Seperti yang anda tahu, industri teknologi bergerak dengan sangat laju. Buat para pengguna, mereka mungkin tidak perlu tergesa-gesa untuk mengikuti teknologi yang ada. Namun, lain ceritanya dengan pengeluar atau syarikat teknologi dimana inovasi produk dan permintaan pelanggan merupakan elemen penting.

Siapa sangka, syarikat-syarikat besar juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Melepaskan peluang yang tersedia mungkin membuatkan syarikat mereka menjadi mangsa bankrap. Berikut merupakan 10 kesalahan terbesar di dalam sejarah industri teknologi ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Kodak

Percaya atau tidak, Kodak berpeluang untuk menjadi pioneer di dalam industri kamera digital. Idea untuk memperkenalkan kamera digital kepada umum ini telah dicadangkan oleh salah seorang engineer yang bekerja di Kodak. Malangnya, idea tersebut sekadar menjadi bahan ketawa dan dianggap tidak releven.

Pada 2012, syarikat ini diisytiharkan bankrap atas sebab gagal untuk mengikuti perkembangan teknologi semasa.

2. Yahoo

Ketika mana Yahoo menjadi pilihan ramai pengguna, Google baru sahaja ditubuhkan. Syarikat Yahoo yang pada ketika merupakan sebuah syarikat yang kaya antara yang berminat untuk mendapatkan Google namun memihak untuk tidak membeli atas sebab tidak cukup bagus.

Dua dekad berlalu, dianggarkan Google telah dinilai dengan harga $500 billion manakala Yahoo pula dibawah $35 billion.

3. Ron Wayne

Menyebut tentang individu terawal Apple, pastinya ramai yang akan menyebut Steve Jobs dan Steve Wozniak. Dalam pada itu, ramai yang tidak mengetahui Ron Wayne juga salah satu daripadanya dan juga merupakan co-founder ketiga Apple.

Mungkin kerana mengagap nilai yang diterimanya pada 1976 sudah cukup besar, beliau telah menjualnya dengan 10% kepentingan saham syarikat Apple yang kini bernilai $50 billion.

4. Microsoft Zune

Tidak semua produk yang dikeluarkan Microsoft berjaya dijual dan menjadi pilihan pengguna. Microsoft Zune antara produk keluaran Microsoft yang dikatakan gagal dengan teruk. Dikeluarkan pada 2006, ternyata Microsoft Zune tidak cukup menyakinkan pembeli setelah para pengguna lebih berminat untuk menggunakan iPod touch seterusnya iPhone pada 2007.

5. Real Networks

Rekaan asal iPod pertama hadirnya daripada individu bernama Tony Fadell. Beliau yang pada mulanya mahu menjual idea beliau kepada Real Networks telah memilih Apple setelah syarikat Real Networks tidak berminat dengan idea yang dilontarkan beliau. Produk tersebut terus berjaya menjadi pilihan pengguna sekaligus menjadi antara produk keluaran Apple yang paling berjaya.

Untuk pengetahuan anda, Real Networks juga merupakan syarikat yang mengeluarkan software Real Player yang pernah popular suatu ketika dahulu.

6. Apple

Konflik diantara Steve Jobs dan Apple telah membuatkan Steve Jobs akhirnya dibuang daripada syarikat yang dibangunnya sendiri pada 1985. Steve Jobs terus melakar nama di NeXT dan Pixar manakala syarikat Apple dikatakan terus jatuh ketika itu.

Pada 1997, NeXT telah bergabung bersama Apple seterusnya Steve Jobs telah dilantik sebagai CEO syarikatnya sendiri. Menggunakan tagline ‘think different’, Apple terus maju dibawah kepimpinan Steve Jobs dengan memperkenalkan iPod, iPhone, iMac dan Macbook.

7. Nintendo

Ramai yang tidak tahu Nintendo dan Sony pernah bekerjasama membangunkan konsol ketika zaman awal 90-an. Namun perancangan tersebut dikatakan gagal seterusnya Nintendo bekerjasama dengan Philips manakala Sony membangunkan PlayStation.

Bermula zaman PlayStation 1, konsol Sony terus menjadi pilihan pengguna diikuti dengan Microsoft Xbox.

8. Western Union

Seperti juga kesilapan yang dilakukan Real Networks, Western Union juga telah menolak idea Alexander Graham Bell dalam memperkenalkan penjualan telefon. Kecewa dengan idea yang tidak diterima, Graham Bell telah menubuhkan Bell Telephone Company yang pada ketika ini lebih dikenali dengan AT&T.

9. Blockbuster

Ketika tahun 2000, Blockbuster selaku syarikat penjualan yang menjual DVD filem dan series  berpeluang untuk mendapatkan Netflix dengan harga $50 juta.

Memikirkan idea tersebut yang tidak berpatutan dengan harganya, Blockbuster seterusnya menolak pelawaan tersebut. 17 tahun kemudian, Netflix kini bernilai $32.9 billion manakala idea penjulaan DVD tidak lagi releven.

10. Bill Gates

Ketika 1997, Bill Gates bersama Apple telah menandatangani suatu perjanjian dimana Microsoft bersetuju untuk menawarkan Apple $150 juta dengan syarat pertukaran beberapa maklumat penting dan paten di dalam produk mereka.

Dikatakan langkah yang terpaksa Bill Gates lakukan ini adalah bagi mengelakkan daripada Microsoft terlibat dengan undang-undang ‘anti monopoly’ Amerika Syarikat.

Bantuan‘ dana yang diterima Apple ini sekaligus menjadi batu loncatan untuk Apple terus bersaing di dalam industri bersama pencabar mereka Microsoft. Jika perkara ini tidak berlaku, bayangkan bagaimana agakanya Microsoft mendominasi pasaran komputer ketika ini.

Rumusan

Seperti yang anda dapat lihat, jatuh bangun di dalam syarikat teknologi itu biasa. Inovasi dan bagaimana produk yang dikeluarkan sesuai dengan kehendak pengguna antara yang memisahkan produk tersebut berjaya atau tidak.

Jika anda pernah terlepas peluang atau melakukan kesilapan semasa membangunkan syarikat, anggaplah perkara tersebut sebagai pengajaran. Syarikat-syarikat besar juga pernah melakukan perkara yang sama. Pantas bertindak supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.

Sumber