Sebagai negara yang sangat tertutup, Korea Utara juga menerapkan beberapa peraturan ketat yang cukup aneh.

Negara yang dibentuk setelah Perang Dunia II ini mempunyai penduduk sekitar 25 juta orang, dan telah diperintah oleh 3 orang lelaki dari keluarga yang sama sejak tahun 1948.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Kim Il Sung adalah pemimpin pertama Korea Utara sehingga dia meninggal pada tahun 1994. Kuasa kemudian beralih kepada Kim Jong Il dan Kim Jong Un.

Walaupun pemimpin telah berubah, tetapi terdapat beberapa peraturan aneh di Korea Utara.

Dilarang meninggalkan Korea Utara tanpa kebenaran

Sesiapa yang tinggal di Korea Utara dan ingin bercuti ke luar negara, wajib untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan.

Namun sejak beberapa tahun lalu, telah ramai rakyat Korea Utara yang keluar dari negara itu secara haram untuk menuju ke kem pelarian di Korea Selatan. Biarpun kawasan sempadan di kawal ketat oleh tentera, mereka sanggup untuk keluar bagi menyelamatkan diri.

Malah ada yang cuba melarikan diri ke China, tetapi sesiapa yang ditangkap di sana dianggap sebagai “pendatang tanpa izin” dan segera dihantar pulang.

Pengawalan sempadan yang ketat di Korea Utara menyukarkan rakyatnya untuk meninggalkan negara itu. Sesiapa yang ditangkap melakukannya boleh dihantar ke kem buruh paksa atau bahkan dibunuh.

‘Kebebasan’ beragama

Korea Utara ‘membenarkan’ kebebasan beragama, tetapi praktiknya sangat berbeza. Malah, menyimpan kitab suci juga dilarang disana.

Sesiapa sahaja yang menganut agama Kristian akan ditangkap dan dimasukkan ke kem buruh paksa. Ideologi rasmi rakyat Korea Utara adalah Juche, berakar pada Marxisme dan nasionalisme Korea.

Dilarang untuk senyum pada 8 Julai

8 Julai ditetapkan sebagai hari berkabung untuk mengenang ayah kepada pengasas Korea Utara, Kim Il Sung, yang meninggal pada tahun 1994. Pada tarikh tersebut, rakyat Korea Utara dilarang untuk senyum atau bersuara lantang kerana dianggap tidak sopan terhadap pengasas Korea Utara. Kegiatan orang ramai juga dibatasi, termasuk pengambilan alkohol.

Dilarang tidur semasa mesyuarat atau sambutan rasmi

Tertidur semasa mesyuarat atau di majlis besar di Korea Utara boleh menyebabkan anda mempunyai masalah besar. Pada tahun 2015, Menteri Pertahanan Korea Utara dihukum kerana tidur semasa salah satu majlis yang dihadari oleh Kim Jong Un.

Dilarang memilih gaya rambut

Ada mitos menyatakan bahawa semua lelaki mesti mempunyai potongan rambut yang sama dengan Kim Jong Un. Walaupun mitos ini tidak berjaya dibuktikan, tetapi memang wujud peruntukan khas dalam memilih gaya rambut di Korea Utara.

Pada tahun 2013 Pemimpin Tertinggi Korea Utara memberikan pilihan gaya rambut kepada penduduknya. Terdapat 15 pilihan untuk wanita dan 15 pilihan untuk lelaki.

Penduduk tempatan tidak boleh memilih tempat tinggal

Kerajaan Korea Utara telah memutuskan bahawa tempat tinggal setiap orang berdasarkan kelas sosial dan seseorang itu hanya boleh berpindah ke ibu kota Pyongyang jika mendapat keizinan dari kerajaan.

Sekiranya berlaku kebakaran, potret pemimpin Korea Utara wajib diselamatkan

Setiap rumah di Korea Utara wajib mempamerkan gambar pemimpin terdahulu – Kim Il Sung dan Kim Jong Il – yang merupakan datuk dan ayah kepada Kim Jong Un.

Sekiranya berlaku kebakaran di rumah, penduduk wajib menyelamatkan gambar pemimpin terlebih dahulu, bahkan dilaporkan ia gambar itu mesti diutamakan daripada ahli keluarga sendiri.

Awal tahun ini ada laporan bahawa seorang ibu dipenjara kerana menyelamatkan anaknya terlebih dahulu dan bukannya potret pemimpin Korea Utara.

Dilarang melipat surat khabar

Korea Utara ada menjual surat khabar, tetapi penduduk dilarang melipatnya. Ini kerana terdapat gambar pemimpin Korea Utara yang dipaparkan di setiap halaman dan perbuatan melipat akan dianggap sebagai tidak sopan.

Sesiapa yang bernama Kim harus menukar namanya

Kim Jong-Un dilaporkan melarang sesiapa sahaja di Korea Utara memiliki nama depan yang sama dengannya.

Sebilangan besar rakyat Korea Utara tidak tahu kewujudan kondom

Kondom dilarang untuk dibuat atau dijual di Korea Utara kerana Kim Jong Un mahu kadar kelahiran menaik setiap tahun kerana ingin mewujudkan jumlah pekerja sosial yang lebih besar.

Malah, segelintir rakyat mereka tidak pernah langsung mendengar perkataan ‘kondom’.

Untuk bacaan lanjut mengenai Korea Utara, klik pautan di bawah.

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Anda Mungkin Suka