Adakah anda pernah duduk serumah atau sebilik dengan orang yang dipanggil housemate atau roommate?

Pasti anda faham apabila ingat semula salah satu isu hangat ini yang mungkin pernah berlaku kepada anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali. Sebenarnya kita bukan nak cari gaduh atau masalah tetapi ini memang topik hangat jika tinggal di luar zon selesa aka rumah keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya senaraikan 10 jenis manusia yang akan bikin anda jadi marah dan tertekan apabila tinggal bersama. Anda boleh tulis pengalaman sendiri di ruangan komen yang disediakan.

1. Peminjam tanpa izin

socks

Ini memang boleh bikin panas. Lebih-lebih lagi ia akan beri kesan ke atas bajet bulanan kita. Tak pasal-pasal tetiba ada ‘kembar’ pula. Semua ‘buy for 2’.

2. Liat bayar sewa/bil

Jangan biarkan mereka selesa melambat-lambatkan bayaran bil atau sewa. Jangan sesekali cuba mendahulukan duit anda untuk bayar bagi pihak dia. Ia akan jadi satu penyakit yang merbahaya.

3. Pemalas

Jenis ini sesuai sewa di rumah agam atau hotel yang siap dengan pembantu. Tapi sebab tak mampu, terpaksa menyewa dengan anda juga. Situasi rumah/bilik akan jadi panas melihat hasil kemalasan di setiap penjuru rumah terutama di atas sinki.

Apakah dia ingat semua housemate itu adalah babu-babu?

4. Pencuri

soap

5. Pengotor

6. Sukar beri kerjasama

7. Invisible man

Orang seperti ini akan selalu ‘missing-in-action’ kerana kebiasaannya lebih suka menghabiskan masa di rumah sendiri, atau di rumah kawan atau berkhemah di luar atau lepak di perpustakaan berbanding di bilik/rumah sewa.

Serba-sedikit hal ini akan membuatkan anda bimbang tentang mereka tetapi apabila mereka pulang ke rumah, ia seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku tanpa tahu anda dah beberapa hari risau tentang ketiadaannya.

8. Orang kreatif, bilik bersepah

Jika dia sepahkan bilik dia sahaja, it’s OK. Mungkin dia tidak boleh lakukan kerja jika bilik terlalu kemas. Tapi jika dia dah mula sepahkan di ruang tamu, ruang makan, dapur dan lain-lain, berterus-teranglah dengan dia untuk bertimbang-rasa apabila di communal areas.

9. Hantu

Dia sentiasa ada di biliknya, tapi tidak bising dan sesekali dia akan minta kepada para housemate supaya menganggap dia tidak wujud. Mungkin dia jenis pemalu atau jarang sekali bergaul dengan orang ramai.

10. Pecah masuk privasi

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram