10 tip membeli tiket bola sepak untuk mana-mana pasukan favourite anda. Untuk kes ini saya jadikan English Premier League sebagai contoh.

1. Perancangan Awal

Ya, disebabkan anda ada bajet tertentu, pastikan tarikh dan masa perlu diketahui. Tarikh perlawanan boleh berubah. Maka, pastikan ada ruang untuk perubahan tarikh. Contoh: perlawanan hari Sabtu boleh dipinda ke hari Ahad oleh sebab-sebab tertentu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Keahlian

bola 4
Mohon awal keahlian pasukan dimana perlawanan diadakan. Contoh, walaupun saya penyokong tegar Manchester United tetapi perlawanan away di London (Tottenham). Maka, saya apply membership Tottenham.

3. Privilage

Kelebihan menjadi ahli adalah untuk mendapatkan tiket. Anda akan diberi tarikh dan masa melalui email untuk apply membeli tiket. Saya berjaya beli tiket 2 bulan sebelum perlawanan.

4. Alert

Anda harus peka pada email atau check website mengenai tarikh apply tiket. Pastikan berada di depan laptop untuk tunggu dan beli tiket kerana 1 dunia hendak beli tiket pada masa yang sama. Ini termasuklah ulat/pihak ketiga (mereka akan jual dengan harga lebih tinggi).

5. Harga Tiket

Setiap perlawanan ada kategori. Kategori A, B, C. Kategori ini menentukan harga tiket. Derby match/top 4 adalah kategori A.

Contoh kategori A adalah Manchester United vs Manchester City; Liverpool vs Everton; Chelsea vs Arsenal; Spurs vs Manchester United; Chelsea vs West Ham.

Kategori B dan C adalah below top 4. Jika Leicester menang liga tahun ini, automatik jadi pasukan A.

6. Kos

Jumlah kos perlawanan Spurs vs Manchester United bersamaan kos keahlian (£26) dan kos tiket (£70) bersamaan £96.

Mahal? Tunggu! Lihat nombor 7.

7. Pihak Ketiga

Harga di laman web pihak ketiga seperti Hot Football Ticket atau Viagogo untuk kerusi saya ialah £298. Perlu lebih berhati-hati ketika mahu membeli dari pihak ketiga. Pastikan lihat review atau komen orang ramai.

8. Pengalaman

bola 2
Best sangat tengok perlawanan bola ni? Fuh! Dalam stadium, setiap pemain ada lagu. Maksudnya penyokong akan chant/nyanyi sepanjang 90 minit. Hinggakan pengadil pun ada lagu. Padang cantik seperti 4D (bukan Magnum Toto). Football is second religion here.

9. Budaya

Setiap ayat perlukan perkataan mencarut di dalam stadium. Terhibur aku. Tidak perlu buat jari tengah, itu budaya US. Di sini tunjuk tanda V (bukan vendetta or virgin).

10. Kisah Saya

Dalam kes saya, Manchester United kalah 0-3 kepada Spurs away game. Kerusi saya di home seat sebab keahlian tadi. Terpaksa berlakon sorak bila Spurs jaringkan gol. Sakit hati itu memang pedih. Jangan salah sorak, nanti kena kacau dengan hooligans (peminat ekstrem)

bola 3

Nota: Tip di atas saya apply untuk perlawanan yang seterusnya, Manchester United vs Aston Villa. Harga murah sebab kategori B.

Sila abaikan tip diatas jika anda kesuntukan masa. Cuma sediakan duit lebih untuk beli dari laman web pihak ketiga.