Hari ini merupakan Georgetown Heritage Day sempena ulang tahun pengisytirahan tapak warisan dunia oleh UNESCO. Kepada orang Penang, selamat bercuti! Buat anda yang sedang menantikan barangan pada harga promosi di Lazada, minggu ini merupakan waktu yang tepat untuk anda sambar item idaman kerana Lazada sekarang ini sedang menjalankan promosi Home Run Deals dengan tawaran sehingga 80%.

Promosi Home Run Deals kali ini nampak lebih menarik, barangan yang ditawarkan juga banyak. Oleh kerana terlalu banyak barangan menarik dan membuatkan saya ada masa untuk pening kepala, jadi kami di Vocket senaraikan 10 item pilihan yang kami berkenan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Katil Bujang

1

Belum jumpa jodoh tapi dah pakai katil Queen? Nak jimat ruang boleh bertukar kepada katil bujang. Kebiasaan katil bujang yang ada dipasaran dijual pada harga RM100+, tetapi sempena promosi Home Run Deals Lazada, anda boleh miliki katil bujang pada harga serendah RM82.00 sahaja. Boleh dapatkan di sini. Katil jenis ini lebih tahan sebab ada tiang sokongan di tengah, tak bengkok walaupun berat badan anda melebihi 100 kg.

2. Tilam Greenly

2

Katil dah ada, sekarang kita dapatkan set berserta tilam pula. Untuk tilam single, yang RM60 pun ada jual. Tapi membezakan, tilam murah lebih cepat rosak. Tilam Greenly ni antara jenis tilam yang berkualiti boleh anda dapatkan. Pada harga bawah RM200 anda sudah boleh dapatkan set katil berserta tilam Greenly. Kalau nak beli tilam sahaja pun boleh. Dapatkan di sini.

3. Mesin Jahit Mini

3

Mesin jahit mini mudah alih ini pernah jadi trend suatu ketika dahulu. Jika dahulu ia dijual pada harga lebih daripada RM100, kini Lazada tawarkan anda pada harga RM37.30 sahaja. Waktu terbaik untuk dimiliki, boleh dapatkan di sini.

4. Bantal Sweet Dream

4

Sakit leher setiap kali bangun tidur? Selesaikan masalah anda sekarang. Semua orang tahu, Sweet Dream jenama yang dipercayai ramai untuk peralatan kapas seperti tilam dan bantal. Semperna promosi Home Run Deals, anda kini boleh dapatkan bantal Sweet Dream pada harga serendah RM49.00 sahaja. Paling untung, beli 1 percuma 1. Lepas ni dah boleh tidur lena berbantalkan bantal empuk Sweet Dream. Dapatkan di sini.

5. Dehumidifier

5

Hapuskan masalah bau hapak dengan mini Keming Dehumidifier, alat ini berguna untuk menurunkan kelembaban udara dengan cara menyerap udara yang lembab dan memprosesnya menjadi air. Sedut udara dan bau hapak itu percuma, tetapi jika anda mahu sedut udara sahaja, hapuskan bau hapak dengan Keming Dehumidifier. Alat ini boleh dimiliki pada harga RM89.00 di sini.

6. Bean Bag

6

Ini antara item yang saya idamkan, Bean Bag. Pernah tak rasa pinggul seperti berkematu sebab duduk di atas permukaan yang keras? Kalau pernah, itu sebabnya Bean Bag ini dicipta. Tidak lain tidak bukan untuk berikan anda keselesaan yang super santai ketika lepak. Selepas idea Bean Bag wujud dalam Kickstarter dulu, Bean Bag sangat popular di luar negara. Sekarang, semua orang boleh miliki ‘beg kacang’ ini pada harga RM75.00 saja. Boleh dapatkan di sini.

Tengok cara guna Bean Bag melalui video di bawah:

7. Penyidai Baju

7

Bila hari hujan, nak jemur pakaian memang menjadi satu masalah. Oleh itu baik sediakan ampaian sebelum hujan. Maksud kami ampaian yang ini. Ampaian ini boleh dilipat dan mudah disimpan. Boleh guna ketika perlu, jadi nanti bolehlah jemur pakaian dalam rumah. Risau pakaian bau hapak? Sambar item pilihan no 5 kami yang di atas.

Pada harga RM33.90, anda boleh selesaikan masalah para ibu ibu diluar sana. Boleh dapatkan di sini.

8. Game Controller

8

Game Controller ala-ala joy stick PS untuk android ini memudahkan anda bermain permainan di telefon pintar. Boleh digunakan pada semua telefon android tanpa perlu ‘root’. Nikmati permainan dengan lebih mudah dan mengkhayalkan. Berminat? Anda boleh dapatkannya di sini.

9. Xiaomi Mi Band 2

9

Anda seorang yang minimalis dan mahukan sebuah jam tangan pintar? Xiaomi Mi Band 2 ini mungkin pilihan yang ideal. Mi Band 2 boleh bertahan sehingga 30 hari untuk satu pengecasan penuh. Pada harga RM74.90, anda sudah layak memilikinya. Disertakan tawaran jaminan selama sebulan, boleh dapatkan di sini.

10. Logitech Wireless Keyboard + Mouse

10

Semenjak jatuh cinta dengan konsep minimalis, saya memang suka meja dekstop nampak kemas. Kalau anda juga tidak suka tengok wayar keyboard dan mouse berselerak, boleh gantikan dengan keyboard wireless ini. Logitech antara jenama gajet yang berkualiti dan dipercayai. Untuk set keyboard + mouse ini, ia dijual pada harga serendah RM59.90 sahaja, boleh dapatkannya di sini sebelum kehabisan stok.

Apa yang membezakan teman wanita anda dan promosi ini ialah ‘ianya boleh dikongsi’. Jadi, jangan lupa beritahu kawan-kawan anda sekali.