Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya, semakin banyak drama Korea telah dikeluarkan dan ia bukan sahaja mendapat perhatian dari rakyat negara mereka sendiri malah ia semakin dikenali di persada antarabangsa.

Malah, setiap karya mempunyai jalan cerita yang menarik dan dibarisi pelakon berbakat dalam menghidupkan watak mereka dalam drama tersebut. Memang tidak dapat dinafikan lakonan bagi pelakon di dalam K-drama sering mendapat perhatian umum. Namun pernah tak anda tertanya berapa bayaran bagi pelakon Korea yang berlakon dalam drama kesukaan anda?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, kami telah senaraikan beberapa pelakon wanita dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan bagi mengetahui perbezaan dari segi bayaran yang diperoleh oleh pelakon A-list ini.

1. Jun Ji Hyun

b97730adfb784a2c88354d6d15775499
Sumber: Soompi

Siapa sahaja yang tidak kenal pelakon bagi drama terkenal “My Love From The Star” ini? Ji Hyun mula meraih nama dengan memegang watak ‘The Girl’ bagi filem keluaran 2001 yang bertajuk “My Sassy Girl” iaitu salah satu filem Korea yang terkenal pada ketika itu. Beliau yang dikenali dalam beberapa drama terkenal itu mempunyai bayaran yang paling mahal iaitu sebanyak USD84,000 (RM341,376.00) bagi setiap episod.

2. Lee Young Ae

990d8bd70d1f432da8b29d64408ff7fe
Sumber: Soompi

Sering dikenali dengan lakonan hebat beliau di dalam filem thriller “Sympathy for Lady Vengeance”, Pelakon Lee Young Ae memperoleh bayaran sebanyak USD83,000 (RM337,312.00) bagi setiap episod yang dilakonkan.

3. Ha Ji Won

c48f7885915e469595e97038b34f8950
Sumber: Soompi

Pelakon wanita yang tidak asing dalam industri lakonan Korea Selatan ini, Ha Ji Won merupakan wanita Asia pertama yang telah menjadi Duta Promosi bagi Operasi Senyum. Beliau memperoleh bayaran sebanyak USD42,000 (RM170,688.00) bagi setiap episod.

4. Choi Ji Woo

0a513089daae4f9aab3a2eade117c15b
Sumber: Soompi

Sering mendapat pujian sebagai salah satu wanita tercantik di Korea Selatan walaupun usia beliau kini mencecah 45 tahun, pelakon Choi Ji Woo memperoleh bayaran sebanyak USD42,000 (RM170,688.00) untuk satu episod. Bagi sesiapa yang tidak tahu, beliau baru sahaja melahirkan anak pertama pada bulan Mei yang lalu pada usia 45 tahun!

5. Song Hye Kyo

song-hye-kyo
Sumber: Kdrama Stars

Pelakon yang seterusnya ini mendapat perhatian ramai setelah berlakon di dalam drama terkenal “Descendants Of The Sun” yang dikeluarkan pada tahun 2016 serta mengahwini hero drama tersebut, Song Joong-Ki namun perkahwinan tersebut tidak kekal lama. Walaupun begitu, beliau mempunyai pendapatan sebanyak USD42,000 (RM170,688.00) bagi satu episod yang dilakonkan beliau.

6. Kim Tae Hee

1c73b99d1ba945fa84cdd25a40e43c57
Sumber: Soompi

Bagi sesiapa yang tidak mengenali pelakon Kim Tae Hee ini, beliau amat terkenal dengan watak yang dilakonkan dalam drama Korea seperti “Stairway To Heaven” dan “Love Story in Harvard”. Hanya dengan satu episod, Tae Hee mendapat bayaran sebanyak USD33,400 (RM135,737.60). Beliau juga merupakan isteri kepada pelakon serta penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain.

7. Gong Hyo Jin

alasan-gong-hyo-jin-lebih-pilih-karier-ketimbang-asmara-EgmUlxmr6Y
Sumber: Okezone Celebrity

Pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-56 bagi memegang watak sebagai Dong Baek dalam drama, “When the Camellia Blooms” yang dikeluarkan pada tahun 2019, pelakon terkenal Gong Hyo Jin berjaya menjadi antara pelakon wanita yang mempunyai bayaran termahal iaitu USD33,400 (RM135,737.60) bagi setiap episod.

8. Shin Min Ah

abc0de2bca4d4936b1fe5163f09c42a3
Sumber: Soompi

Sebelum meraih nama sebagai pelakon terkenal Korea Selatan, Shin Min Ah mula dikenali sebagai seorang model. Beliau mula mencipta nama di dalam bidang pengiklanan untuk sebuah syarikat telefon yang mempunyai drama pendek berjudul Summer Days di mana beliau digandingkan bersama-sama dengan pelakon terkenal Hyun Bin. Kini, hanya untuk satu episod pelakon tersebut akan dibayar sebanyak USD25,000 (RM101,600.00).

9. Park Bo Young

42ee42dd87684555a07a06cc99114c98
Sumber: Soompi

Pelakon Park Bo Young mula mendapat perhatian ramai apabila beliau menjadi salah satu pelakon utama di dalam filem “Scandal Makers” yang dikeluarkan pada tahun 2008. Filem tersebut dilaporkan telah mendapat sebanyak 8.3 juta penonton dan merupakan salah satu filem yang terlaris di Korea Selatan pada tahun tersebut. Pelakon wanita yang dikenali di dalam beberapa drama terkenal itu memperoleh bayaran sebanyak USD25,000 (RM101,600.00) bagi setiap episod yang dilakonkannya.

10. Park Shin Hye

1582836
Sumber: Wallpaper Access

Pelakon yang seterusnya mendapat bayaran termahal ialah Park Shin Hye. Untuk tahun ini sahaja, pelakon terkenal Korea Selatan itu dapat dilihat berlakon di dalam beberapa filem yang bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik malah filem tersebut juga berjaya trending di Malaysia selepas hanya beberapa hari pelancaran filem tersebut. Park Shin Hye memperoleh pendapatan sebanyak USD17,000 (RM69,088.00) untuk setiap satu episod yang dilakonkan.

Mesti ramai yang tidak sangka hasil pendapatan bagi setiap pelakon terkenal Korea Selatan ini bukan? Selain berlakon ramai yang di antara mereka telah menjadi duta produk kecantikan serta duta bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti UNICEF dan banyak lagi.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai selebriti terkenal Korea yang miliki aset hartanah hingga mencecah RM298 juta? Baca pada pautan di bawah.

9 Selebriti Terkenal Korea Yang Miliki Aset Hartanah Bernilai Sehingga RM298 Juta

Benarkah Ikon ‘Natural Beauty’, Song Hye-kyo Tidak Pernah Lakukan Pembedahan Plastik?

Pelakon Popular Kim Seon Ho Dan Shin Min Ah Bakal Digandingkan Dalam Drama Mr. Hong

Sumber