Esok aku akan pulang ke malaysia selama sebulan sebelum meneruskan kembali pengembaraan aku dan sepanjang pengembaraan ini banyak pengajaran yang aku dapat dan lalui.

Kadangkala kita perlu keluar dari kepompong keselesaan hidup untuk kita belajar sesuatu yang baru dalam hidup kita. Menjadi pengembara tidaklah semudah memasak ikan goreng mahupun tumbuk sambal belacan kerana ia adalah di luar kemampuan pemikiran kita dari apa yang kita bayangkan. Sebab itu ia mampu mengubah cara pemikiran dan juga corak kehidupan pengembara solo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan ini adalah 10 pengajaran semasa aku mengembara seorang diri.

1.  Masih banyak yang perlu belajar dan kita tidak tahu

pengalaman-travel-solo-1

Semasa mengembara aku sering di dedahkan dengan benda-benda baru dan aku sedar dunia ini sangat luas dengan perbezaan budaya,cara hidup, bahasa dan lain-lain.

Aku sedar masih banyak perkara yang aku kena belajar dalam kehidupan dengan mengembara.

2. Menjalani kehidupan berbeza

pengalaman-travel-solo-2

Perubahan ini aku sendiri terasa bahawa aku tidak menjalani kehidupan seperti dulu. Kerja 9am-6pm, bayar bill itu ini dan pening dengan pelbagai masalah.

Aku rasa kehidupan aku lebih bebas, tenang dan gembira walaupun tidak mempunyai wang yang banyak.

3. ‘Everything’s gonna be alright’

pengalaman-travel-solo-7

Setiap kali aku ada masalah semasa mengembara aku tidak akan berasa sangat stress dan yakin dengan ayat ” everything’s gonna be alright”.

Pengembara biasanya akan mempunyai critical thinking dalam menyelesaikan masalah. Bagi aku tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan.

4. Bertemu perbezaan dari segi kehidupan

pengalaman-travel-solo-4

Bila aku mengembara aku berjumpa dengan pelbagai jenis manusia di seluruh dunia yang mempunyai pelbagai pelbezaan budaya, bahasa, cara hidup dan latar belakang yang berbeza.

Ini membuatkan aku lebih menghormati budaya lain dan sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat kerana aku tahu perbezaan kehidupan.

5. Tidak takut mengejar impian hidup

pengalaman-travel-solo-9

Aku yakin setiap manusia mempunyai impian hidup. Bezanya ialah mampu di capai atau tidak.

Bagi seorang pengembara, mengembara juga adalah impian hidup. Apabila seseorang pengembara mampu mengembara dengan sumber yang minimum dan menempuh dugaan dalam pengembaraan mereka, ia akan membuatkan mereka lebih kuat serta lebih yakin dalam setiap apa yang mereka inginkan dalam kehidupan.

Baca: 8 Perkara Unik Yang Saya Temui Sewaktu Mengembara Sebulan Di Bhutan

6. Kawan datang dan pergi

pengalaman-travel-solo-6

Tidak di nafikan aku berkenalan dengan ramai orang dan biasanya mereka datang dan pergi.

Sebenarnya bagi aku yang penting adalah apa yang mereka tinggal atau berikan pada kita, sesetengahnya ilmu, pengalaman dan dalam kehidupan. Dari situ kita belajar dari setiap orang yang kita jumpa.

7. Teman terbaik adalah diri sendiri

pengalaman-travel-solo-8

Apabila mengembara seorang diri, kita akan lebih banyak menghabiskan masa dengan diri sendiri.

Aku sendiri kadangkala bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri kerana hanya diri aku mampu menghiburkan aku semasa keseorangan kerana teman terbaik adalah diri sendiri di waktu susah mahu pun senang.

8. Tiada apa yang salah tentang diri sendiri

pengalaman-travel-solo-10

Aku tidak pernah menyalahkan diri aku sendiri kerana memilih jalan hidup sebagai seorang pengembara walaupun ia sangat sukar.

Nilai tanggungjawab itu akan wujud dengan sendiri bila kita mengembara kerana kita perlu fikir bagaimana ingin survive di tempat asing.

9. Pendengar yang bagus

pengalaman-travel-solo-11

Aku belajar menjadi pendengar yang bagus semasa mengembara kerana walaupun aku tak faham bahasa mereka tetapi aku cuma sedaya upaya untuk memahami maksud yang mereka ingin sampaikan.

Kebanyakkan manusia mendengar hanya untuk membalas semula percakapan dan bukannya untuk memahami.

Menjadi seorang pengembara membuatkan kita lebih menjadi pendengar yang bagus.

10. Tidak membandingkan pengalaman dengan orang lain

pengalaman-travel-solo-3

Aku mengerti setiap orang mempunyai pengalaman berbeza dalam kehidupan kerana ia bergantung kepada jalan hidup yang kita pilih.

Sesetengah manusia mahukan adventure dalam kehidupan dan sesetengah orang selesa di dalam bulatan kehidupan mereka.

Ddan aku tidak sesekali membandingkan pengalaman aku dengan orang lain kerana lain padang lain belalang. Tapi aku akan sentiasa mendorong mereka yang ingin mengembara di dunia ini.

Ketahuilah membelajaran bukannya sekadar dalam bilik darjah, jalanan juga adalah sekolah.

Baca lagi kisah aku: Habis Duit Hingga Perlu Bekerja Sewaktu Travel Di Korea Beri Saya Peluang Belajar Tentang Ini