Bila sebut ChatGPT, semua orang tahu tentang kehebatannya dalam menyelesaikan pelbagai urusan seharian.  Selain boleh diakses secara percuma oleh orang awam, ia juga mudah digunakan.

Hanya dengan memasukkan input teks sahaja, anda boleh berbuat pelbagai perkara yang mana sebelum ini dianggap mustahil. Di sini, kami bakal kongsikan 10 perkara menarik yang anda boleh lakukan dengan ChatGPT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Dapatkan resepi makanan dan panduan masakan dengan segera.

Sebahagian anda pasti mahu cuba memasak juadah baharu bagi berbuka puasa. Dengan ChatGPT ini, anda boleh membuat sebarang carian berkaitan makanan yang diidamkan menerusi input teks sahaja.

Selepas itu, anda bakal dipaparkan dengan resepi makanan yang lengkap dari segi bahan sehinggalah cara penyediaannya. Menariknya, ChatGPT juga boleh menyediakan senarai resepi makanan dengan pilihan bahan terhad serta tempoh spesifik masa yang dimahukan anda jika dalam keadaan terburu-buru.

2. Menyediakan pelan latihan senaman peribadi.

Untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda semestinya memerlukan pelan latihan senaman peribadi yang efektif. Selain mendapatkan saranan jurulatih profesional, anda juga boleh menggunakan ChatGPT untuk menyediakan pelan latihan senaman yang ideal untuk pemula.

Anda hanya perlu menyediakan beberapa maklumat beberapa maklumat kesihatan dan ChatGPT boleh mencipta pelan rutin senaman yang lengkap untuk panduan seharian. ChatGPT akan menyenaraikan segala maklumat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kesihatan dan peringkat umur menerusinya.

3. Menyelesaikan masalah matematik yang kompleks.

Walaupun kalkulator boleh menyelesaikan soalan asas matematik operasi seperti penambahan dan penolakan, ada kalanya anda juga bakal ditanya dengan soalan yang lebih kompleks. Jadi, kelebihan ChatGPT adalah ia boleh menyelesaikan soalan matematik yang lebih kompleks.

Anda sebagai pelajar atau orang dewasa sudah semestinya memerlukan ChatGPT dalam mendapatkan solusi bagi masalah matatik yang sukar jika ditanya di dalam kehidupan seharian.

4. Mendapatkan saranan muzik baharu.

Jika anda mahu menemui muzik baharu, ChatGPT boleh memberi saranan muzik hebat yang anda mungkin tidak pernah dengar sebelum ini. Malah, anda juga boleh mendapatkan saranan mengikut genre, artis atau tempoh pelancaran.

5. Pengesyoran rancangan TV dan filem.

Pemilihan filem atau rancangan TV mungkin terlalu rumit buat anda memandangkan terdapat pelbagai penawaran di luar sana. Kewujudan ChatGPT dapat memudahkan anda mendapat pengesyoran berdasarkan genre, pengarah atau pelakon.

Anda bahkan boleh meminta ChatGPT untuk menyediakan senarai filem terbaik  atau senarai pelakon tertentu di dalam filem yang pernah dibintangi.

6. Membuat ringkasan daripada teks panjang.

Seterusnya, ChatGPT juga boleh menjadi pembantu anda dalam memahami kandungan teks panjang dalam tempoh singkat. Hal ini kerana ChatGPT mempunyai kebolehan meringkaskan sebarang artikel mahupun teks panjang yang diberikan oleh anda.

Untuk mendapatkan ringkasan, anda hanya perlu menyalin dan menampal artikel panjang atau dokumen lalu meminta ChatGPT untuk meringkaskan dalam jumlah bilangan perkataan tertentu. Lebih banyak perkataan yang anda benarkan, maka lebih terperincilah ringkasan yang dihasilkan.

7. Menjadi travel guide di negara yang dilawati.

Jika anda melawati sesebuah negara buat pertama kalinya, boleh sahaja meminta ChatGPT untuk menyarankan tempat menarik atau tarikan yang wajib dilawati.  Di samping itu, anda juga boleh meminta  maklumat terperinci seperti waktu terbaik untuk dilawati dan seumpamanya  sekaligus membolehkan anda merancang jadual perjalanan yang lebih tersusun.

8. Menyediakan teks ucapan.

Untuk berucap di khalayak ramai semestinya memerlukan teks ucapan yang baik. Oleh itu, anda boleh sahaja meminta ChatGPT untuk menyediakan teks ucapan berdasarkan tajuk yang ingin disampaikan.

Anda hanya perlu menyediakan ChatGPT dengan beberapa data penting dan maklumat yang anda ingin sertakan di dalam ucapan. Selepas itu, ChatGPT akan menyediakan teks ucapan yang lengkap seperti dipinta.

9. Jana ciapan untuk pencipta konten.

Buat pencipta konten di platform Twitter, anda pasti mengalami kesukaran dalam menyediakan ciapan secara konsisten untuk setiap hari. Dengan ChatGPT, anda boleh boleh menjana ciapan untuk sebarang topik malah bersama emoji dan juga hashtag dalam masa singkat sahaja.

10. Terjemahan teks ke bahasa lain.

Antara perkara menarik dengan ChatGPT adalah ia boleh menterjemah ke bahasa lain. Anda boleh meminta ChatGPT untuk menterjemah sesuatu perkara atau  definisi ke dalam mana-mana bahasa yang dimahukan yang mana sangat berguna sewaktu melancong ke sesebuah negara lain.

Kini anda mengetahui sejumlah perkara menarik yang boleh dilakukan menerusi ChatGPT. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai boleh memanfaatkan kecerdasan buatan ini di dalam kehidupan seharian.

Sumber