Baru-baru ini Gallup and Charities Aid Foundation telah melakukan kajian untuk mengenal pasti negara manakah yang warganya gemar menyertai kerja amal dan menyumbangkan dana dalam bentuk kewangan.

Tahun ini The World Giving Index memberikan markah dari segi kerja-kerja sukarela, memberi bantuan kepada orang asing dan tidak dikenali serta memberikan derma dalam bentuk kewangan, yang kemudiannya digabungkan dengan sumbangan yang dihulurkan di peringkat global.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui World Giving Index 2015 yang telah dikeluarkan, berikut adalah 10 negara tersebut:

1. Myanmar

myanmar

3 tahun berturut-turut Myanmar mendahului dari segi derma dan menyertai kerja-kerja sukarelawan. Pada tahun 2014, 92% daripada rakyatnya menderma. Kebanyakan derma dilakukan sebagai taat setia kepada Theravada Buddha yang percaya menderma sangat penting kepada agama mereka. Meskipun jumlah sumbangan wang yang diberikan adalah dalam jumlah yang kecil tetapi ia dilakukan hampir setiap hari oleh penduduk negara ini.

2. USA

usa

Tahun lepas berada di tangga pertama tetapi tahun ini di tangga ke 2. Ini didorong oleh penurunan 5% dari segi wang yang diderma, manakala bagi sumbangan dalam bentuk kerja amal USA berada di tangga ke-12.

3. New Zealand

new-zealand

Warga New Zealand adalah negara ke 4 paling aktif menjadi sukarelawan pada tahun ini dan jumlah sumbangan kewangan kepada badan amal meningkat sebanyak 11%.

4. Kanada

kanada

Rakyat Kanada kurang mendermakan wang pada tahun ini tapi 44% daripada penduduknya menawarkan diri sebagai sukarelawan.

5. Australia

australia

Tahun lepas Australia di tangga ke 6, tahun ini naik ke nombor 5 didorong oleh kenaikan dalam menderma kepada badan amal (6%) dan masa yang diperuntukkan sebagai sukarelawan sebanyak 3%.


Baca: 9 Bilionair Yang Merancang Untuk Menderma Sebahagian Besar Duit Mereka

6. United Kingdom

uk

Tahun lepas UK dan Malaysia berkongsi di tangga ke 7. Tahun ini UK naik ke nombor 6 beserta peningkatan 32% dari segi jumlah populasi sukarelawan yang menyumbangkan tenaga berbanding 29% pada tahun lepas.

7. Netherland

netherland

Tahun lepas Netherland terkeluar daripada senarai top 10 tapi tahun ini ia kembali memasuki senarai dengan peningkatan sama rata dari segi bantuan kepada orang asing, kerja sukarela dan juga bantuan dalam bentuk dana / kewangan.

8. Sri Lanka

sri-lanka

Rakyat negara ini memberikan komitmen yang tinggi untuk kerja-kerja sukarelawan. 48% rakyatnya mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan dan berada di tangga ke 2 dari segi kesanggupan meluangkan masa membantu orang lain.

9. Ireland

ireland

Pada tahun lepas Ireland berada di tangga ke 4 tetapi tahun ini turun ke nombor 9. Dari segi memberikan bantuan dana kewangan, warga Ireland di nombor 8 tetapi apabila melibatkan membantu orang yang tidak dikenali, rakyat negara ini berada di nombor 37.

10. Malaysia

malaysia

Meskipun Malaysia jatuh ke tangga 10 (tahun lepas tangga ke 7), warga Malaysia masih diberi markah yang baik kerana membantu orang yang tidak dikenali (ke 27 dunia) dan menderma dana (nombor 17) tetapi dari segi memberikan masa untuk kerja-kerja sukarela telah menurun daripada 41% ke 37%.


Baca lagi: Siapa Sangka Sumbangan Kecil Netizen Malaysia Telah Mengubah Hidup Saudara Baru Ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber