Malaysia bukan sahaja terkenal dengan makanan yang awesome, minuman pun power-power belaka! Dan salah satu minuman kegemaran yang kekal relevan daripada dulu hingga sekarang ialah teh tarik. Tidak kiralah waktu sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam sekalipun, teh tarik tetap sesuai dijadikan minuman pilihan. Memang ngam.

Order ‘Teh Tarik Ori’ baru syok!

Hari berganti hari, teh tarik pun muncul dengan macam-macam variasi. Lebih banyak style sampai kita pun tidak tahu mahu pilih. Tetapi kali ini kami mahu berkongsi dengan anda mengenai Teh Tarik Ori yang tengah onz dan viral sekarang ini! Ori macam mana itu?

tehtarik:vckt

Ori sebab ianya memang lain daripada yang lain

Teh Tarik Ori memang betul-betul lain daripada yang lain. Sekali teguk sahaja rasa cukup mengancam, dua kali teguk akan buat anda rasa mahu order satu gelas lagi. Teh Tarik Ori ini kami suka sangat sebab ianya dihasilkan dengan cara tersendiri membuatkan tekstur minuman teh susu ini lebih lemak berkrim dan sangat smooth. Tidak sama dengan teh tarik biasa. Pendek kata memang puas hati dan anda wajib cuba sendiri!

tehtarik:vckt2

Kami pasti, kalau anda mahu cari kedai yang serve teh tarik tidak susah pun. Boleh kata semua kedai ada. Tetapi hendak cari Teh Tarik Ori dengan rasa kaw, lemak berkrim dan terbaik itu memang payah. Jadi, ini list 10 lokasi paling terbaik untuk anda cuba Teh Tarik Ori.

1. Restoran Ali Maju, Setapak KL

tehtarik:vckt3

Orang KL tahu tidak kedai ini? Kalau belum tahu, sekarang kami ingin beritahu satu rahsia penting. Ia penting untuk anda yang tercari-cari mana nak dapat Teh Tarik ORI yang kami maksudkan itu.

Teh tarik di sini memang betul-betul padu! Rasanya tidak terlalu manis dan teh yang pekat antara sebab ianya begitu digemari. Lebih syok kalau diminum panas-panas dan digandingkan bersama mi goreng mamak. Anda tengoklah sendiri buih-buih lembut teh tarik ini. Memang mengancam!

Alamat:
No. 1, Jalan Rampai Niaga 3,
Rampai Business Park, Wilayah Persekutuan,
53300 Setapak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam

2. Restoran Sri Grand City, Petaling Jaya

tehtarik:vckt4

Nama restoran pun sudah grand! Teh Tarik di sini confirm luar biasa. Kebanyakkan warganet bagi rating 5 bintang untuk menu teh tarik di sini. Harga pun cukup berbaloi. Jadi, apa kata anda cuba segelas tengok macam mana rasa. Boleh pergi tidak dia punya rasa itu. Admin kalau datang sini wajib order Teh Tarik ORI dengan roti Tosai. Kombinasi yang lengkap dan sempurna!

Alamat:
No. 49 11/4, Jalan Dato Mahmud
Petaling Jaya, 46200 Selangor

Waktu Operasi:
7.00am – 11.00pm

3. Yasmeen Group Utara, Jitra

tehtarik:vckt5

Sekarang, kita beralih ke utara. Restoran Nasi Kandar Yasmeen milik Yasmeen Group Utara Sdn Bhd ini pula antara restoran nasi kandar yang terkenal di Kedah. Variasi lauk-pauk yang pelbagai membuatkan restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan. Beratur! Tapi paling penting restoran Yasmeen juga dikatakan antara Restoran yang menyajikan minuman Teh Tarik ORI terbaik.

Bukan setakat teh tarik yang ngam dengan tekak pelanggan, harga yang ditawarkan dekat sini pun memang murah. Paling layan bila anda minum teh tarik dan pesan sekali Roti Naan Cheese terlaris kat sini!

Alamat:
9 Pekan Changloon 2,
Kampung Baru Changloon,
06100 changlun, Kedah

Waktu Operasi:
9.00am – 10.00pm

4. Nasi Kandar Nasmir, Taman Pelangi

tehtarik:vckt6

Bukan sahaja terkenal dengan hidangan nasi kandar bersama lauk pauk dan kuah campur yang banjir, Restoran Nasi Kandar Nasmir di Taman Pelangi juga berjaya memikat hati pelanggan dengan menu teh tariknya. Bagi anda yang berada di Penang atau dalam perancangan untuk ke sana, kami sarankan restoran ini kena masuk dalam list lokasi food hunting nanti.

Alamat:
1639, Tingkat Bawah,
Jalan Perusahaan Bukit Tengah,
Taman Pelangi, 13600, Bukit Mertajam
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 Jam

5. Nasi Kandar Nasmir, Vantage Point

tehtarik:vckt7

Nasi Kandar Nasmir masuk list sekali lagi? Tapi cawangan yang satu ini dekat Vantage Point. Restoran nasi kandar ini pun antara yang tersenarai berjaya serve teh tarik yang power.

Kami tidak tahu dia punya power macam mana sebab tidak pernah sampai lagi. Tapi kalau lihat gambar teh tarik dia ini pun sudah telan air liur. Ini bermakna teh tarik mereka memang betul power.

Alamat:
29 G, Jalan Lenggong,
Vantage Point, 11600, Jelutong
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

6. Restoran Makbul, Bayan Lepas

tehtarik:vckt8

Masih lagi di Pulau Pinang, kali ni kami ingin cadang dekat anda teh tarik terbaik area Bayan Lepas pula. Restoran Makbul dengar kata tidak pernah mengecewakan pelanggan dengan menunya. Macam biasa, Teh Tarik ORI tetap jadi pilihan utama.

Paling hebat ada customer yang order dua gelas siap-siap sebab ingin lepak lama. Katanya teh tarik di sini ada resipi rahsia tersendiri. Menarik.

Alamat:
Lot, 29-01-08 & 29-01-09,
Golden Triangle Commercial Centre,
Jalan Paya Terubong, 11060, Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

7. Restoran Ariffin Maju, Johor

tehtarik:vckt9

Rata-rata pelanggan mencadangkan teh tarik di sini sebab ianya antara yang terbaik di Johor Bahru. Dahsyat betul penangan teh tarik. Hanya sebab ingin segelas teh tarik ori, sanggup jelajah sampai ke Johor.

Restoran Ariffin Maju ini dikatakan memang selalu jadi port lepak sampai ke tengah malam. Kata mereka, layan teh tarik di sini memang bikin mata celik.

Alamat:
No. 21, Jalan Tampoi Susur 1,
81200, Johor Bahru

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

8. Restoran Habib, Pasir Pelangi

tehtarik:vckt10

Nama tempat Pasir Pelangi, teh tariknya pula memikat hati. Memang boleh hati jadi warna-warni macam pelangi! Bukan apa, asal dapat teh tarik dengan rasa yang betul-betul asli, seronok sahaja hati.

Bukan senang ingin cari tempat makan yang ngam dengan kehendak selera kita. Bila sudah jumpa satu, memang setia. Jadi, orang Johor elok munculkan diri dekat sini juga sebab ini pun port teh tarik terbaik pilihan rakyat Malaysia!

Alamat:
No. 8, Jalan Pasir Pelangi,
Taman Iskandar, 80050,
Johor Bahru

Waktu Operasi:
Dibuka 24 jam

9. HKB Curry House, Taman Rinting

tehtarik:vckt11

Teh tarik di HKB Curry House ini pula lain sikit. Warna air teh yang pekat dan terang dengan kombinasi krimer pekat manis istimewa bikin kami rasa hendak singgah sahaja. Nasib baik jauh. Tapi itulah, penggemar teh tarik claim teh tarik di sini memang betul-betul buat mereka tertarik. Minum segelas tidak cukup katanya.

Alamat:
No. 12, Jalan Sena 13,
Taman Rinting Masai,
81750, Johor Bahru

10. Perniagaan Razali Bin Zakaria, Kota Bharu

tehtarik:vckt12

Bukan biasa-biasa, sampai ke Kelantan admin dapat suggestion daripada warganet. Teh Tarik Ori punya kuasa viral, satu Malaysia kita terjah. Bab makanan dan minuman memang menyatukan kita. Kalau anda nak tahu, perniagaan milik Encik Razali ini juga kerap diserbu pelanggan hanya kerana keistimewaan secawan Teh Tarik ORI itu.

Alamat: 
No. 2, Lot 779,
Kg Bawah Lembah, Bunut Payong,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

Tetapi, apa sebenarnya rahsia dalam Teh Tarik Ori?

Kami difahamkan Teh Tarik Ori ini sebenarnya adalah kombinasi tiga lapisan istimewa teh dengan susu. Dan untuk dapatkan 3 layers tu, kami yakin ramuan paling penting untuk menjamin rasa original mestilah krimer pekat manis yang digunakan untuk membancuhnya. Cuba anda buat teh tarik menggunakan krimer yang tidak berapa best. Mesti rasanya tidak syok.

Berdasarkan survey, Teh Tarik Ori katanya lagi power kalauguna Krimer Pekat F&N dan Krimer Sejat F&N. Kami yakin rakyat Malaysia memang tidak boleh menafikan lagi kelazatan rasa Krimer Pekat Manis F&N. Buat air apa pun bila guna Krimer F&N memang terus jadi special. Tambah-tambah buat teh tarik. Memang sedap!

Rasanya cukup, kepekatannya luar biasa dan paling kami suka rasa lemak berkrim itu buat teh tarik anda memang betul-betul ori. Memang terangkatlah. Pendek kata, even kalau anda cuba buat sendiri kat rumah guna krimer F&N, rasa teh tarik anda tentu setanding semua 10 kedai Teh Tarik Ori terbaik yang kami list dekat atas tadi.

Tetapi kalau anda spesis malas hendak buat Teh Tarik sendiri, jom order sahaja kat mamak. Tak tahu mahu cari d mana?

Jom cari Teh Tarik Ori guna waze!

Ha, inilah paling best, kalau anda tidak tahu nak cari Teh Tarik Ori dekat mana. F&N Malaysia dengan kerjasama Waze sudah mudahkan lagi kerja anda untuk cari kedai atau restoran yang tengah Onz dengan Teh Tarik Ori ini. Jadi, anda buka sahaja aplikasi Waze dan actually ada lebih kurang 100 lokasi telah di’pin’ yang akan tunjuk dekat anda restoran atau warung yang serve Teh Tarik Ori seluruh Malaysia!

waze-F&N:vckt

Kalau anda ingin dapatkan lebih banyak informasi tentang Teh Tarik ORI, boleh layari laman facebook rasmi F&N Dairies Malaysia sekarang. Paling penting, ingat Teh Tarik Ori, ingat F&N!