Nota Editor: 10 persoalan asas yang perlu diketahui sebelum anda merancang untuk travel ini telah dikongsikan oleh Razali di blog beliau Kembara Razali. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis.

Semoga tip ini dapat membantu anda merancang percutian anda dengan lebih baik dan menjimatkan. Untuk pengetahuan Razali telah mengembara ke 70 negara setakat ini dan dijangka akan terus bertambah kerana beliau merupakan seorang yang aktif mengembara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

zali-13

1. Macam mana saya nak tahu cara untuk dapatkan tiket penerbangan yang murah?

Survey di laman Skyscanner. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti Wego, Expedia, Ebookers, Tripsta, Bravofly dll. Selepas dapat idea harga tiket dari laman-laman tersebut, double check pula di dedicated airlines website, contohnya di AirAsia dan Malaysia Airlines website sekiranya korang menggunakan penerbangan tersebut.

skyscanner

Harga kadang-kadang tak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan di laman-laman booking agent tersebut. Sometime harga di website airlines lebih murah daripada harga di laman-laman agent tadi. The key is kena rajin-rajinkanlah diri tu.

Register/ subscribe email korang as a member dengan airlines-airlines yang utama seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Cebu Pacific dll yang mana korang berkenan.

Nanti diorang akan keep in touch dengan kita via email kalau ada apa-apa flight promotion atau flight deals.

airport

2. Macam mana saya nak tahu cara termurah untuk keluar dari airport /  railway station / ferry port dengan menggunakan pengangkutan awam (say no to taxi!)?

Check di ihatetaxis.com. Just masukkan nama airport/ railway station/ ferry port di ruangan “search”. Nanti dia akan bagi beberapa pilihan pengangkutan awam yang ada seperti bus/ train/ metro dll. beserta anggaran harga tiketnya sekali.

Baca di bawah subtitle “Get in” di laman WikiTravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: “Lombok wikitravel” kalau korang nak ke Lombok).

Baca di ruangan “to/from” di dedicated airport website (contohnya: “klia.com.myfor KLIA).

Baca di ruangan “Ground transportation” di dedicated airport wikipedia page (contohnya: “Changi Airport” for Singapore Changi Airport”.

zali-2

Ni lah hostel yang aku stay di Oslo – Anker Hostel.

3. Macam mana pula saya nak pilih & booking tempat penginapan yang sesuai?

Survey di HotelsCombined. Dari sini ia akan link dengan laman booking agent seperti Agoda, Booking.com, Hotels.com, Expedia, HostelWorld, HostelBookers dll.

Survey di dedicated hotels website (contohnya: TuneHotels.com jika korang nak stay di Tune Hotels)

Baca review sebanyak mungkin untuk dapat gambaran tempat penginapan tersebut dari aspek kebersihan dan keselesaan.

zali-7

Sila rujuk juga kepada Google Maps untuk dapat gambaran yang lebih jelas berkenaan lokasi tempat penginapan tersebut. Kalau di kawasan bandar, disarankan juga pilih tempat penginapan yang tak terlalu jauh dengan public transportation hub bagi memudahkan pergerakan.

Sila teliti fasiliti / kemudahan yang ada di tempat penginapan tersebut. Kalau korang ni jenis yang takleh berpisah dengan internet (macam aku ni haa), pilihan penginapan yang ada wifi sudah menjadi kemestian.

Kalau ada wifi pun tup-tup sampai sana wifi is not working pun hampeh jugak, terpaksa lah cari kedai kopi yang ada wifi.

Rajin-rajinkanlah diri tu jugak untuk buat perbandingan harga di antara harga di laman booking agent tersebut dengan harga di website hotel itu sendiri.

Kadang-kadang kita book direct dengan hotel tu lebih murah berbanding book dekat Agoda atau pun Booking.com.

zali-1

4. Macam mana saya nak tahu tempat-tempat yang mesti saya lawati di destinasi yang saya kunjungi tu?

Baca di ruangan “See” di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: “Bangkok Wikitravel” kalau korang nak ke Bangkok).

Baca di website tourism destinasi tersebut (contohnya: visittromso.no jika korang nak berkunjung ke Tromso).

Baca di travel forum seperti Trip Advisor dan Lonelyplanet.

Keep update dengan info-info terbaharu di travel forum/ page-page/ group-group backpackers di Facebook.

zali-4

5. Macam mana cara nak get around/ ronda-ronda di sesebuah bandar/ destinasi yang saya kunjungi tu dengan menggunakan public transport?

Baca di ruangan “Get around” di laman wikitravel bagi destinasi yang korang nak pergi tu (contohnya: “Hong Kong wikitravel” kalau korang nak ke Hong Kong).

Baca di dedicated website for metro/ subway/ train/ tram/ bus di destinasi tersebut (contohnya: TokyoMetro.jp for Tokyo Metro).

Jika banyak menggunakan train, boleh rujuk di website Seat61.com

metro-paris

Berpinar-pinar mata mentelaah laluan Metro & RER di Paris nih. Huhu

Sila print route map metro/ subway tu dan contenglah maklumat-maklumat penting pada map tersebut.

Jika banyak menggunakan sistem metro/ subway, boleh pertimbangkan juga untuk guna day pass/ tourist pass berbanding normal ticket.

zali-3

Ni lah makanan yang setia ketika susah dan senang.

6. Buat yang beragama Islam, macam mana saya nak tahu kat mana saya boleh dapatkan makanan halal di tempat yang saya kunjungi tu?

Survey di Zabihah.com. Baca di travel forum seperti Trip Advisor.

Email pertanyaan berkaitan halal foods kepada Islamic Organization di tempat yang korang nak pergi tu. InsyaAllah diaorang akan balas dengan memberi beberapa pilihan lokasi tempat makan yang diiktiraf halal.

Baca seberapa banyak blog tentang destinasi yang korang nak pergi tu, mana tau sesetengah blog tu dia ada perincikan tentang halal foods.

Minta nasihat daripada orang local di couchsurfing website (kalau takde yang reply pun takpe, kan masih banyak pilihan lain untuk dapatkan info, at least kita dah cuba).

Jika tempat yang korang nak gi tu memang sangat susah/ memang tiada langsung availability for halal foods, disarankan untuk bawa bekalan makanan dari Malaysia seperti maggi, biskut, chocolate bar, 3 in 1 dan sebagainya.

zali-5

Masa aku gi camping di Kalahari Desert, South Africa hari tu, semua aku hangkut dari sini – travel cooker, beras, minyak, garam, bawang, rempah ratus, gula, sardin dll. Mana nak cari kedai kat tengah-tengah gurun ni wei. Hahaha.

Jika korang travel untuk jangkamasa yang agak panjang, mungkin boleh consider untuk bawak travel cooker dan bahan-bahan kering seperti beras dan rempah ratus dari Malaysia.

zali-6

7. Macam mana saya nak buat itinerary bagi trip saya?

Disarankan untuk buat itinerary secukup detail yang mungkin. Masukkan maklumat-maklumat berikut ke dalam itinerary korang:

  • Hari & tarikh (kadang-kadang bila kita dah seronok sangat kat negara orang ni hari pun boleh lupa).
  • Details berkenaan flights/ train/ bus journey (beserta masa departure & arrival, kos tiket, booking reference number dll.)
  • Nama tempat penginapan beserta alamat lengkap & contact no./ email.
  • Direction untuk ke tempat penginapan/ tempat yang nak dilawati.
  • Nama dan alamat tempat makanan halal beserta direction untuk ke lokasi tersebut.
  • Entrance fees bagi tempat-tempat yang nak dilawati (jika berkenaan).
  • Boleh juga sertakan maklumat berkaitan alamat dan contact no. Kedutaan Malaysia yang terdekat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

visa

8. Macam mana saya nak tahu negara yang saya nak lawati tu perlu visa ke tak?

Sila rujuk di wikipedia pagevisa requirements for Malaysian citizens” sebagai rujukan sahaja. Kalau tak berapa pasti juga, rajin-rajinkanlah email ke Kedutaan Malaysia di destinasi tersebut atau tanya sahabat-sahabat yang baru pulang dari destinasi tersebut.

zali-9

Jika travel ke negara-negara Schengen di Eropah (Austria, Belgium, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Liechtenstein, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden & Switzerland), kita tak perlu visa untuk stay up to 90 days per half year, hanya cukup bawak passport merah yang masih valid at least 6 bulan.

Untuk UK, visa free up to 6 months
Untuk Ireland, visa free up to 3 months
Untuk Japan & South Korea, visa free up to 90 days
US, China, India, Russia perlu apply visa
Untuk Australia & Sri Lanka, perlu apply ETA (Electronic Travel Authorization) secara online.

passport-malaysia

9. Apakah dokumen-dokumen penting yang perlu saya bawa jika nak travel ke luar negara?

A valid passport & visa (jika berkenaan)
Salinan ETA (jika berkenaan)
Salinan tiket-tiket penerbangan, keretapi, bas dll. yang berkaitan
Salinan booking hotel
Printed itinerary

Dinasihatkan untuk scan semua dokumen penting di atas dan emailkan kepada email sendiri atau alternative email korang sebagai backup sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

10. Jika saya hanya travel dengan hand carry bagpack/ luggage sahaja (without checked-in luggage), macam mana saya nak keep my bagpack/ luggage light?

Bawa hanya pakaian yang perlu sahaja, pack pakaian dalam bentuk ‘gulungan’ untuk jimatkan ruang dalam bagpack/ luggage.

zali-10

Limitkan barang-barang toiletries kepada yang bersaiz kecil sahaja dan pack ke dalam travel-sized plastic seal. Sama juga dengan ubat-ubatan. Kalau travel belah Europe biasanya kita kena keluarkan plastic seal yang berisi toiletries semasa nak scan barang-barang. Sesetengah airport juga memang dia ada sediakan plastic seal tu.

zali-11

Diharapkan dengan perkongsian ini, at least member-member yang baru nak berkecimpung dalam arena backpacking ni mendapat gambaran yang lebih jelas dalam membuat perancangan trip backpacking.

Kuncinya di sini ialah “KERAJINAN” dan “USAHA” kita sendiri. Bagi pendapat saya, 95% info dan maklumat banyak boleh kita perolehi daripada pelbagai sumber di internet. Yang perlu kita lakukan hanyalah SURVEY, RESEARCH, STUDY, BACA, CATAT, GALI & GALI LAGI. InsyaAllah kemusykilan itu dapat diselesaikan.

Saya selalu mengingatkan diri saya dengan peringatan ini:

zali-12

“Membuat persiapan bagi sesebuah trip backpacking umpama membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Semasa peperiksaan, kertas soalan menjadi pengujinya, tapi dalam berbackpacking, “situasi asing” menjadi cabarannya”

Happy backpacking!

Baca: 11 Traveler Malaysia Yang Berbaloi Untuk Anda ‘Follow’ Di Instagram

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram