Nota editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Lokman HS Rahman dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga terhibur.

Siapa nak kahwin dengan orang Melaka?

1. Jangan tarik muka

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kahwin-orang-melaka-1

Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang.

2. Kena rajin buat kenduri

kahwin-orang-melaka-2

Orang Melaka suka buat kenduri, kejap-kejap kenduri, kejap-kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri kat rumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri.

3. Masak lebih jangan kurang

kahwin-orang-melaka-3

Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas.

4. Jangan jamu air saja, pantang

kahwin-orang-melaka-4

Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai-cikai pun kopi dengan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili.

5. Jangan terkejut

kahwin-orang-melaka-5

Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot..

6. Belajar skil menjawab dulu

MELAKA 07 June 2015. ( MM459H / MM460H / mc0706flood / mc0706floodd / Banjir Melanda ) Abu Hussin Saad, 63, ditemani isteri, Rokiah Bero, 63, menjamah makanan di hadapan rumah ketika banjir melanda selepas hujan lebat bermula jam 4.30 pagi hingga jam 1 petang di Kampung Pulau Kelapa, Batu Hampar, Melaka. NSTP/Muhammad Hatim Ab Manan

Kalau tengah makan, ada orang cakap “Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti,” buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya.

7. Hantar sampai depan pintu

kahwin-orang-melaka-7

Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagau sebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagau, kat pintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung selipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk kereta pun dia turunkan tingkap sambung borak.

8. Rajin rajin sapu laman rumah

kahwin-orang-melaka-8

Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin-rajin le tolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil-sambil tu borak lagi.. Kadang-kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang.

9. Jangan terus guna “hawau”

kahwin-orang-melaka-9

“Hawau” jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barulah boleh pakai. Selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyinya.

10. Belajar pasang api

kahwin-orang-melaka-10

Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya.. jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka.

Tip lain nanti le..banyak lagi. Mana nak tambah tu, taruk kat ruang komen kat bawah, tak reti reti lagi. Ha ha ha rindunya lahhh Melaka.

BACA: Kami Tahu Anda Dari Kelantan Bila Anda Berkata Begini

BACA: Makanan Barat Sedap Tapi 62 Makanan Tempatan Ini Akan Buatkan Anda Menggigil (SFW)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram