Seorang usahawan, Tuan Fauzan Ghazi, telah mencipta beberapa poster memetik kata Buya Hamka yang terkenal itu.

Kami pernah memaparkan tentang perasaan teruja kami membaca buku ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Kali ini kami teruja apabila Tuan Fauzan memberi kami kebenaran untuk berkongsi poster-poster Hamka dengan pembaca The Vocket.

buya-hamka

Sebelum itu, mari kita imbas kembali profil lelaki hebat ini.

Siapakah Buya Hamka?

Hamka, atau nama lengkapnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 – 24 Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.

Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.

Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia, salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.

Sewaktu zaman penjajahan Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku falsafah, sastera, sejarah dan politik. Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.

Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 pada usia 73 tahun, dan disemadikan di Tanah Perkuburan Tanah Kusir, Jakarta.

Sepanjang hidup beliau,Hamka merupakan seorang yang petah berpidato,berjiwa seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.

10 Kata-kata Hikmah Buya Hamka

Buya Hamka sering menjentik pemikiran, idea dan hati mereka yang membaca karyanya.

1. Bersyukurlah

hamka-01

2. Jangan takut jatuh

hamka-02

3. Jangan takut gagal

hamka-03

4. Jangan takut salah

hamka-04

5. Tenang dengan apa yang ada

hamka-05

6. Kuatkan diri

hamka-06

7. Positif dan aktif

hamka-07

8. Kehidupan itu…

hamka-08

9. Tentang keutamaan

hamka-09

10. Tujuan hidup

hamka-10

BACA: Dari Hanya Satu ‘Paperwork’ Ungku Aziz Cipta Tabung Haji

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram