Ketika kami masih kecil, mercun dijual dipasaran terbuka. Mahu beli mercun pergi sahaja ke kedai runcit depan sekolah. Sambil main tikam boleh borong sekotak mercun. Selalunya mercun dijual diawal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Syawal. Antara sebab mercun diharamkan dijual di pasaran terbuka kerana terdapat banyak kejadian kanak-kanak putus jari dihari raya. Kes-kes ini pula disensasikan oleh media arus perdana yang ingin melariskan akhbar mereka. Ini salah satu sebab kenapa kami anti dengan media arus perdana. Mereka menyebabkan kenangan indah kami sewaktu kecil hilang. Disini kami senaraikan jenis-jenis mercun mengikut keseronokkan semasa kami kecil dahulu.

10. Mercun Pop

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mercun yang paling selamat yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak bawah umur. Mercun ini diletupkan dengan hanya di baling pada lantai. Tiada kecederaan yang akan dialami oleh sesiapa yang memainnya. Tiada larangan menjual mercun ini di pasaran terbuka.

9. Mercun Lebah

Seperti namanya, bila dihidupkan mercun ini akan mengeluarkan bunyi dan bergerak seperti seekor lebah. Selalunya kami akan memasukkan mercun ini kedalam baju rakan kami. Ia tidak akan meletup. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak dengan pengawasan orang dewasa.

8. Mercun Gasing

Mercun ini sebesar duit syiling 20sen. Apabila dibakar, ia akan berputar seperti gasing dan mengeluarkan putaran api. Sesuai dimainkan pada waktu malam. Mercun ini tidak akan meletup dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak. Cuma perlu berhati-hati pada percikan api nya.

7. Mercun Lidi

Ia juga dikenali dengan nama Mercun Rocket. Mercun ini perlu dihalakan keudara sebelum dibakar. Mercun ini akan meletup ketika sampai pada sesuatu ketinggian. Selalunya kami akan mencucuk mercun ini pada tanah sebelum dibakar. Tetapi jika anda hebat, anda boleh memegang mercun ini sebelum dilancarkan ke udara.

6. Mercun Mancis

Mercun ini dinyalakan dengan menggesek seperti menghidupkan batang mancis. Muncung mercun akan menyala dan berasap beberapa saat sebelum meletup. Pernah suatu ketika, rakan kami menghidupkan mercun ini, nyalaan api tidak kelihatan tetapi suatu ketika selepas itu meletup secara tiba-tiba. Jika anda tidak sempat membaling mercun ini, bersedialah untuk tangan anda cedera. Tip untuk mengurangkan kecederaan – sila pakai sarung tangan sebelum bermain.

5. Mercun Papan

Mercun ini selalu dilihat pada perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi yang dikeluarkan agak kuat dan tempoh letupan bergantung kepada panjang mercun tersebut. Pernah sekali kami membakar mercun ini dan mengambil masa sehingga 20minit untuk habis meletup.

4. Thunderclap

Mercun yang masih mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga sekarang. Ia seperti mercun lidi tetapi mengeluarkan bunyi yang lebih kuat dan cahaya api. Perlu berhati-hati ketika bermain kerana jika meletup berdekatan anda boleh menyebabkan kecederaan.

3. Mercun Ketupat

Rupanya seperti ketupat. Bunyi yang dikeluarkan sangat kuat sehingga boleh menyebabkan anda hilang pendengaran untuk beberapa saat. Merbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan. Jika gagal dibaling dengan kemas boleh menyebabkan jari-jemari anda putus.

2. Mercun Bola

Ini adalah mercun kegemaran kami. Letupan yang sangat kuat. Di kebun mercun ini digunakan untuk menghalau Khinzir Hutan yang merosakkan tanam. Di bandar, sewaktu bermain, pasti ada jiran yang akan datang memaki.

1. Mercun Bateri

Mercun ini bila dibakar akan menghasilkan bunyi yang kuat dan percikan bunga api. Mengikut saiz yang tertentu, 5 x 5 akan mengeluarkan 25 das percikan bunga api. Percikan di angkasa menghasilkan warna-warna yang cantik. Mercun ini selalunya dimainkan pada waktu kemuncuk iaitu ketika saudara-mara ramai berkunjung ke rumah kami. Pada waktu kecil, kami akan berkongsi bersama rakan-rakan kami untuk membeli mercun ini. Kami akan pastikan semua rakan-rakan kami bersama ketika kami membakar mercun ini. Jika tidak, pasti ada yang akan merajuk