Apabila berkata tentang bisnes, lebih ramai terbayang betapa banyaknya duit dijana daripada berbisnes, dan betapa seksinya kehidupan dipenuhi dengan rumah besar, kereta mewah, pakaian designer, dan segala-gala permainan yang boleh dibeli dengan duit.

The truth is, entrepreneurship is not about that.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini 10 perkara anak muda kena tahu semasa hendak berbisnes:

1. Bisnes adalah tentang memberi nilai

Bisnes adalah tentang menyelesaikan masalah dan memberi nilai.

Kadang kala, masalahnya nampak kecil sahaja. Tetapi rupa-rupanya ia adalah masalah yang dilalui oleh ramai orang, dan ramai mahukan penyelesaian.

Saya masih ingat beberapa tahun dahulu, saya pernah terfikir, “Kenapalah tiada buku non-fiction berkualiti ditulis dalam Bahasa Melayu?” Setahun dua selepas itu, PTS meletup-letup mengeluarkan buku-buku bisnes dan kewangan peribadi berbahasa Melayu yang berkualiti tinggi.

Walaupun rata-rata rakyat Malaysia mahir berbahasa Inggeris, PTS menyelesaikan masalah craving pembaca yang suka membaca dalam Bahasa Melayu.

2. Bisnes bukan tentang bersaing

Ramai sangkakan bisnes ini adalah tentang bersaing-saing. Walaupun ada ‘sedikit’ kebenaran, tetapi persaingan tidak patut menjadi fokus utama seorang usahawan.

Jadi, apa fokus utama seorang usahawan?

Seperti yang dinyatakan dalam poin pertama, fokus utama berbisnes adalah mencipta dan memberi nilai.

Ketika Vocket Talk pertama dan Vocket Talk kedua, Tuan Fazli Abdul Latif dari Empayar Kukubesi dan Dr Faiz I. Anuar dari Abstrax Jingga pernah ditanya tentang risiko design t-shirt mereka ditiru orang.

Kagumnya, walaupun di dua tempat berbeza, pada masa berbeza, kedua-dua mereka berkata tentang penyelesaian yang sama. Mereka tidak sibuk mengejar dan memburu lanun-lanun yang mencetak rompak karya syarikat mereka.

Tetapi mereka terus mencipta nilai-nilai baru dengan mengeluarkan pakaian-pakaian dengan design baru.

3. Orang bisnes lebih banyak menangis dahulu sebelum ketawa

Buku ini mendedahkan realiti berbisnes. Image oleh kayaduniakayaakhirat.blogspot.com
Buku ini mendedahkan realiti berbisnes. Imej oleh kayaduniakayaakhirat.blogspot.com

Apabila melihat kekayaan yang sedang dimiliki orang bisnes yang sudah berjaya, jangan tertipu!

Sebelum dia ketawa, berapa ribu kali agaknya dia menangis dahulu.

Entah-entah dalam senyumannya yang sekarang pun, sebenarnya dia sedang berduka lara di dalam hati.

Sales jatuh, GST, tak dapat beri kenaikan gaji dan bonus kepada pekerja, adalah di antara cabaran-cabaran yang sedang berlaku kepada banyak bisnes kebelakangan ini.

Kalau kau ingat bisnes ini semuanya muluk-muluk, kau silap.

4. Akhirnya, orang bisnes pun makan gaji

Hormat-menghormati ada tempat yang tinggi dalam budaya orang Malaysia. Salah satu sifat hormat-menghormati orang bisnes boleh lakukan adalah, jangan mencela orang yang makan gaji secara halal.

Kerana akhirnya, bisnes yang baik didokongi oleh sistem-sistem dan amalan-amalan yang baik.

Kerana akhirnya, bisnes yang baik didokongi oleh staf-staf yang kuat berusaha.

Salah satu amalan yang baik yang wajib dilakukan dalam bisnes, adalah mengambil gaji.

Tidak kiralah sama ada kau founder ke, CEO ke, shareholder ke, director ke, duit bisnes bukan duit kau. Duit syarikat adalah duit syarikat. Duit kau adalah duit gaji kau.

5. Mana boleh bangun pagi ikut suka

Tidak dinafikan hidup berbisnes ini memiliki flexibility.

Dapat tentukan mana hendak bekerja, bila hendak bekerja. Tidak perlu menempuh jem. Boleh bekerja di rumah setiap masa.

Akan tetapi apabila berbisnes, kita tidak terlepas daripada rutin. Bila waktu terbaik jual barang, bila tarikh terbaik jual barang.

Nak tak nak, kita kena juga mengikut masa orang lain, yakni, pelanggan kita.

6. Buat duit berbeza dengan membesarkan bisnes

ramly

Pernah tengok orang jual kacang, 10 tahun berniaga, saiz bisnes besar itu je?

Pernah tengok orang jual burger tetapi akhirnya saiz bisnes sampai berbilion ringgit?

Apa beza kedua-dua entiti perniagaan ini?

Satunya, fokus untuk membuat duit.

Lagi satu, fokus untuk membesarkan bisnes.

Ketika Datuk Ramly Mokni bermula, beliau pergi daripada satu kedai ke satu kedai untuk meluaskan jaringan jualan produknya. Beliau lebih menekankan aspek channel untuk menguasai pasaran, berbanding membuat jualan di tempat yang sama setiap hari.

Kerana itulah kita boleh nampak Burger Ramly di mana-mana sahaja.

7. Berbisnes tidak boleh buat seorang-seorang

Semasa bermula, memang biasa bermula seorang-seorang. Tetapi apabila bisnes mula berkembang, amat sukar untuk melakukannya bersendirian. Memilih ahli tim yang baik amat penting untuk bisnes terus berkembang.

Bagi bisnes trading dan jualan terus ke pelanggan, staf-staf terawal yang diperlukan, adalah staf sales, sales dan sales. Untuk bahagian sokongan seperti sumber manusia dan kewangan, syarikat boleh outsource kerja-kerja ini pada mulanya, dan apabila syarikat telah berkembang besar, barulah boleh difikirkan strategi yang lebih baik.

8. Duit bukan syarat utama berbisnes

Tidak seperti tanggapan orang ramai, duit bukan modal utama untuk berbisnes.

Modal diri, modal sosial, modal ilmu dan modal kemahiran adalah 4 lagi modal yang dapat digunakan menggantikan wang sebagai modal memulakan perniagaan.

Bermula sebagai ejen, buat perniagaan dropship dan menawarkan perkhidmatan adalah di antara perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal rendah atau modal sifar.

Pernah dengar cerita businessman muflis, tetapi cepat je naik balik? Kenapa?

Kerana dia ada kawan-kawan (modal sosial), pengetahuan dan pengalaman (modal ilmu dan kemahiran) yang menyokong dia naik semula, setinggi dahulu, atau lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Jangan memulakan bisnes kerana ada duit. Takutnya, untung tak ada, modal terbakar begitu sahaja. Adalah lebih penting menguasai ilmu bisnes dahulu sebelum membakar duit untuk memulakan bisnes.

9. Berkulilah

Bagaimana hendak mendapat ilmu atau insider knowledge daripada sesuatu bisnes?

Jawapannya, berkulilah. Berkuli bermaksud menggunakan masa setahun dua untuk memahami in and out perniagaan yang mahu diceburi.

Paling baik, pilihlah syarikat kecil di mana anda boleh belajar 1001 perniagaan yang diminati. Lakukan kerja-kerja berbeza untuk menguasai ilmu dan skil berbeza.

Berkawan-kawanlah dengan bos, vendor dan orang sekeliling. Mereka mungkin menjadi tulang belakang apabila anda memulakan bisnes anda sendiri kelak.

10. Bila buat benda dengan betul, duit akan berkembang

Apabila berbisnes, rancanglah perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak-anak. Berkawan-kawan dengan orang bisnes atau staf syarikat lain untuk mempelajari ilmu bisnes dan ilmu pengurusan bisnes yang betul.

Bangunkan SOP (Standard Operating Procedure) termasuklah SOP kewangan dan pemasaran.

Besarkan kantung syarikat, jangan merompak wang syarikat, jangan takut bayar cukai, rancang supaya perjalanan kewangan syarikat menjadi sangat baik sehingga boleh diaudit oleh syarikat audit bertaraf A, dan berusahalah sehingga syarikat mampu membayar sebanyak-banyak zakat.

Semoga berjaya!

Nurulwahida Othman adalah salah seorang pengasas bersama The Vocket. Beliau merupakan salah seorang panelis dalam forum bertajuk Skil Kolaborasi Dalam Bisnes bersempena Kongres Sekolah Bisnes pada 2 dan 3 April ini di TM Convention Centre, Kuala Lumpur.

Khas untuk pembaca Vocket yang mahu hadir, anda layak dapatkan diskaun sebanyak RM100 dengan menggunakan kupon kod ‘VOCKET‘ ketika mahu membuat pembayaran tiket di laman Evenesis. Dapatkan tiket anda di sini.

BACA: Punca Usahawan Ini Tidak Gentar Apabila Pekerja Bagus Berhenti Kerja