Menjelang dekad terakhir, kita bakal menjengah ke permulaan baharu lagi. Tahun 2020 bakal membuka pada tengah malam ini dan 2019 bakal menjadi satu lagi tahun-tahun yang berlalu.

Di tahun 2020 juga orang percaya bahawa kemodenan ekonomi dan teknologi akan mempertontonkan satu masa yang luar biasa – kereta terbang, jejak kaki ke Marikh atau tiada lagi penggunaan telefon bimbit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di sini kami bawakan 10 ramalan pelik yang pernah dikatakan oleh beberapa ahli dalam bidang masing-masing.

1. Rumah Terbang

Penulis dan peminat sains, Arthur C. Clarke – salah seorang penulis skrip untuk A Space Odyssey – pada 1966, beliau percaya bahawa rumah akan menempuh reka bentuk berbeza menjelang abad ke-21. Sehinggakan rumah tersebut mampu untuk bergerak dari satu tempat, ke tempat yang lain.

2. Kita Akan Ke Marikh

Kita telah disuap dengan mimpi bahawa kita ada kemampuan untuk menempatkan manusia di Marikh. Malah, pada tahun 1997, majalah Wired memilih tahun 2020 sebagai tahun merealisasikan impian menjejaki Marikh.

planet-marikh-dan-bumi-900
Iluminasi

Pada zaman tersebut, manusia mempunyai sebab untuk percaya. Tetapi tidak cukup optimistik dengan misi tersebut. Malah, jika misi NASA untuk menjejak Marikh pada 2030 ini menjadi kenyataan, ia semua bergantung kepada tuah.

3. Semua Orang Hanya Makan Sayur

Pada tahun 1913, bekas presiden American Meat Packers Association, Gustav Bischoff, meramalkan bahawa diet manusia akan bertukar kepada sayur-sayuran kerana kekurangan daging, beliau memberitahu The New York Times, orang kaya akan menjadi vegetarian.

4. Telepati Dan Teleportasi

Michael J. O’Farrell, pengasas The Mobile Institute, pakar dalam industri teknologi komunikasi sejak tahun 1985. Dalam buku yang diterbitkan pada 2014 yang bertajuk Shift 2020, O’Farrell meramalkan bahawa tahun 2020 adalah tahun akhir kita akan melangkah ke era “nanomobilitas”.

telepathy-people
Anomalien.com

Beliau menulis, “dalam era nanomobil yang singkat, saya meramalkan telepati dan teleportasi akan menjadi medium komunikasi menjelang tahun 2020.”

5. Orang Tidak Lagi Perlu Bekerja

Pada tahun 1966, majalah Time melaporkan bahawa abad ke-21 akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak. Dalam satu esei panjang yang bertajuk The Futurist meramalkan bahawa ‘mesin akan menyelesaikan banyak masalah sehingga semua orang mampu bebas dan menjadi kaya.’

6. Huruf C,X Dan Q Akan Dibuang

Pada tahun 1900, Jurnal Home Ladies pernah meminta John Elfreth Watkins Jr, seorang pakar teknologi mekanikal di Smithsonian meramal tentang masa hadapan bahasa.

photo-1558907353-ceb54f3882ed
Unsplash

Dan beliau meramalkan bahawa menjelang tahun 2000-an, huruf-huruf yang tidak sesuai akan dibuang. “Tidak akan ada huruf C, X, atau Q dalam hari kita, huruf itu akan ditinggalkan kerana tidak perlu.”

7. Orang Akan Berhenti Minum Teh Atau Kopi

Pada tahun 1937, Nikola Tesla meramalkan bahawa “dalam tempoh satu abad, kopi, teh dan tembakau tidak lagi menjadi keperluan.” katanya sebelum menyambung, “ia akan menjadi tidak popular lagi untuk racun sistem dengan bahan-bahan berbahaya.” Tesla mungkin benar mengenai tembakau, tetapi bukan kopi dan teh.

8. Anak Muda Akan Beralih Kepada Hoverboard

Semasa sesi penggambaran filem Back To The Future, ada beberapa adegan menunjukkan seorang lelaki melayang di atas papan selaju bersama-sama dengan kasut yang dilekatkan di atas papan tersebut.

hoverboard
Deen Of Geek

Pada tahun 1989, pengarah Robert Zemeckis dengan yakin mendakwa bahawa papan selaju terbang adalah nyata dan tidak dapat dikeluarkan kerana wujud kerisauan ibu bapa. 

9. Iklim Dunia Mampu Dikawal

Di dalam filem Back To The Future juga terdapat ramalan bahawa manusia mampu untuk mengawal cuaca pada masa hadapan. Di dalam suatu baris di mana pelakon berkata bahawa pejabat pos sepatutnya mempunyai kuasa seperti perkhidmatan cuaca – yang menunjukkan bahawa iklim mampu untuk di kawal.

10. Setiap Rumah Akan Mempunyai Helikopter

Popular Mechanics pernah menyatakan pada 1951 bahawa menjelang abad ke-21, setiap keluarga akan mempunyai sekurang-kurangnya satu helikopter di kediaman mereka.

Kesepuluh-puluh perkara di atas hanyalah ramalan masyarakat terdahulu. Seperti kita yang pernah mengimpikan kereta terbang sejak kali pertama Wawasan 2020 diwujudkan.

Tetapi secara zahirnya, perpaduan adalah perkara paling penting selain daripada kereta terbang. Selamat tahun baharu!

Kami pernah menulis 20 perkara menjelang tahun 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini 20 Perkara Yang Bakal Jadi Tumpuan Menjelang Tahun 2020