Minum air. Aktiviti yang mudah, tetapi memberi 1001 kebaikan kepada badan kita. Ini 10 perkara yang terjadi kepada badan kita apabila kita minum air:

1. Anda membangkitkan sumber tenaga semulajadi

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Dana Edmunds / Getty Images

Majoriti daripada sel manusia terbina daripada air, terutamanya sel darah. Minum air dalam jumlah mencukupi akan membantu darah membawa nutrien ke seluruh sistem badan dengan lebih efisyen, memberi anda lebih tenaga untuk melakukan perkara yang disukai.

2. Mengelakkan risiko kanser pundi kencing

Felix Hug / Getty Images

Kajian terbaru daripada Universiti Brown mendapati lelaki yang minum air lebih banyak mengalami penyusutan risiko pundi kencing sebanyak 24%. Kajian ini mencadangkan punca fenomena ini berlaku adalah disebabkan kebolehupayaan air menyahtinjakan kekotoran dalam badan yang boleh menyebabkan kanser.

TONTON: Ujian Ketahanan Air iPhone 6S Dan 6S Plus. Adakah Keluaran Kali Ini Lebih Baik

3. Membantu mengurangkan berat badan

Justin Lewis / Getty Images

Menggantikan minuman bergula seperti soda dan jus dengan air kosong adalah cara yang terbaik untuk mengurangkan kalori dan memulakan penurunan berat badan. Elakkan kalori berlebihan yang menyebabkan pertambahan berat badan dengan air kosong yang ditapis!

4. Melincirkan sendi

AFP / Getty Images

Cecair sivonial melincirkan sendi dengan mengurangkan geseran di engsel-engsel badan. Oleh kerana sebahagian besar kandungannya terdiri daripada air, pastikan ada minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.

5. Memastikan cecair dalam badan mencukupi

Elisabeth Schmitt / Getty Images

Untuk mengelakkan dehidrasi, badan anda sentiasa bekerja kuat untuk mencapai titik keseimbangan di antara cecair yang masuk dengan cecair yang keluar. Air adalah komponen penting dalam badan manusia, jadi pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.

6. Memastikan diri dalam kondisi ideal ketika mengandung

WIN-initiative / Getty Images

Minum air secukupnya setiap hari (10 cawan) membantu anda kekal segar ketika mengandung.

7. Menjadikan kulit lebih bersinar

Sam Diephuis / Getty Images

Apabila anda tidak minum air secukupnya, kesan dehidrasi akan tertonjol di kulit muka. Kekeringan dan penyerpihan adalah antara tanda-tanda yang anda perlu minum lebih banyak air. Jadikan kulit anda kekal lembap dan sihat dengan minum air secukupnya.

8. Mengekalkan keseimbangan air-elektrolit

Steve West / Getty Images

Elektrolit mengawal penghidratan dan tahap pH darah, juga penting untuk saraf yang sihat dan fungsi-fungsi otot. Pengambilan air dan elektrolit yang sesuai adalah bagus untuk badan anda, membantu anda untuk mengelakkan jatuh sakit seperti hypernatremia.

9. Sekiranya anda selsema, air membantu melawan penyakit

Picturegarden / Getty Images

Elakkan kesebuan dengan minum air. Air membantu anda mengeluarkan kahak dan hingus yang terkumpul akibat flu dan alergi.

10. Anda memberi otak pelincir secukupnya untuk berfungsi

Pearl’s Images / Getty Images

Dengan kekal terhidrasi, anda dapat mengelakkan kesan fizikal seperti pening kepala. Dalam masa yang sama, satu kajian dari London menyatakan air dapat membantu prestasi kognitif, seperti masa tindak balas dan reaksi.

Lagi sedap air, lebih banyak anda minum. Nikmati air dengan rasa lebih sedap dengan penapis air Coway ini.

TONTON: Air Terjun Lepoh Di Selangor Yang Kaya Dengan Ikan Jinak

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber