Dapat berehat seketika di suasana berbeza pada hujung minggu adakala dapat membantu kita kembali bersemangat memulakan hari baru. Lokasi ini juga sesuai dijadikan week end getaway bagi sama ada bagi pengantin baru, mahupun pengantin yang masih rasa baru.

1. The Waterway Villa Bentong – Hanya 50 minit dari Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lari sebentar dari kesibukan kota di villa ini. Bayangkan pagi anda disambut dengan kicauan burung dan suasana alam yang damai.

homestay-di-kuala-lumpur-14

homestay-di-kuala-lumpur-14b

homestay-di-kuala-lumpur-14c

homestay-di-kuala-lumpur-14d

Harga: Dari RM350
Alamat: Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Tempah di sini.

2. Regalia Suites Kuala Lumpur

Week end getaway paling mudah bagi yang ingin sekadar lepak, shopping dan habiskan hujung minggu berdua tanpa perlu keluar jauh. Atau bagi yang tinggal di luar kota dan ingin nikmati gaya hidup urban buat seketika.

homestay-di-kuala-lumpur-13

homestay-di-kuala-lumpur-13b

homestay-di-kuala-lumpur-13c

Harga: Dari RM250 per malam
Alamat: Regalia Suits & Residences No. 2, Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480, Kuala Lumpur
Tempah di sini.

3. Kondominium Kg Baru

Dekat dengan segala kemudahan. Jika anda nak makan nasi lemak Kg Baru yang popular di tengah malam, atau lepak santai sambil menikmati panorama malam hanya dari dalam bilik, inilah tempatnya. Sesuai untuk bermalas-malas dan berehat di hujung minggu.

homestay-di-kuala-lumpur-15d

homestay-di-kuala-lumpur-15e

homestay-di-kuala-lumpur-15

homestay-di-kuala-lumpur-15b

homestay-di-kuala-lumpur-15c

Harga: Dari RM197 per malam
Alamat: Kg Baru.
Berhampiran KLCC. Free Shuttle ke KLCC 6 kali sehari
Tempah di: AirBnB. Jika anda belum jadi ahli AirBnB, register di link ini. Anda akan menerima kredit travel RM105 sewaktu membuat tempahan pertama.

4. Anggun Boutique Hotel, Bukit Bintang

Mahu suasana urban, dekat dengan pengangkutan awam, dan senang nak ke mana saja di KL, inilah tempatnya. Atau sekadar mencuri masa berhujung minggu bersama pasangan.

homestay-di-kuala-lumpur-12

homestay-di-kuala-lumpur-12b

Harga: Dari RM490 per malam
Alamat: 7&9, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Book di sini.

5. Taman Sari, Ulu Langat

Terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Dan dikelilingi dengan suasana alam, jauh dari hiruk pikuk kota.

homestay-di-kuala-lumpur-1

homestay-di-kuala-lumpur-2

homestay-di-kuala-lumpur-3

Harga: Dari RM350 per malam.
Alamat: Batu 18, Jalan Hulu Langat Jaya 2/2, Taman Hulu Langat Jaya, 43200 Cheras Batu 9, Selangor
Tel
: +6019 271 4299. Tempah di sini.

6. Sekeping Tenggiri

Hanya di Bangsar. Banyak yang boleh anda terokai di sini. Atau habiskan saja hujung minggu tanpa ke mana-mana, tapi hanya di sini untuk berehat.

homestay-di-kuala-lumpur-4

homestay-di-kuala-lumpur-4b

homestay-di-kuala-lumpur-4c

Harga: Dari RM220 per malam
Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur
Tel
: +6017 207 5977. Tempah di sini.

7. Stripes Hotel

Satu lagi lokasi romantic week end getaway untuk anda di dalam Kuala Lumpur. Terletak di Kg Baru, segalanya dekat dan mudah.

homestay-di-kuala-lumpur-5

homestay-di-kuala-lumpur-5b

homestay-di-kuala-lumpur-5c

Harga: Dari RM285 per malam
Alamat: 25, Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur
Tempah di sini.

8. Villa Samadhi

Tenang dan damai di sebalik hutan batu. Anda masih boleh nikmatinya meski di tengah kota yang sibuk dengan menginap di sini.

homestay-di-kuala-lumpur-6

homestay-di-kuala-lumpur-6b

homestay-di-kuala-lumpur-6c

Harga: Dari RM699 per malam
Alamat: Persiaran Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur
Tempah di sini

9. Hotel Majestik

Lokasinya yang berhampiran Kl Sentral pasti memudahkan anda untuk ke mana saja. Paling malas, boleh lepak di NU Sentral saja.

homestay-di-kuala-lumpur-7

homestay-di-kuala-lumpur-7b

homestay-di-kuala-lumpur-7c

Harga: Dari RM650 per malam
Alamat: 5, Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tempah di sini

10. WOLO Bukit Bintang Kuala Lumpur

Selepas penat menguruskan majlis raja sehari anda, apa kata lenyapkan diri seketika di sini, hanya berdua dengan pasangan anda. Dengan kemudahan dan pengangkutan awam yang tersedia, segalanya mudah untuk anda merancang hujung minggu anda.

homestay-di-kuala-lumpur-9

homestay-di-kuala-lumpur-9b

homestay-di-kuala-lumpur-9c

Harga: Dari RM206 per malam
Alamat: Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tempah di sini

So ke mana anda hujung minggu ini? Jika nak bercuti di luar KL, mungkin anda boleh ke Melaka dan nikmati pemandangan dan suasana tenang sambil menginap di rumah kayu ini.