Tahukah anda kenapa Tun Mahathir ‘power’ menulis? Kalau kita perasan baru-baru ini Tun Mahathir kerap menulis dan kita akui bahawa penulisan Tun memang hebat dan tak terjangkau dek pemikiran kita selaku orang biasa. Pada kebiasaannya, ‘orang yang hebat menulis ialah orang yang banyak membaca’.

1. Tahukah anda bahawa Tun Mahathir adalah seorang yang sangat suka membaca. Ketika di sekolah rendah, Tun pernah dilantik menjadi perpustakawan sekolah. Setiap hari Khamis, Tun akan ditugaskan untuk membeli majalah seperti Rover, Champion dan Film Fun untuk kegunaan perpustakaan sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Biasanya Tun akan menelaah majalah-majalah tersebut kulit ke kulit sebelum meletakkannya di perpustakaan.

2. Ketika di Darjah Sembilan, guru Tun iaitu J.F Augustine pernah melantik Tun sebagai Pengerusi Kelab Kesusasteraan Dan Perbahasan disamping editor majalah sekolah iaitu ‘The Darul Aman’. Bermula daripada sinilah bakat kepengarangan Tun dicungkil dimana pada awalnya Tun banyak menulis tentang perang dan situasi pendudukan tentera Jepun dalam majalah tersebut.

3. Semasa menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Tun mencari pendapatan tambahan dengan menulis rencana untuk akhbar Straits Times dan Sunday Times. Tun pernah dibayar sehingga $40 untuk satu rencana yang beliau hasilkan. Rencana pertama Tun yang tersiar di Straits Times pada 20 Julai 1947 bertajuk ‘Malay Women Make Their Own Freedom’.

4. Bakat penulisan Tun telah menarik minat pengarang Straits Times iaitu Allington Kennard untuk menawarkan Tun jawatan sebagai wartawan, namun Tun telah menolak jawatan tersebut.

5. Walaupun menolak tawaran tersebut, rencana-rencana Tun semakin kerap disiarkan di Straits Times. Bertitik tolak daripada sinilah, Tun menggunakan nama Che Det sebagai nama samaran beliau dalam bidang penulisan sehingga kini. Siapa sangka anak kelahiran Kedah ini mampu menulis sehingga menjadi pemerintah nombor satu negara bermula 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.

6. Tun juga pernah dilantik menjadi pengarang majalah kolej iaitu The Medico ketika ditahun tiga pengajian beliau. Dengan hasil menulis di Sunday Times, Tun membeli sebuah motorsikal terpakai jenis BSA 250cc pada masa tersebut.

Baca : Ramai Tidak Tahu, Tun Mahathir Memiliki Kuasa Melentur Masa

7. Tun adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang paling banyak sekali menghasilkan buku.

Antara buku-buku Tun ialah The Malay Dilemma (1970), Menghadapi Cabaran (1976), Warisan Kepimpinan (1980), Panduan Peniaga Kecil (1982), The Challege (1986), Regionalism, Globalism and Spheres Of Influence (1995), The Way Forward (1998), A New Deal for Asia(1999), Islam & The Muslim Ummah (2001), Globalisation and the New Realities (2002), Reflections on Asia (2002), The Malaysian Currency Crisis: How and why it Happened (2003), Achieving True Globalization (2004), Islam, Knowledge, and Other Affairs (2006), Principles of Public Administration: An Introduction (2007), chedet.com: Blog Merentasi Halangan (2008) dan buku masterpiece beliau iaitu A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad (2011).

8. Disamping itu, Tun adalah tokoh di Malaysia yang paling banyak diperbahaskan dalam buku, samada berkaitan pemikiran, idea atau corak pemerintahan beliau oleh penulis-penulis lain.

Antaranya Sorotan Sekilas The Malay Dilemma (Ahmad Boestamam), Mahathir: A Profile in Courage(J. Victor Morais), Mahathir, Cita-Cita dan Pencapaian (Harun Derauh), Suka Duka Politik Mahathir (Hassan Haji Hamzah), Paradoxes Of Mahathirism (Khoo Boon Teik), Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Barry Wain), Apa Habaq Orang Muda (Radzi Tajuddin) dan banyak lagi.

9. Tun juga menulis sendiri semua ucapan dasar dalam setiap perhimpunan Agung partinya, setiap tahun. Perkara ini diakui sendiri oleh Setiausaha Akhbar Tun iaitu Dato Zakaria Abdul Wahab.

Malahan isteri beliau, Tun Siti Hasmah juga mengakui bahawa Tun akan pergi ke ‘tempat sunyi’ yang jauh daripada gangguan orang setiap kali mahu menulis ucapan yang beliau bakal sampaikan dalam perhimpunan agung partinya pada masa tersebut.

10. Jadi tidaklah hairan jika penulisan Tun begitu superb kerana pengalaman Tun memang luas dalam bidang penulisan ini.

Baca lagi: Sejam Bersama Tun Mahathir Dan Kami Tanya 8 Soalan Ini Kepada Tun