Siapa sangka, 10 perkara hebat ini tercetus apabila kita mula membaca. Teruskan bacaan anda di bawah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Membaca dapat membuatkan kita lari dari kehidupan yang penuh dengan tekanan, cabaran dan bosan

Imaginasi adalah anugerah yang hebat. Jadi, dengan membaca, kita mencipta imaginasi kita sendiri dengan buku tersebut.

Jadi tidak perlulah kita untuk mengambil bahan terlarang seperti dadah dan arak atau melakukan aktiviti bodoh bagi melepaskan tekanan. Simpan duit, pergi perpustakaan dan carilah buku yang paling menarik untuk diri sendiri. Kadang kala, kita memerlukan masa untuk diri kita sendiri.

Ia mudah, ia sungguh ekonomi; seperti kita jumpa jalan untuk menggembirakan diri kita sendiri tetapi kita tidak perlu bersusah payah.

Siapa yang akan memandang rendah pada kita apabila kita membaca? Kita akan peroleh ilmu baru. Kita akan menjadi bertambah baik.

BACA: Mark Zuckerberg Sudah Cukup Pandai Tetapi Beliau Mahu Membaca Lebih Banyak Buku Tahun Ini

  1. Kita akan jumpa dengan keluarga baru

Kita mungkin ada ibu, ayah, kakak, abang, adik, atuk, nenek, pak cik, mak teh oh banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Atau…

Mungkin kita adalah individu tunggal yang tidak punyai semua itu. Lantas, kita merasa keseorangan di dunia ini.

Jika anda merasakan keseorangan, anda silap. Ya, silap!

Sama ada anda yatim piatu, atau anda tidak serasi dengan keluarga anda, rajin–rajinlah membaca supaya anda akan menjumpai jalan bertemu dengan keluarga yang anda akan serasi. Oh ya, anda bukan sahaja menemui keluarga baru, bagi yang tidak serasi dengan keluarga sendiri pun pasti akan kembali mesra.

Ia dunia yang luas, sangat terbuka dan keluarga ini sangatlah ohsem!

Keluarga apa yang saya katakan ini?

Ya, seperti yang anda fikirkan, keluarga buku. Pencinta buku. Pembaca. Mereka membaca dengan penuh gembira.

Ketagihan keluarga ini sangat comel. Ia tidak salah disisi undang-undang.

Jadilah sebahagian dari keluarga ini. Anda akan menjumpai mereka yang akan mudah sahaja berkongsi tentang buku yang mereka baca, saling berkongsi buku yang sama, berbual, mencambah idea, bertanya dan akhirnya, tidak perlu untuk ice breaking sedangkan kepercayaan sudah mula dibina dalam diri.

Menjadi sebahagian dari keluarga ini ada juga “cara salam”.  Jangan risau, anda perlu membaca buku yang menarik, berilmiah, bermanfaat dan anda juga perlu ikut trend yang menarik, buku yang baru. Sila racun keluarga baru anda ini agar anda merasakan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam membaca.

Kita akan berjumpa.

Kita akan berkenalan.

Kita akan sentiasa ada berdekatan antara satu sama lain, mudah bila anda memerlukan keluarga ini.

BACA: Lelaki Ini Berjaya Membaca Lebih 70 Buah Buku Dalam Masa Setahun Dan Ini 7 Tip Daripada Beliau

  1. Kita akan jadi sebahagian dari perbincangan yang merentas zaman dan benua

Buku adalah salah satu cara bagaimana, orang terdahulu berkomunikasi dengan kita sekarang ini.

Lihatlah buku–buku lama dari orang–orang yang hebat, Ibnu Battutah, Ibnu Sina, Socrates dan pelbagai lagi tokoh yang sampai sekarang masih lagi menjadi bualan individu sama ada yang biasa tahap akademiknya atau berpangkat doktor falsafah.

Buku juga adalah cara komunikasi yang merentas budaya dan sempadan negara. Dengan mudah kita mengenali dan mempelajari budaya orang luar yang sama sekali tidak sama dengan budaya kita.

Barulah kita dapat lihat betapa indah dan warna warni dunia ini ya?

Buku juga mengutarakan pendapat sosial dan mampu disampaikan mesejnya tanpa mengira pangkat kekayaan. Ia bagaimana individu tersebut  membacanya dan menginterpretasikan bahan bacaan masing-masing.

Sebab itu, dengan membaca seorang diri tidak cukup, perlu ada guru, kawan dan juga rujuk buku rujukan. Jangan diambil isi kandungan secara bulat–bulat.

Buku mengizinkan kita memasuki kehidupan setiap orang dan dunia dengan cara yang lembut tetapi memberi kesan. Sangat memberi kesan.

Teruja bukan? Ya, ia sangat ohsem!

Contoh ini mungkin buat kita berfikir dan sangat meremang bulu roma.

Pernahkah anda ingin menjadi orang lain, ingin pergi ke suatu tempat yang indah, membina pengalaman kehidupan yang berbeza dengan kehidupan yang anda ada sekarang?

Dengan buku. Ya, membaca buku, menulis cerita dan, apa yang perlu ditunggu lagi?

*Apabila membaca buku biografi seseorang pun anda sudah seperti sebahagian dari hidupnya. Dia menelusuri sepenuh kehidupannya, anda menelusuri kehidupan tokoh hebat itu dengan buku yang menceritakan tentangnya. Sesuatu yang menarik bukan? Katakanlah anda merasai apa yang saya kongsikan ini.

BACA: Bayi Ini Baru Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Boleh Membaca. Kami Turut Kagum

  1. Anda akan secara sendirinya berkata-kata dengan ayat yang baik

Membaca adalah jalan yang paling kurang “sakitnya” untuk menambah baik ayat, perkataan dan ejaan.

Anda akan mudah untuk mengeja sesebuah perkataan yang susah. Gaya bahasa akan menjadi cantik. Bila bercakap, anda akan mula bercakap benda yang baik sehingga mampu memberi kesan kepada si pendengar.

Jadi, apabila anda berkongsi status di laman sosial, anda akan menghormati bahasa, menghormati pembaca dan status anda tidak menyakitkan hati siapa-siapa dan mendapat banyak like. Wuhuuu..!

Oh ya, semua isu baru anda akan tahu dan anda akan bijak untuk mengatasinya.

  1. Anda akan sentiasa menantikan waktu–waktu menunggu seperti beratur, di bilik menunggu, lampu isyarat yang lama atau menantikan seseorang datang

Ini mungkin antara perubahan hidup yang besar buat anda sebenarnya. Ramai orang tidak suka menunggu. Mereka rasa masa mereka akan terbuang. Ada yang rasa stress, marah dan pelbagai perkara negatif yang akan muncul.

Tapi, jika anda adalah seorang pembaca buku, buku sentiasa di poket anda, di beg atau di dalam pegangan mudah capai anda, sudah pasti anda mempunyai hiburan yang tersendiri.

Ya, anda tidak perlukan telefon pintar dan berpura–pura melihatnya sedangkan tiada benda yang perlu anda lihat pun.

Dengan buku, anda seolah-olah sedang berada dalam dunia anda sendiri, dan tidak peduli akan masa yang diambil secara tidak sengaja. Kesabaran anda diuji dengan keadaan anda boleh menerimanya.

Jadi, anda dapat mengelakkan diri anda terasa “sakit” dengan melakukan perkara yang paling mudah…

Baca.

Buku yang anda bawa adalah hiburan, teman dan juga stimulasi intelektual. Semuanya dalam pakej yang mudah dibawa.

Ada mengatakan bahawa dengan membaca, ia memberikan dia “kuasa untuk sentiasa merasai gembira bila–bila masa, di mana jua dan ketika menunggu dengan jangka masa yang sangat lama.”

Itulah kuasa seakan-akan superhero yang orang ramai perlukan. Yeah!

  1. Anda akan menjadi orang yang lebih baik

Anda mungkin tidak berapa kisah menjadi orang yang baik, tapi orang di sekeliling dalam kehidupan anda mungkin kisah!

Membaca, ada kawan yang mengatakan, “Ia memberikan saya (peluang) untuk menyelami emosi dan empati (kepada) orang lain, dan ia menyebabkan saya menjadi sensitif terhadap orang di sekeliling saya.”

Dan, dia betul, tak dapat nak dinafikan.

Mungkin, anda bukan mangsa kepada perkauman, dera ataupun kemiskinan.

Mungkin, anda tidak tahu perasaan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Mungkin, anda rasa senang untuk mengkritik daripada merasa simpati.

Membaca tidak mengambil hak anda untuk mengkritik tetapi, ia membantu anda untuk berhati–hati dalam menilai; atau orang selalu katakan – menghukum.

Ia mungkin memperlahankan cara anda menghukum tetapi ia mempercepatkan perasaan empati.

Sebab, apabila anda menghayati kehidupan orang lain melalui buku, kita akan lihat sisi kehidupan orang lain yang berlaku di dunia sekeliling kita. Kehidupan yang langsung kita tidak tahu atau ambil peduli.

Bila kita mula memahami, semakin banyak yang perkara kita minati dan tertarik. Sudah kurang “kita lawan mereka” dan lebih kepada “kita menghadapi ini bersama!”

Indah bukan? Hihi.

  1. Anda akan belajar benda baru. Ia memang benda yang betul–betul meng“wow”kan minda!

Walaupun anda membaca cerita fiksyen, anda boleh belajar sesuatu. Antaranya anda belajar akan kehidupan. Kehidupan orang lain. Pengaruh budaya, ikatan hubungan, sejarah, ketakutan, psikologi manusia, ekspresi spritual, kesan peperangan, bagaimana robot menakluk dunia dan bagaimana superhero menjaga dirinya.

Kebanyakan penulis melakukan kajian, mereka juga menulis berdasarkan apa yang ada dalam diri mereka seperti pengalaman diri, pengalaman orang lain dan juga apa yang ada di sekelilingnya.

Ya, banyak info yang berguna.

Sudah nampak kelebihannya, nyalarasa diri membara? Mahukan lagi? Cuba baca buku–buku bukan fiksyen pula. Biografi, sejarah, politik, ekonomi, bisnes dan pelbagai lagi. Oh ya, tentang isu semasa, lebih baik tumpukan pada sejarah kerana sejarah yang membawa kita setapak ke hadapan.

Psikologi manusia, ramai yang baca untuk bagaimana berkomunikasi, hubungan antara lelaki perempuan, bahasa badan dan lain–lain. Banyak ilmu yang boleh didapati dari buku.

Apa? Anda tidak jumpa buku yang anda cari? Kami cadangkan anda menulis buku tersebut!

  1. Semakin kau membaca semakin kau rasa bodoh

Haha! Maaf jika nampak macam garang atau kasar, tetapi itulah realitnya. Pahit hempedu.

Pernah suatu ketika dahulu anda rasa yang ketika itu, pergh, anda rasa andalah “Tuan Yang Tahu Segala-galanya.” Orang lain salah, anda sahaja yang betul. Informasi anda adalah yang paling benar sebenar-benarnya.

Hehe…

Anda rasa ketika itu anda tahu banyak, anda ada pandangan yang sangat luas dalam kehidupan ini dan pandangan anda pada dunia bagaimana ia berjalan serta berfungsi.

Kemudian anda mula membaca.

Setakat dua ke tiga buku mungkin tidak memberikan kesan lagi. Ia mungkin masih meletakkan anda dalam selimut yang selesa. Tapi, ada seseorang memberikan cadangan untuk membaca buku yang menarik.

“Cuba kau baca buku ni. Ia sangat menarik. Sumpah!”

Anda pun terkena racunnya.

Dalam situasi semasa atau selepas membaca, dan anda sedar tentang sesuatu perkara yang anda sangat tahu akan ia, sangat–sangat tahu, rupanya ia bukanlah seperti yang anda sangka. Jauh di sudut minda anda, ada sesuatu yang mula retak, pecah dan ia terbuka sedikit demi sedikit. Ia mengeluarkan cahaya pencerahan.

Cahaya yang malap, yang sedang tidur sebelum ini, semak dan penuh dengan tanggapan.

Neuron–neuron otak mula bersambung.

Lalu anda meneruskan pembacaan, lebih banyak yang anda baca, lebih banyak retakan berlaku di minda. Sedikit demi sedikit, cahaya itu semakin berkembang cerah. Udara tiba–tiba menjadi segar bugar.

Anda mula mencemari minda anda dengan pelbagai perkara; gambar, perbualan, persepsi, data.

Serpihan dari kehidupan yang bukan dari kehidupan anda, entah bagaimana, anda merasainya melalui buku yang anda baca.

Emosi yang bukan milik anda pun, entah kenapa, anda boleh merasainya sungguh.

Sesuatu yang pasti dari dunia yang sebenar, bukan lagi sekadar anggapan atau harapan.

  1. Kita akan menjadi semakin kreatif

Ketika minda diisi dengan bahan dari buku–buku yang bagus, sesuatu yang hebat akan terjadi.

Minda seolah–olah bangun dari tidur yang lena!

Kreativiti adalah seperti membuat hubungan jaringan. Orang yang kreatif, selalunya kita kagum dengan kebijaksanaannya. Mereka dapat menjalinkan jaringan dengan baik. Mereka mempunyai data ilmu yang luas. Mereka tidak mengkategorikan data itu. Puisi boleh berhubung dengan sains, sejarah dengan bisnes lepak bersama.

Mereka faham, dan kesemua kategori itu semua ada kelebihan. Kita meletakkan label supaya kita rasa kita faham akannya tetapi kadangkala, label adalah yang menghalang produktiviti.

Membaca membantu anda mengkoyakkan label itu.

Membaca membantu mengisi minda dari sumber mana yang kita mahukan, dan membenarkan keindahan sesuatu benda berhubung dan bercampur dalam keadaan apa sekalipun.

Ya, itulah kreativiti. Ia subjektif. Tiada halangan. Pecahkan kebendungan itu ya!

  1. Imaginasi kita akan lebih power dan kita tidak takut untuk menjadi si pelik

Apabila membaca buku yang berdasarkan daripada imaginasi orang lain, kita akan mula mempercayai imaginasi kita, jadi, gunakanlah ia!

Idea yang menarik bukan? Ia mungkin nampak macam gila–gila, ada kelemahan yang tertentu tapi jangan lupa, ia ada potensi yang hebat!

Tak tahu bagaimana nak lakukan?

Membacalah. Dengan membaca akan membantu anda untuk meningkatkan imaginasi. Ketika minda kita rasa pelik, mulalah membaca.

Selepas beberapa buku, tempoh masa membaca, kita akan rasa yang kitalah orang yang paling normal atau dalam erti kata lain manusia biasa. Kita akan terkejut dan pelik. Siapa manusia gila yang mengutarakan idea yang pelik, fantastik dan ohsem ini?

Sudah tentu kita akan ingin membaca lagi. Jadi, anda akan terus membaca. Kemudian, imaginasi anda akan digaulkan dengan apa yang anda baca bersama kehidupan yang anda jalani sekarang. Anda akan menambah koleksi unik informasi, pengalaman, dan personaliti. Siapa yang akan tahu keputusannya?

Tidakkah anda sangat teringin untuk tahu?

Jadi, kenapa anda tidak buka buka lagi?

Selamat mencuba. Selamat membaca!

Like page The Vocket di Facebook