Lelaki ini bernilai lebih dari 11 billion dollar. Beliau merupakan pengasas beberapa startup yang telah mengubah cara operasi bisnes atas talian dan kehidupan orang ramai melalui PayPal, Tesla Motors dan SpaceX. Beliau juga hampir menyamai karaektor Iron Man apabila memiliki segala kemewahan dan semangat mencipta pelbagai teknologi. Beliau yang dimaksudkan ialah Elon Musk dan inilah 10 peraturan untuk mencapai kejayaan menurut gaya beliau.

10 Peraturan Untuk Sukses Gaya Elon Musk

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Tidak pernah berputus asa
  2. Benar-benar suka dengan apa yang anda lakukan
  3. Jangan dengar kata-kata #LittleMan (orang berjiwa kecil)
  4. Mengambil risiko
  5. Lakukan sesuatu yang penting
  6. Fokus buat perkara yang menguntungkan berbanding perkara yang disangkakan menguntungkan
  7. Mencari penyelesaian masalah
  8. Menarik minat orang hebat
  9. Memiliki produk yang hebat
  10. Bekerja dengan sangat kuat (sangat bersungguh-sungguh)

Beliau merupakan anak kepada pasangan jurutera elektrik berasal dari Afrika Selatan dan model dari Kanada yang telah dilahirkan di Pretoria pada 43 tahun yang lalu. Nama panggilannya semasa zaman kanak-kanak ialah ‘Genius Boy’. Pertama kali dia menjual permainan video ialah ketika berusia 12 tahun. Oleh kerana dia seorang yang bijak dan skema, dia menjadi mangsa buli di sekolah. Ini antara usaha beliau dalam bidang teknologi:

tesla
Produksi kereta kedua Tesla Model X, February 2012.

spacex1
Kapsul SpaceX Dragon, April 2012.

spacexfalcon
Roket SpaceX Falcon 9, May 2012.

Oh ya! Penggambaran Iron Man 2 dilakukan di dalam dan di luar SpaceX milik Elon Musk. Menurut Jon Favreau, pengarah-produser Iron Man, Elon Musk pernah melakukan demonstrasi satu sistem untuk merekabentuk mesin dengan menggerakkan tangan di udara, sama seperti di dalam filem Iron Man. Maka, boleh dikatakan Elon Musk memiliki visi seperti Tony Stark/Iron Man terhadap masa depan teknologi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram