakili penawaran UberX dan tembaga, maple teroksida, dan kaca onyx yang mewah mewakili perkhidmatan premium Uber Black.

5. Pandora, Oakland, California

Muzik ada di mana-mana sahaja di HQ syarikat radio Internet, Pandora, yang terletak di seberang East Bay, San Francisco. Studios Architecture adalah firma yang bertanggungjawab ke atas pembesaran kompleks pejabat yang kini berkeluasan 100,000 kaki persegi dan menempatkan 800 kakitangan. Kawasan rehat mempunyai ruangan booth dengan tulisan RADIO (seperti di dalam gambar) dan bilik mesyuarat dengan inspirasi studio rakaman dan diberi nama ahli kumpulan Beatles dan Simon and Garfunkel’s “Scarborough Fair”. Selain memberi minuman dan snek percuma, syarikat ini menyediakan mesin vending headphones dan gajet. Dan sudah tentu, ada banyak konsert dijalankan di dalam bangunan ini.

6. Lumosity, San Francisco

Lumosity adalah sebuah syarikat pembinaan games yang menduga akal, jadi amatlah difahami sekiranya deco di pejabat pun merangsang secara visual. Terletak di sebuah bangunan Art Deco yang bersejarah, pejabat loft dengan keluasan 38,000 kaki persegi ini diilhamkan oleh Lauren Geremia dari firma Geremia Design dengan kerjasama firma Boor Bridges Architecture. Terdapat banyak ruangan untuk kolobrasi dan bersosial, termasuklah bilik permainan, bar, cafeteria, dan perpustakaan (seperti di dalam gambar) yang hanya boleh dimasuki melalui pintu rahsia. Geremia mereka bentuk perabot custom untuk café dan bilik konferens, dan kerja yang dibuat oleh artis-artis dari Creative Growth Art Center, sebuah organisasi tempatan yang membantu orang dewasa kurang upaya, dipamerkan di ruang-ruang sekitar pejabat ini.

7. Pinterest, San Francisco

Selari dengan misinya sebagai laman curation, Pinterest mahukan sebuah ibu pejabat yang boleh diberikan karakter tersendiri oleh kakitangannya sendiri. Tiga firma – All of the Above, First Office dan Schwartz and Architecture bekerjasama untuk merekabentuk kompleks pejabat dengan gaya industrial moden ini. Beberapa ruangan berwarna putih direka di bangunan bekas gudang ini untuk dijadikan ruang konferens, dan atrium disusun dengan meja panjang sebagai ruangan makan dan mesyuarat. Sejak memulakan operasi di bangunan itu pada tahun 2013, kakitangan telah menghias bangunan itu dari sebuah ruangan kosong menjadi sesuatu yang istimewa.

8. Yelp, San Francisco

Yelp, sebuah syarikat reviu secara crowd-sourced bekerja dengan firma Studio O+A untuk membangunkan kampus 13 tingkat yang merupakan bangunan untuk syarikat Pacific Telephone and Telegraph Company suatu masa dulu. Terletak di Financial District yang bersejarah, pejabat ini menyediakan kemudahan seperti bar kopi dihiasi dengan lampu yang dijahit tangan dan ruangan resepsi dengan tema kedai runcit di setiap tingkat untuk menggalakkan kakitangan bersosial. Batu-bata dan kayu yang terdedah menyerlahkan lagi karakter bangunan yang dibina pada tahun 1925 yang diberi sentuhan arkitek terkenal Timothy Pflueger.

9. GitHub, San Francisco

Matlamat GitHub adalah untuk membuat kolobrasi pembangunan perisian lebih mudah, dan ibu pejabat mereka di South of Market membawa idea ini menjadi nyata. Firma Studio Hatch dan Fennie + Mehl bekerjasama untuk mewujudkan ruang bekerja yang fleksibel dan boleh berubah apabila tim GitHub berkembang. Bangunan 3 tingkat dengan keluasan 60,000 kaki persegi, merupakan bekas gudang buah-buahan kering, mempunyai café di setiap tingkat, bilik konferens dengan tema menarik (seperti Rat Pack, saloon dan safari), ruang dojo, ruang speakeasy, dan dek bumbung. Tetapi apa yang paling menarik, adalah bilik resepsi yang merupakan replika tepat Pejabat Oval White House.

10. Square, San Francisco

Firma Bohlin Cywinski Jackson terinspirasi dari gaya perancangan bandar apabila merekabentuk pejabat syarikat pembayaran mobil, Square. Di tingkat utama, terdapat ‘boulevard‘ yang memberi laluan ke ruang kerja komunal, perpustakaan, bilik konferens dan bar kopi. Eucalyptus dan oak putih digunakan di seluruh kompleks, membuatkan ‘bandar’ ini terasa hangat dan intim.

BACA LAGI: 5 Pejabat Di Malaysia Ini Akan Buat Anda Rasa Awesome! #3 Buat Kami Happy

Anda boleh baca juga Lagi 5 Pejabat Di Malaysia Yang Out-Of-Normal. Siap Ada Padang Bola!

Sumber: Architectural Digest

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram