Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap kali merancang untuk membeli-belah apabila tibanya 12.12, 11.11 dan banyak lagi tarikh-tarikh menarik yang diadakan setiap tahun, kita pasti akan  mencari-cari dan menjenguk produk yang dipasarkan dari luar negara.

Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai pilihan produk lokal yang ditawarkan usahawan tempatan yang belum diterokai dan sangat berbaloi untuk dibeli ketika ini, terutamanya menjelang jualan 12.12 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebagai contoh, jika anda mencari hasil kraf tangan untuk dijadikan perhiasan atau hadiah kepada keluarga dan kenalan, anda boleh melihat senarai pelbagai usahawan dan produk tempatan yang kami muatkan dalam senarai kali ini.

Ayuh kita mulakan!

1. ANNA PATCHWORK HOUSE

IMG-20190702-WA0003 – Anna Patchwork House

Usahawan dan kedai pertama yang menarik perhatian kami kali ini adalah Anna Patchwork House yang menawarkan perkhidmatan hadiah custom made menggunakan jahitan dan tenunan.Daripada beg tangan bermotifkan batik sehinggalah pelitup muka dengan rekaan khas, mereka boleh menghasilkannya untuk anda.

Maklumlah, memandangkan kita ketika ini berada dalam norma baru, pemakaian pelitup muka adalah sesuatu yang wajib bila berada di luar rumah. Jadi, keupayaan mereka untuk turut menghasilkan pelitup muka pelbagai corak ini membuatkan kami sangat teruja.

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa sahaja produk berasaskan fabrik dan kulit menggunakan teknik patchwork (termasuk pelitup muka yang membuatkan kami teruja), anda boleh menjenguk media sosial mereka dan melihat pelbagai produk yang dihasilkan oleh Anna Patchwork House ini.

Instagram: annapatchworkhouse
Facebook: Anna Patchwork House

2. CRAFT ADDICT

craftaddictjb

Mempunyai keluarga dan kenalan yang baru sahaja berpindah ke rumah baru atau pejabat baru dan ingin menghadiahkan kraf tangan yang boleh dijadikan perhiasan di ruangan mereka?

Hentikan pencarian anda kerana Craft Addict JB ini menawarkan pelbagai hasil kraf tangan menawan bermula daripada sekecil-kecil key chain sehinggalah mock up cheque dan juga hiasan dinding bermotifkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tambah menarik, perhiasan dinding yang dihasilkan mereka ini juga mesra alam dan mempunyai pelbagai keistimewaan seperti menggunakan ECO-UV INK dan teknik double coating untuk menjaga permukaan kayu supaya bertahan lebih lama.

Instagram: craftaddictjb
Facebook: Craft Addict -Johor Souvenir

3. DESIGNHOC

photo_2020-12-05_18-26-13

Sering melihat perhiasan atau pasu-pasu bunga yang kelihatan seperti diperbuat daripada tempurung kelapa bila berkunjung ke rumah kenalan dan keluarga sebelum ini?

Mata anda tidak silap dan ya memang terdapat perhiasan seperti pasu atau bekas-bekas yang dihasilkan daripada kelapa seperti yang dijual oleh House of Coconut atau DESIGNHOC ini.

Bukan sahaja boleh digunakan sebagai pasu untuk meletak bunga-bunga kegemaran anda tetapi bekas yang dihasilkan menggunakan bahan daripada kelapa ini boleh juga dijadikan pelbagai hiasan mengikut kreativiti seperti yang dipamerkan di media sosial mereka ini!

Instagram: designhoc

4. SAM ARTISTIC

sam

Mahu mengabdikan potret bersama yang tersayang sebagai lukisan dan hiasan rumah atau sekadar menjadikan memorabilia bersama pasangan?

Sam Artistic boleh melakukannya untuk anda. Lawati Facebook rasmi mereka di sini dan lihat hasil-hasil lukisan yang pernah dilakukan mereka sebelum ini dan mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk pesanan anda selepas ini.

Seperti kami katakan tadi, mereka bukan sahaja menghasilkan lukisan tetapi jika melihat kepada hantaran-hantaran yang dibuat di media sosial ini, mereka juga boleh menghasilkan pelbagai lagi kraf tangan yang lain.

Instagram: sam_artistic
Facebook: Sam Artistic

5. JAUHARI

ProductA-7 – WAN JOHAIRIZA WAN AB RAHMAN

Pencarian kami dalam menerokai produk kraf tangan lokal kali ini juga menemukan kami dengan Jauhari yang menghasilkan kraf tangan berunsurkan kaligrafi.

Bukan sahaja membuka mata kami dengan laman sesawang mereka sendiri namun variasi produk yang ditawarkan mungkin boleh membuatkan anda berbelanja tanpa berfikir dua kali.

Bermula daripada seni lukisan, kaligrafi islami, kaligrafi metal, cermin venetian, serta perkhidmatan potongan laser islami dan ukiran batu tembikar mereka boleh dikatakan menawarkan apa sahaja yang anda fikirkan bila mencari perhiasan berkonsepkan kaligrafi.

Laman jualan dalam talian: jauhari.com.my

6. ACHERY

F4FA8D88-10A0-4FD3-9482-314047B7B280 – sufyan b mohd salleh sufyan mohd salleh

Jika sebelum ini kebanyakan produk lokal adalah perhiasan tetapi kali ini sedikit berbeza. Masih lagi dalam kategori kraf tangan tetapi peralatan seterusnya ini pula berunsurkan sukan.

Kraf tangan dan sukan tidak selalu bertembung tetapi bila melibatkan sukan memanah ianya adalah sesuatu yang sangat sinonim. Penghasilan alatan memanah ini walaupun kebanyakan masanya menggunakan mesin terkini namun perusahaan seperti Achery ini masih lagi mengekalkan seni kraf tangan dalam pembuatan mereka.

Kepada anda yang masih mencari-cari set memanah buatan tangan anda boleh menerokai pembuatan alatan memanah oleh Taming Sari Archery ini.

Facebook: Taming Sari Archery Collection

7. CRAFTWORKS.MY

IMG_20191108_165002 – Nurilham Teknik Resources

Kalau tadi kami sudah menyenaraikan beberapa hasil kraf tangan untuk dijadikan perhiasan, kali ini kami kongsikan satu lagi perusahaan yang turut menghasilkan perkara ini.

Tetapi berbeza dengan apa yang telah kami senaraikan tadi, CRAFTWORKS.MY ini mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri dalam menghasilkan cenderamata menggunakan teknologi laser.

Lihat saja hasil logo-logo yang dihasilkan sebagai cenderamata ini. Pasti anda akan terus terkenangkan kedai mereka apabila memikirkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja perhiasan atau cenderamata menggunakan laser selepas ini.

Instagram: craftworks.my
Facebook: craftworksmelaka

8. AYAYU

TANJUNG_Unisex Shirt_1G – Ayayu Kids Fashion

Bila berbicara tentang kraf tangan ini kita juga tidak boleh melupakan penghasilan seni batik tempatan. Tetapi memandangkan kita sekarang berada di norma baru ianya mungkin agak sukar untuk keluar dan mendapatkan pelbagai pilihan pakaian batik di luar sana.

Tetapi dengan adanya teknologi di hujung jari, anda tidak perlu risau kerana sekarang anda boleh mendapatkan pelbagai koleksi batik menawan daripada Ayayu dengan melayari kedai dalam talian mereka di Ayayu.my.

Menariknya, kedai dalam talian mereka ini juga bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan dan koleksi buat Si Kecil anda tetapi juga buat ibu dan bapa di luar sana. Dengan diskaun hujung tahun kini sedang berlangsung di kedai mereka, adalah amat merugikan jika anda tidak menjenguk perusahaan batik tempatan ini.

Instagram: Ayayukids
Facebook: Ayayukids
Laman jualan dalam talian: Ayayu.my

9. ARCHERY SPORTS EQUIPMENT

Druck-1000×1000-011144 – Zairol Daud

Mungkin ramai agaknya yang meminati sukan memanah di negara kita ya? Semakin jauh kami menerokai usahawan lokal ini sekali lagi kami menemui perusahaan menjual peralatan memanah.

Tetapi perusahaan Archery Sports Equipment ini bukan sahaja menawarkan busur dan anak panah, tetapi mereka turut membekalkan pelbagai lagi aksesori memanah yang lain seperti beg menyimpan peralatan memanah.

Nak tahu apa lagi yang ditawarkan mereka? Anda boleh melawati laman sesawang mereka di sini.

Laman jualan dalam talian: Arrouha.my

10. KARYANEKA

Men Shirt – Adlina Malik

Jika tadi kami sudah mengesyorkan pelbagai kraf tangan dan perhiasan, kali ini pula untuk perusahaan terakhir dalam senarai kami ianya sedikit istimewa. Kenapa kami mengatakan ianya istimewa dan berbeza.

Kerana di Karyaneka ini, sesuai dengan tagline mereka ‘Malaysian Craft At Its Best’, anda boleh mencari apa-apa sahaja produk berkaitan kraf tangan, daripada pakaian untuk lelaki dan perempuan sehinggalah permainan tradisional.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut mempunyai pelbagai pilihan pelitup muka yang bermotifkan batik untuk dimiliki dengan harga hanya serendah RM10 ringgit. Jadi jika anda ingin mencari pusat setempat untuk mendapatkan kelengkapan kraf tangan anda, Karyaneka adalah tempat yang paling kami syorkan anda untuk berbelanja.

Laman jualan dalam talian: Karyaneka.com

Bila menyokong perusahaan dan usahawan tempatan ini, kita bukan sahaja membantu usahawan-usahawan tempatan melakukan jualan mereka tetapi pada masa sama dapat mengangkat khazanah negara seperti penghasilan batik dan kraf tangan tempatan.

Jadi tunggu apa lagi, pastikan anda tidak terlepas untuk melawat dan menjenguk jualan-jualan yang dikendalikan usahawan-usahawan tempatan kita ini menjelang tarikh keramat 12.12 nanti dan #BelanjaUntukMalaysia kerana #BarangBaikBarangKita. Berikan sokongan dengan membeli produk-produk menarik dan berkualiti yang ditawarkan ini.

Tonton juga reaksi gadis ini yang terkejut bila diajak naik kereta Proton sahaja dan bukannya kereta import sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Takkan Kereta Proton Saja?’- Tonton Reaksi Gadis Ini Pandang Rendah Barangan Lokal

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia