Orang ramai yang berada berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Klang Lama pada malam semalam dirempuh oleh pemandu Honda HR-V yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, kemalangan itu berlaku pada 8.30 malam yang membabitkan tiga kenderaan, dua pejalan kaki dan lapan pelanggan restoran yang sedang makan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ia dipercayai berlaku ketika lelaki yang berusia 57 tahun memandu SUV jenis Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar Lexus 2.5 yang diparkir di bahu kiri jalan hingga menyebabkan kereta kereta itu bergerak dan melanggar pula Perodua Axia yang diletakkan di hadapannya.

Perodua Axia itu kemudian melanggar lapan pelanggan yang sedang makan dan dua pejalan kaki,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, dua daripada 10 individu itu patah anggota badan dan semua yang tercedera dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hasil saringan alkohol pula mendapati pemandu terbabit telah melebihi had ditetapkan dan suspek sudah ditahan dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komisioner Sarifudin Mohd Salleh juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, sekumpulan kereta mewah memberhentikan kenderaan di tengah-tengah lebuh raya bagi memberhentikan pemandu Ford Ranger dipercayai mabuk sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Polis Masih Menyiasat Insiden ‘Ford Vs Lamborghini’, Pemandu Wanita Didakwa Cuba Memotong Secara Zig-Zag