Nama Secret Recipe sinonim dengan kek yang enak. Setiap kali Secret Recipe tampil dengan promosi pasti anda tidak lepaskan peluang untuk membeli kek dengan harga promosi.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter Izzah ‘Atirah yang merupakan pekerja di Secret Recipe cawangan Gunung Rapat telah berkongsi 10 kek Secret Recipe yang anda perlu cuba selain daripada Chocolate Indulgence. Baca perkongsiannya di bawah:

1. Chocolate Odyssey

Bagi anda yang menggemari rasa coklat Ferrero Rocher dan rasa kacang hazelnut dalam satu kek, pasti akan suka kek ini.

2. The Red Velvet

The-Red-Velvet-side-1
Sumber: Secret Recipe

Kek ini merupakan kek sponge dengan lapisan cream cheese and apricot bits. Rasanya tidak akan membuatkan anda muak.

3. Hokkaido Triple Cheese

Siapa yang menyukai keju, inilah kek yang patut anda cuba. Terdapat 3 lapisan keju yang berbeza untuk kek ini.

4. New York Cheese Cake

1539456
Sumber: Secret Recipe

Kek ini pula memberikan anda satu rasa ‘klasik’ dan walaupun terdapat keju ianya tidak terlalu manis dan sesuai untuk apa-apa acara.

5. Absolute Durian dan Durian Fromage

Rakyat Malaysia pasti suka kek perisa durian. Absolute Durian adalah kek sponge manakala Durian Fromage adalah kek keju durian.

6. Marble Cheesecake

marble-cheese-2
Sumber: Secret Recipe

Kek ini merupakan antara kek premium yang sedap. Walaupun saiznya sedikit kecil tetapi lapisan bawah adalah ‘highlight’ untuk kek ini kerana ada oak nut.

7. Chocolate Brulee

1539484
Sumber: Secret Recipe

Jika anda penggemar coklat, ini kek yang anda mesti cuba. Pada lapisan bawah tu adalah mud kek dan pada bahagian tengah ada coklat mousse dan pada bahagian atas diletakkan brulee.

8. Butterfly Pea Lemon Cheese

Kek ini diperbuat daripada cream cheese Australia dan rasa dia sedikit masam dan manis. ‘Highlight’ bahan dalam kek ini adalah terdapat bunga yang buat nasi kerabu.

9. Wild Blueberry Cheese

Wild-Blueberry-Cheese-side
Sumber: Secret Recipe

Bagi anda yang sukakan blueberry, inilah kek anda patut cuba. Kek ini padat dengan blueberry dan keju. Gabungan rasa blueberry dan keju pasti memikat selera anda.

10. Hi Fibre Cheesecake

Hi-fibre-Cheese-Cake-side
Sumber: Secret Recipe

Siapa suka makan kacang, kek ini pasti menjadi kesukaan anda. Kek ini dipenuhi dengan kacang dan baru sahaja makan sedikit anda sudah berasa kenyang.

Berdasarkan list di atas, mana satu kegemaran anda? Adakah anda sudah mencuba kesemua kek-kek tersebut? Lepas ini bolehlah anda mencuba kek yang berbeza dan sedap di Secret Recipe.

Untuk lebih artikel yang menarik dan bermanfaat, anda boleh klik pada pautan di bawah ini. 

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

7-Eleven Malaysia Lancar Aiskrim Perisa Unik ‘Cili Dan Limau’

8 Air Tealive Yang Perlu Anda Cuba Seperti Yang Dikongsikan Oleh ‘Tearista’ Mereka