Tahun 2019 dilihat sebagai tahun platform Netflix matang di mata penonton Malaysia. Perkara ini jelas dilihat apabila lebih ramai penonton di Malaysia melanggan servis platform ini sekaligus menunjukkan protes apabila dilaporkan Netflix bakal disekat FINAS baru-baru ini.

Terbaharu, Netflix telah memperlihatkan rancangan-rancangan dan filem yang diminati rakyat Malaysia. Berdasarkan statistik ringkas yang dikeluarkan, dapat disahkan rakyat Malaysia lebih cenderung menonton filem berunsur aksi dan romantik. Berikut merupakan senarai 10 rancangan Netflix yang berjaya menambat hati penonton di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

WhatWeWatched_Malaysia_MostPopular-950×950

Filem Netflix Original yang paling banyak ditonton penonton Malaysia pada tahun ini jatuh kepada filem 6 Underground. Lebih mengejutkan ramai, filem 6 Underground lakonan Ryan Reynolds ini baru sahaja dilancarkan sekitar dua minggu lalu pada 13 Disember ini.

Siri yang paling banyak dibincangkan di media sosial iaitu The Umbrella Academy arahan Gerrard Way pula sekadar berada di tempat kelapan dalam carta.

The-Umbrella-Academy-Netflix-Season-Two
Sumber: What’s on netflix

Untuk pengetahun carta ini diukur berdasarkan jumlah akaun yang memilih untuk menonton kandungan tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit sepanjang 28 hari pertama ia dilancarkan di Netflix. Bagaimana pula dengan anda? Kongsikan bersama kami filem atau rancangan yang paling anda sukai sepanjang 2019 pada platform Netflix.

Pada tahun hadapan, sebuah siri baharu Netflix bakal dilancarkan menampilkan watak-watak seperti Imam Mahdi. Kecoh pada tahun ini apabila Ahmad Idham selaku CEO FINAS dikatakan mahu menyekat Netflix bagi memberi laluan kepada Aflix.

Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?